Berjalan melihat alam di Ulu Klang yang sejuk

February 12, 2011 iPai 8 Comments

Salam

Di sini cuma nak berkongsi pengalaman berjalan-jalan di Ulu Klang. Sebelum ni tak cerita sangat pasal benda ni, sebab masa pergi sana ni, cakap English pun terabur, nak cerita segan. Tapi malam ni cerita je laa..

Al-kisahnya, bapak aku dapat offer pergi kursus dua minggu kat dalam gambar tuh (ditaja). Jadi bapak aku dengan tidak bertemankan rakan sekerja, kenalah pergi sorang. Huhu, family aku tak cukup kaya nak pergi bercuti sejauh macam ini. Inilah dikatakan rezeki. Kebetulan pulak aku sedang cuti semester. Tak silap aku, time tuh nak masuk second semester second year. Duit matang insurans pun baru dapat, jadi duit tuhlah digunakan untuk beli tiket flight pergi balik aku. Ayah aku ye konfirm-konfirmlah ditanggung beres.


Perjalanan yang lama dalam kapal terbang, asik terasa nak tidur je. Bosan dan tak buat apa-apa sangat. Rasanya 10 jam berbaring dan duduk kat dalam flight. Nasib baik bawa buku Harry Potter time tuh. Sambil baca, sambil boleh praktis English.Ni gambar dalam train daripada airport ke stesen keretapi yang utama. Kalau kat Malaysia, macam KL Central.


Korang tak reti sangat cakap English pun sampai sini jadi terer jugak, cuma bezanya berterabur la. Yela, bila dah kena paksa cakap, kita akan cakap. Dan walaupun seburuk mana pun kita cakap, lama-lama jadi lah bagus. Gambar ni tengah nak mencari kedai sewa kereta yang paling terdekat. Lesen Malaysia sah digunakan di sana, pada time tuh lah. Sekarang dah tak boleh rasanya. Driver seat macam Malaysia. Yang driver seat belah kiri tuh, kat US.

Dah jumpa nombor telefon, call syarikat kereta, cakap berterabur. Orang sana jenuh explain banyak kali sebab dia tak paham apa yang aku cakap. Haha. Experience tuh penting.


Bangunan kat sini banyak bangunan yang lama-lama dan diorang jaga elok-elok. Macam dalam gambar ni, inilah tempat yang sepatutnya aku dan ayah aku menginap. Tapi disebabkan terlalu jauh dengan kedai runcit, aku dan bapak aku cari motel murah lain yang lagi dekat dengan kedai. Tempat ni lah tempat yang ayah aku datang hari-hari untuk hadir ke kursus. Jadi setiap pagi, aku ikut ayah aku drive pergi tempat ni, dan bila dah  hantar ayah aku, aku bawa keta balik ke motel balik. Pukul 4 petang (dah senja) pergi amik ayah aku balik.

Cakap pasal kedai, teringat pasal isu makanan. Yup, nak cari makanan memang susah. Nak kena cari yang disembelih tuh memang susah. Jadi antara pilihan yang ada adalah, mencari makanan (contoh: sandwich) yang dicopkan dengan logo hijau yang bermaksud For Vegetarian. Time tuh, nampak Kentucky Fried Chicken pun, meleleh air liur jelah. Tak leh nak makan pun.

Kalau post sebelum ni tanya pasal konsep kahwin yang aku plan nak buat, dan aku jawab konsep garden, datangnya sebab tempat ini lah. Tempat ni yang offer sewa untuk garden wedding. Ada album khas siap untuk orang-orang yang pernah buat garden wedding kat sini. Cantik sangat diorang buat



Inilah masjid yang aku solat Jumaat pada minggu pertama. Area ni ramai orang Bangladesh. Huhu. Korang hinggat Bangladesh ada kat Malaysia je , kat sini diorang lagi UP kot. Jadi berpengalamanlah mendengar khutbah dalam bahasa .... er, bangladesh bahasa apa ekh. Haa, bahasa diorang laa. Kawasan yang ramai Islam ni senang la sikit. Dapat beli barang runcit. Daging-daging yang memang halal dan paket Maggi perisa tomyam buatan Malaysia juga boleh dibeli.

Selalu datang sini sorang-sorang masa ayah aku pergi kursus, nak beli makanan sedap-sedap sambil-sambil dapat drive 90mile/hour. 70 mile/hour dah sama dengan 110 km/hour rasanya. 90 mile/hr tuh pun dah berada kat second lane. Ada third and foth lane yang lagi super laju.



Bila dah pergi tempat orang, tak sahla kalau tak pergi jalan-jalan. Ha, macam bangunan ni, besau gedabak tinggi gila. 5 km boleh nampak menara dia dengan tanda salib kat atas tuh. Ni laa geraja kristian. Tak pastilah, katolik atau protestan, tapi gereja laa. Yang best ye, gereja ni benarkan pelawat. Hahah. Apa lagi, aku and bapak aku masuk laa. Bila lagi dapat peluang masuk. Malangnya takde gambar dalam Church yang boleh dikongsikan sebab kawasan larangan tangkap gambar.

Masa masuk tuh, ada ritual. Nampak laa paderi-paderi tuh tengah buat apa ntah. Diorang pun macam dah biasa tengok pelancong-pelancong dari luar datang tengok diorang buat ritual. Tak heran sangat.



Ha, inilah dia gambar kat stesen keretapi Bristol. Time ni nak pergi London untuk tiket balik Malaysia pada esok harinya. Keretapi di sini, sangat laa penting. Mat saleh ni suka travel naik tren, sebab lagi laju daripada kenderaan bas. Sebab tuh, kalau kat Malaysia, kalau yang biasa naik train, boleh nampak mat saleh naik tren. Bagi kita, tren lambat dan leceh. Bas lagi laju. Jadi jarak Bristol dengan London ni 132 mile sama dengan 212 km. Sama jauh dengan Penang nak ke Ipoh kot.

Bila dah tengok tempat orang kan, memang kita akan dapat rasakan betapa berharganya tempat asal kita. Tak kisahlah korang rasa tempat mat saleh ni stylo sebab sejuk ke, teknologi atau sistem bagus lagi ke, tapi yang best Malaysia juga !! Hidup Malaysia !! hehe

8 comments:

sweetpearl24 said...

wuuuuuhhh...nak jalan2 ulu kelang london jugak...bila nk smpi nih... -_-

padlie said...

nice entry.. best baca.. tengok2 dah abis..

iPai said...

wani ~ hehe .. nanti kite cuti ramai-ramai pergi sana ..

padlie ~ thanx

nice one.. =) nk jalan2 kat ulu klang gak, tapi bila entah boleh dapat tajaan camtu..


makin hari badan makin tua.. apa perlu buat?

Unknown said...

wow...bestnye dapat jalan2 luar negara...

iPai said...

@Syarafina Zaini
hee .. jalan je ..

iPai said...

@alif ismail
jauhnya kau korek ..

zuneta said...

hehe...terjumpa pulak entry ni...hehe..mmg muka nampak matang...berterabur tak pe...asalkan kbranian tu ada....mmg ipai ulat buku...jarang ooo..jumpa laki ulat buku...