Burung Winston hisap rokok Winston

January 24, 2011 iPai 7 Comments

Salam

Haa. Tahun lepas aku ada baca berita yang best tau. Tapi tak sempat nak post nak kongsi kat sini sebab time tuh, busy yang teramat sangat. Meh baca jom, walaupun panjang, gagahkanlah diri anda baca.



23 Januari - Kehadiran beberapa ekor helang merah (Brahminy kite Haliastur Indus) di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) memberi petanda yang persekitaran yang sesuai dengan keperluannya. Terdapat sekurang-kurangnya empat sarang di kampus USM sekarang ini yang disesdari kehadirannya sejak bulan Disember 2008 yang lalu.

Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, kehadiran burung-burung helang ini di kampus USM sangat bermakna dalam usaha universiti melaksanakan usaha kelestarian alam yang menekankan kepada persekitaran yang sesuai untuk pelbagai hidupan.

“Kita akan berusaha memastikan kehadirannya tidak diganggu, apatah lagi mengancam kehadirannya di dalam kampus,” kata Naib Canselor dalam sidang media di sini.

Menurut ahli Zoologi dan Persekitaran USM, Mohamed Hifni Baharuddin, burung helang merah ini sudah lama tidak kelihatan bersarang di dalam kampus USM terutamanya dalam jumlah yang lebih dari satu sejak lebih 20 tahun lalu.

“Inilah jumlah terbesar burung ini bersarang di dalam kampus, iaitu di pokok Araucaria di sekitar Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Kompleks Sukan USM dan pokok kasuarina sekitar Desasiswa Gemilang,”jelas Mohamed Hifni dalam sidang media yang sama.

Burung helang merah ini biasanya bersarang di sekitar kawasan bakau yang terlindung atau persisiran pantai. Burung yang dianggap amat cantik dan gagah ini juga terdapat di kawasan sawah padi dan kawasan paya. Burung ini banyak terdapat di hutan bakau Perlis, Kedah, pulau pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Burung ini bersarang di pokok setinggi melebihi 20 meter manakala di kawasan bakau biasanya di pokok yang lebih rendah, bergantung kepada persekitaran yang dapat melindunginya dari musuh dan mudah mendapat air dan makanan.

Menurut Mohamed Hifni, ini adalah kerana sifatnya yang amat sensitif dan sentiasa melindungi dirinya dari diserang musuh-musuhnya.

“Saya percaya kehadirannya di USM berpunca dari persekitaran kampus yang dijaga dengan baik sesuai dengan habitat dan ekosistem yang ada. Apatah lagi dengan adanya kawasan hijau yang masih terpelihara yang menariknya untuk bersarang di sini,” kata Mohamed Hifni lagi.

Pada masa ini terdapat lebih 100 spesies burung yang singgah dan sesetengahnya bersarang di dalam kampus. Terdapat kawasan dalam kampus USM yang telah diisytiharkan sebagai kawasan santuari burung oleh Naib Canselor kedua USM, Allahyarham Tun Hamdan Sheikh Tahir.

Menurut Mohamed Hifni, burung helang makin berkurangan di negara ini akibat pembangunan dan pencemaran alam yang tidak terkawal. Malah, di negara-negara seperti Filipina, Indonesia dan Bangladesh, burung helang merah kian pupus.

Burung helang merah ini juga mempunyai nilai estetika, persekitaran dan pasaran yang tinggi. Malah dalam mitos-mitos kepercayaan dan amalan sesetengah agama, helang dipandang tinggi seperti mana kepercayaan masyarakat Iban dan budaya Mesir purba. Malah helang juga memberikan inspirasi kepada penulisan puisi mahu pun muzik serta menjadi makanan eksotik yang mengancam kehidupannya.

“Oleh yang demikian, usaha untuk memastikan kelestarian alam melalui usaha konservasi helang merah sangat penting yang akan memberi kesan besar kepada alam sekitar,” tambah Mohamed Hifni.

USM akan berusaha mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi helang dan burung-burung lain sekitar kampus sesuai dengan usaha membangunkan Universiti Dalam Taman serta membangunkan kawasan yang melindungi hidupan dan tumbuhan hijau di kampus, tegas Naib Canselor pada akhir sidang media tersebut.
(Sumber: www.usm.my)


Ok. Dah habis baca dah ? Yup, ni dekat Kampus Induk tau. Kalau korang nak tau, kat kampus engineering pun ada. Tapi takda laa sampai ada sarang burung helang kat sini - sebab dalam kampus tak de area bukit, burung helang ni kan suka sarang kat tempat tinggi-tinggi.

 Tapi apabila kita nampak burung ni kat kawasan kita, untuk menandakan yang persekitaran tempat tuh sesuai dengan keperluannya yang aku tafsirkan sebagai bersih. Pengalaman aku nampak burung Winston  yang paling best dan dekat ini adalah, aku berada di dalam kereta nak pergi kelas, lepas tuh, aku nampak seekor helang ni, terbang turun menerkam mangsa kecil (aku tak nampak apa benda tuh), kat atas jalan raya. Time tuh, jarak kereta aku dengan burung helang tuh, dalam jarak (tambah tolak darab bahagi) 15 saat gitu. Tak sempat nak tangkap gambar.

Dalam USM ini, sampai sekarang terdapatnya kempen kelestarian dan salah satunya kempen kelestarian kepada alam sekitar. Jadi ini bermakna, apa yang USM buat sekarang ini, memang memberi kesan kepada alam sekitar dan juga haiwan yang terbabit dalam habitat tersebut.

Haa, bukan helang je tau, ada banyak lagi spesies lain. Nanti aku kongsikan dalam 7 Wonders of USM Engineering... Tunggu .................. 

Maka, kepada korang semua, jagalah alam sekitar. Jangan sampai  akan datang, anak-anak kita, tak kenal burung helang. Ok ?

7 comments:

Aieda Adnan said...

aku pnh nmpk brung nih terbang kt sni..hoho

iPai said...

uhuuh .. ya .. kita dah ada sorang verify .. thank u ..

Unknown said...

babi hutan yg PERNAH ade kt belkang desa jaya tu termasuk dalam 7 wonders ke?? dhsyat tu..haha

iPai said...

haa .. nantikan, masuk kontest, ko bgtau pasal tuh ek ..

Udin said...

peeeweeet! wah! menarik2.. :D

iPai said...

OMG .. Owh Menarik Gile

Mr.Superman said...

tajuk entri nk gempak.pdhal x de kne mengena pun.hahahah


melaka byk ek burung ni.klu aku blk kmpg ptg2 aku dgr gk bunyi burung ni.xthu la nk mengawan ke nk tgkap tikus.