Kad Raya Merdeka 2011 buat pengunjung ipai-ans.blogspot.com
Salam Nah, korang amik la kalau sudi. Kalau ada yang backlink, bagitahu ye, nanti aku nak backlink korang balik
Sudah pasti sekarang masing-masing sudah sibuk dengan persiapan untuk raya. Dengan nak buat biskut, kuih raya, dengan mengemas, mengecat rumah dan membeli belah pada saat-saat akhir dengan keluarga yang tersayang. Aku pun lebih kurang sama, sampai tak sempat nak balas kunjungan korang yang datang menyinggah dan tinggalkan komen. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menyinggah. InsyaALLAH nanti ada kelapangan aku balas yee.
Di sini, aku siapkan satu Kad Raya Merdeka buat semua pengunjung dan rakan blogger yang datang. Maaf ya, aku tak kreatif sangat nak design-design cantik. Ini sahaja yang aku mampu, recycle koleksi gambar yang aku pernah ambil dulu. Heee ^_^
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, kepada semua Muslimin dan Muslimat sekelian, tidak kira muda ataupun tua. Semoga sambutan hari raya ini meraikan kejayaan kita mengharungi puasa sebulan dalam membendung segala nafsu kita. Dan sama-samalah kita berharap agar segala amal ibadah kita takkan mati bila tiba malam raya tetapi terus istiqamah ke 11 bulan berikutnya dan dipertemukan kita sekali lagi ke Ramadhan tahun berikutnya. Berhati-hatilah di jalan raya dan lebuhraya, walaupun masing-masing pegang Senarai Lokasi Speed Trap di lebuhraya.
Khas buat blogger yang rajin datang, Selamat Hari Raya untuk korang. Terima kasih kerana mengalukan kehadiran blog aku yang tak seberapa ni. Korang memang terbaik dan dorongan bagi aku. Maaf zahir dan batin kalau aku selalu balas lambat kunjungan korang dan mungkin ada yang terlepas pandang untuk datang ke blog korang.
Tidak dilupakan juga Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-54. Hayatilah kemerdekaan tahun ini lebih baik dengan menjadi rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab: Aku Anak Malaysia Merdeka.
Berjumpa di alam maya pada minggu hadapan !!!
P/S:
- Terima kasih kepada Achik yang memberi ucapan khas raya kepada saya dan kawan. Heee
- Terima kasih kepada Syaza sebab memilih blog saya sebagai 6 Blog pilihan Syaza.
- Kepada blogger yang hantar kad raya, nanti tunggu saya kumpulkan dalam satu post khas ye.
- Kepada yang nak duit raya tuh, meehh datang rumah. Orang kasi makan free. Heee
- Minta maaf untuk balas kunjungan yang lambat nanti. I'm Sorry (Gaya Amir)
29 comments:
Selamat Hari Raya! Dan Merdeka. hihi.
waoowww! kad ipai chantek!
slamat hari raya ipai,
kami nk mintak maap kalau ada salah dah silap sepanjang perkenalan kita di usm tu, nnt dah keja jauh2 jgn la lupa kami na =)
selamat hari raya aidilfitri ipai!
have a great raya!
Salam Raya Merdeka!
ItEw NanAk KaRd RaYeR JuGewWw...
Ps:Dem.Tulisan ni xleh nak gedik lg ke? haha
selamat hari raya awak:)
dan tak lupa salam merdeka!
Nak duit raya! ehhehehee. Happy merdeka and Hari Raya! Jangan makan bebanyak. hehee
selamat hari raya, maaf zahir batin eh! :)
salam merdeka jugak. :P
cmat hari raya, maaf zahir dan batin !
MERDEKA !
MERDEKA !
MERDEKA !
Selamat Hari Raya & Salam Merdeka =)
adoii...sakitnya mata terkena bunga api ipai...hehehe
apa2 pown...selamat hari raya & selamat merdeka yer ipai...
=)
cantekk...
selamat hari raya, n salam merdeka iPai
sy suka gambar tu!! next time sy copy letak kat next entry sy boleh?? hehehe... ^^
slmt hari raya, iPai..& minta maaf klu sy pernah menyinggung perasaan iPai..& slmt merdeka!! ^^
Selamat Hari Raya Aidilfitri Ipai dan Salam Kemerdekaan ke-54..hee~
selamat hari raya ipai...
XD
Selamat Hari Raya Ipai
Maaf zahir batin, nak nak kalau ade salah silap sepanjang kita kawan ni yehhh~
selamay merdekaraya IPAI !!!
selamat hari raya bro ipai
maaf zahir dan batin kalau ada salah silap
mana tahu hang dok berdendam aku cakap hang umoq 27 kan
hehehehe
maaf la noh
gurau2 jer
:-)
selamat menyambut merdeka n selamat hari raya :))
waa...blog ipai memang terbaik pun. hehe
selamat hari raya ipai..
susun 10 jari kalau ade salahsilap...
huhuhu..
Salam AIDILfitri & Salam Merdeka...
maaf zahir batin...
SELAMAT HARI RAYA..!!! :)
Salam merdeka raya ipai :)
Takpa ipai, masing2 pon busy tau kemas rumah,pegi shoppping, tolong mak kt dapur hehe..
semoga amalan yg kita buat sepnjg ramadhan diredhai & diterima olehNYA..amin ya rabbal 'alamin..
maaf zahir dan batin ipai kalau spjg berkwn dlm blog ni pernah terkasar bahasa or kata2 yg mengguris hati hehe..maaf tau..
lupa nak puji, lawanya kad ipai edit tu..bolehla pasni edit gambar saya hehe
selamat hari raya ipai!!!! ZAA ade kad raya version postcard nak kasi...jom ke www.caricarimoncacos.blogspot.com....kikikiki...selamat hari raya!!!
selamat menyambut merdekaraya ipai hehe :)
selamat hari kemerdekaan
selamat hari raya
maaf zahir batin
:-)
selamat beraya. haha ( tak lah lambat sangat wish kan ) ;)
kreatif sungguh anda !
Post a Comment