BEN ASHAARI TANYA .. 1TUBE.MY

February 13, 2011 iPai 0 Comments

Salam


Semalam ada baca pasal tajuk ni kat Ben Ashaari. Dia sedang promosikan cara baru berblog iaitu vblog. Huhu. Aku pun ada terfikirkan cara ini sebelum ni. Sebab ada kawan-kawan aku kat USM ni semua busy-busy, aku cerita pasal blog aku, diorang kata diorang tak sempat nak baca pun. Dan stat dari situ la, ada sorang kawan aku ni (Ain namanya) bagitahu, buat laa video blog. Hee, tak buat sebab segan dan takut cakap gagap. Bila mula cakap gagap, orang mula bosan.

Idea, semua orang boleh fikirkan. Dan kadang-kadang tuh idea kita boleh sama dengan idea orang lain. Maka Ben telah realisasikan ideanya. Syabas buat Bro Ben kerana mencuba sesuatu yang baru. Bagi anda yang nak cuba tengok VBlog tuh, bolehlah klik kat;

Ok. Lepas tengok, pergi join segmen ni untuk sesi komen-mengomen atau klik kat banner

Secara amnya, kalau dilihat dari awal hingga ke akhir video, ia merupakan antara terbaik untuk percubaan yang pertama. Bagus tuh. Cuma ada beberapa highlight yang aku nak ceritakan, mungkin Bro Ben nak take note;
  1. Tak ramai orang ada kelebihan bercakap. Semua orang ada kebolehan bercakap, dan kebolehan ini berbeza mengikut kelebihannya bercakap. Bagi VBlog ni, rasanya Bro Ben terlalu banyak pause. Normaliti bagi semua orang yang pause ada dalam ucapan tapi, ada sesetengah orang mungkin kata, tak da rangkaan atau planning. Jadi kalau planning boleh improve lagi.
  2. Tempoh video panjang sangat. Disebabkan pause tuh banyak, video jadi panjang. (Cadangan) Kalau boleh edit video tuh cantik-cantik, cut-cut mesti lagi cantik. Short, sweet dan smart. 3S
  3. Set tempat menarik. Mungkin takde orang penah nampak gym macam mana. So, boleh tunjukkan kat orang lain yang tak berpeluang untuk tengok semua benda tuh. 1 star for that.
  4. Kamera tukar-tukar boleh kata best juga. Layan je, bila tukar-tukar sudut kamera. Professional gitu.
Lain-lain takda lagi kot. Hee, kalau Bro Ben terasa, minta maaf ye. Aku bagi pendapat ikhlas je. Sori kalau teremo.

Mengenari http://www.1tube.my/. Aku rasa ok je. Cantik. Dah macam Youtube je. Mungkin benda-benda extra boleh ditambah ke dalam tuh, supaya nampak lagi terhadapan dengan Youtube. Maybe macam buat selection of the week ke atau apa-apa aktiviti yang melibatkan komuniti. Idea fresh.

Kalau diberi pilihan untuk terlibat dengan VBlog ni, aku rasa susah sikit la. Bagi aku komitmen aku terhadap blogging tak banyak macam orang lain. Ya, orang kata kalau nak, takkan ada alasan (Hendak Seribu Daya, Tak hendak seribu dalih), tapi kalau aku dapat peluang tuh, aku mungkin tak dapat nak concentrate sepenuhnya sebab ada benda lain yang lagi penting.

Huhu. Rasanya itu saja. Kepada yang nak join, klikla URL atas tuh ek. Sekali lagi ampun maaf kalau ada yang terkasar.

P/S: Mahu pergi library. Duduk kat bilik, buatkan aku nak posting blog je. Kerja bukan siap pun. Haish.

0 comments: