Berhenti berharap

February 02, 2011 iPai 3 Comments

Salam

Semasa sedang lepak dan berehat di kampung, kelihatan dua orang sepupu aku, Shafinaz dan Putri sedang asyik menonton TV.

Tiba-tiba terdengar bunyi motor masuk ke pekarangan rumah. Rupanya, atuk aku yang baru balik daripada pekan membeli barangan rumah. Lantas, Shafinaz dan Putri pun bangkit dan bergerak ke arah pintu ruang tamu, memerhatikan atuk memakir motor.

Setelah semua barang-barang di dalam raga sudah dikosongkan atuk dan bersedia untuk membawa barang tersebut ke dapur, Shafinaz dan Putri pun bergerak menghampiri atuk dengan muka mengharap. Atuk memerhatikan muka mereka dan tiba-tiba atuk pun bekata;

"Allah. Atuk lupa beli aiskrim"

Mereka pun masuk semula, dan sambung menonton TV dengan muka sedikit hampa.


-Sekian-

3 comments:

COMEL GILE!!!!
adekah muke budak2 tuh tersangat2 hampa?kesian diorgg..

iPai said...

haha .. a ah ... hampe weh .. sian diorg .. diorg patah balik tgk tv, tp diorg tak tgk tv sgt pon .. mcm duk terbayang-bayangkan eskem kot ..

Mr.Superman said...

la..aku ingat apa la td brhenti berharap.hahaha..bpe tahun diorg 2org tu?cian betul.

ala..tahan je motor jual aiskrim loceng tu.