Aku masih mentah
SalamSambil-sambil menunggu badan cooling down daripada larian 5 pusingan di trek bar lapan (saja je nak poyo jap), aku pun duk berpusing dan berlegar di alam maya blogger.
Terjumpa dan terbaca pelbagai post daripada berbagai ragam pemikiran manusia. Ada yang memuji, ada yang berkongsi, ada juga yang menegur dan ada juga yang bercerita yang happy-happy.
Ada di antara mereka yang lagi muda dari aku, dan ada juga yang lagi tua. Tua muda tak begitu penting dalam blogging ni, yang membezakan mereka adalah pengalaman.
Walaupun aku sudah bertahun berblogging, mula-mula stat cerita pasal diri sendiri, lepas tuh on off, on off sebab busy yang terlampau. Tak pernah nak sempat nak blogwalking.
Tapi kini, aku jadi serius. Post yang aku suka cerita kat orang dan free-free pergi la blogwalking. Tak tahu kenapa ? Cuma yang aku dapat, aku dapat menyalurkan tumpuan aku kepada sesuatu hobi yang bagus (sebab aku ada terlalu banyak hobi sampai tak terlayan dan yang mengurangkan duit poket - shopping, berjalan, main game, bola keranjang-> takde geng dah '_' , makan). Maka blogging ni, dapat menggantikan (agak menggantikan) semua hobi aku tuh.
Dan dalam dunia blog yang kini aku kenal, rupanya ada juga kisah-kisah drama yang tersendiri. Macam drama TV, cumanya dalam blog. Heheh. Aku tak tau sebenarnya. Aku ingatkan semua orang dalam blog tenang aman tenteram je, tapi ada juga yang garang-garang. Jauh lagi perjalanan aku.
Dan di situ, baru aku sedar, yang Aku Masih Mentah.
(Cikgu bagi kerja rumah tadi, buat karangan dengan berakhirnya, Aku Masih Mentah)
Dah abis kerja rumah, mak suh timbang berat jap kat iwebtool
er.. tak tau berat ke tak .. nanti aku try korang-korang punya, then aku bagi analisi aku ye. (P/s: Tengok kat size)
11 comments:
ni jawapan bocor nih, cikgu kami pon suruh bwat karangan yg sama, copy2 eh, hihii
eh2...cikgu kami xde suruh..tp suruh bace je...haha...
ahahahha .. jgn tiru r ...
baca tak pe .. hehe
kira kilo ke? salam kenal...
agak2 ko ngan blog ko mana lg berat?
mana lagi pantas?
res2 ~ a ah .. kire kilo .. agak2 berat ke x eh ?
daud ~ eheheh aku lg berat r .. pantas tuh tak pasti .. hahaha
hahaa . laa , patut saiz sampai macam tu sekali . rupanya ada "lalang" beternak kat bawah sekali . heheee . sangat panjang ..
pai,aku pun masih mentah ni..
enrti aku tu serabut betul.xde satu pun serius ;P
diriku jua masih mentah hehe
karangan pendek sgt,kena reject ni hahaha
@Abang Stalker
bro punya tak serius tapi org suka baca ..
@Afikah Aziz
eh sama2 laa kita belajar kan ..
Post a Comment