Perihal Sistem Pengakutan Bas Awam
SalamPost ini didraf semasa menunggu bas bergerak pada pagi Sabtu
Pukul 11 pagi - Sekarang aku berada di dalam bas menunggu masa untuk bas bergerak. Setelah resah menunggu koordinator bas, mencari bas ke Utara yang sudah lewat 30 minit, akhirnya dapat juga. Apa yang aku perasan pasal sistem bas di sini, mereka menjual tiket kemudian baru disusun kami semua ke dalam bas mengikut destinasi.
Agaknya, kalau kau berada dalam group minoriti (tiket destinasi yang korang beli, tak ramai orang beli), berdoalah yang korang dapat bas. Dapat on the way pun dah cukup bagus dah.
Aku mendegar rintihan koordinator bas itu. Dia berkata yang dia sepatutnya MC kerana kakinya bengkak, tetapi dipaksa rela juga untuk bekerja. Tak tahu samada perlu kesian atau tak,tapi inilah realiti suasana di Terminal 1 Seremban. Tidak pasti jika syarikat lain turut sama sistemnya, yang pastinya, korang beli tiket mana-mana pun, korang naik bas yang sama juga.
Lagi, dia menambah, bahawa gaji yang dia perolehi, tidak setimpal dengan apa yang dia dapat. Sampaikan, 3 rakan-rakannya berhenti semalam. Perihalnya kerana 8 orang penumpang ke Singapura tidak mendapat bas. Mereka bertiga dimarahi teruk oleh boss mereka dengan kata maki hamun melampau di khalayak ramai.
Komplen? Ya aku banyak kali mahu komplen. Bukan aku sorang sahaja ramai nak komplen. Aku pernah dua kali ditinggalkan di Kamunting, Perak walaupun tiket bas aku ke Parit Buntar. Alasan yang diberikan adalah, "Kami (pemandu bas) tidak masuk ke sana. Bukan salah kami. Orang jual tiket punya pasal"
Komplen isu lagi, bas lompat, di mana mereka (pemandu bas) ini akan berkumpul di mana-mana RnR, dan mengumpulkan penumpang mengikut destinasi yang sama. Ke Butterworth, 1 bas. Ke Kulim, 1 bas. Ke Taiping, 1 bas. Eh mana Parit Buntar? Buat-buat lupa dan tinggalkan di mana-mana station yang berhampiran.
Ya itu yang aku mahu komplen. Tapi, koordinator bas itu bercerita lagi,di KL, rakan mereka di KL mendapat habuan (gaji kot) yang lebih banyak berbanding di sini (Seremban).
JPJ? Ada apa dengan JPJ? Koordinator bas tersebut menceritakan lagi, seorang pegawai JPJ dibelasah teruk hanya kerana menangkap seorang rakan koordinator bas/ulat tiket (tidak jelas apa kesalahannya). Dan disebabkan itu, tiada pegawai yang berani menentang mereka lagi.
Jadi, kalau aku komplen, ada yang nak tolong settle ke?
Realiti kehidupan. Lihatlah betapa teruknya jika tak amalkan nilai murni, habis punah sopan santun. Aku pun seakan mahu turut sama marah, namun aku boleh berfikir secara waras lagi.
Realiti kehidupan. Aku perasan seseorang yang aku cam sebagai ketua vokal nasyid yang agak terkenal di area Utara dan aku sendiri pernah menyaksikan dia di Pusat Islam (USM Kampus Kejuruteraan). Kumpulan nasyid ini mempunyai peminat yang tersendiri sehinggakan mereka mempunyai album yang terbitkan sendiri. Aku perhatikan dia, dan aku tidak silap. Memang dia. personaliti yang aku lihat dia di atas pentas nasyid berbeza dengan apa yang aku lihat sekarang.
Pukul 11.50 pagi. Akhirnya bas sudah bergerak. Terima kasih atas doa kalian untuk keselmatan aku. Aku doakan kalian juga selamat.
3 comments:
yup..sume berbalik pada nilai integriti masing-masing..kalau ubah sistem tapi sikap xubah, tak jadi gak..
yup2 .. pandangan yang bernas .. thank u .
kesian mmg kesian kn..tp tugas ttp tugas.mn bole diorg merungut dpn customer.
da la tglkn kita sepah2 cmtu je.alasan x masuk la apa la..
Post a Comment