7 Wonders of USM Engineering Campus #3

January 20, 2011 iPai 4 Comments

Salam.

Waa. Hari ni cuti, Thaipusam. Kepada rakan-rakan kita yang berbangsa India, Selamat menyambut Thaipusam. Yes, mari kita teruskan kepada Wonders kita yang ketiga. Tak perlu nak cerita panjang awal-awal. Mari tengok gambar dulu. Uhuhu.

Terima kasih Google Maps. Sila klik untuk kita semua yang rabun kecil
*(Rabun kecil - penyakit rabun untuk melihat gambar yang kecil-kecil)

Ya, berdasarkan gambar di atas, korang semua boleh lihat, Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan berada di kedudukan A.

Sekarang tengok kat no. 1 dan no. 2. Yaa, di situ, korang boleh tengok border line negeri di situ. Bila korang tengok kat no. 1, border line Pulau Pinang dan Kedah. Dan bila tengok border line no. 2, border line Pulau Pinang dengan Perak.

Maka, kami di kampus kejuruteraan, boleh tukar warga negeri dalam beberapa minit je. Kononnya, sarapan pagi di Kedah, Makan tengah hari di Perak, dan makan malam di Pulau Pinang. Ngeh2 .. Wonders tuh. Kalau bazzar Ramadhan ari tuh pun sama juga, boleh pilih bazzar Ramadhan mana korang nak pergi. Kedah punya? Perak punya? ataupun Nibong Tebal punya. Dan untungnya juga, siapa-siapa nak hantar surat pada hari Ahad, boleh pergi cari pejabat pos di Kedah.

Walaupun USM Kampus Kejuruteraan ni terletak di Pulau Pinang, spesifiknya di Nibong Tebal, tapi student kat sini tak pergi pekan Nibong Tebal pun. Boleh dikatakan semua pergi ke, Parit Buntar, Perak. Kerana kedai-kedai yang lebih banyak dan lebih terancang.

SO, tu laa dia, Wonders yang ketiga. Hingga menemui wonders seterusnya di sini. Tata. Salam.

Anda mungkin mahu lihat yang ini;

4 comments:

anamizu said...

wahhh mmg wonders sungguh..hihi
kampung mak ngah cik ana kat dekat area parit buntar gak..hihi

recent post : |maksud tersirat pelekat P|

iPai said...

wuish .. mmg wonders .. ok, thank u kerana dtg

iPai said...

actually design baju tuh lawa ..

Mr.Superman said...

x abes2 r..ni wonder yg ke brp ni?aku rs bru ke 4 kot.x pasan lak.byk nau pic dlm entri2 ko.