Kad Raya Merdeka 2011 buat pengunjung ipai-ans.blogspot.com

August 28, 2011 iPai 29 Comments

Salam

 Nah, korang amik la kalau sudi. Kalau ada yang backlink, bagitahu ye, nanti aku nak backlink korang balik

Sudah pasti sekarang masing-masing sudah sibuk dengan persiapan untuk raya. Dengan nak buat biskut, kuih raya, dengan mengemas, mengecat rumah dan membeli belah pada saat-saat akhir dengan keluarga yang tersayang. Aku pun lebih kurang sama, sampai tak sempat nak balas kunjungan korang yang datang menyinggah dan tinggalkan komen. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menyinggah. InsyaALLAH nanti ada kelapangan aku balas yee. 

Di sini, aku siapkan satu Kad Raya Merdeka buat semua pengunjung dan rakan blogger yang datang. Maaf ya, aku tak kreatif sangat nak design-design cantik. Ini sahaja yang aku mampu, recycle koleksi gambar yang aku pernah ambil dulu. Heee ^_^

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, kepada semua Muslimin dan Muslimat sekelian, tidak kira muda ataupun tua. Semoga sambutan hari raya ini meraikan kejayaan kita mengharungi puasa sebulan dalam membendung segala nafsu kita. Dan sama-samalah kita berharap agar segala amal ibadah kita takkan mati bila tiba malam raya tetapi terus istiqamah ke 11 bulan berikutnya dan dipertemukan kita sekali lagi ke Ramadhan tahun berikutnya. Berhati-hatilah di jalan raya dan lebuhraya, walaupun masing-masing pegang Senarai Lokasi Speed Trap di lebuhraya.

Khas buat blogger yang rajin datang, Selamat Hari Raya untuk korang. Terima kasih kerana mengalukan kehadiran blog aku yang tak seberapa ni. Korang memang terbaik dan dorongan bagi aku. Maaf zahir dan batin kalau aku selalu balas lambat kunjungan korang dan mungkin ada yang terlepas pandang untuk datang ke blog korang. 

Tidak dilupakan juga Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-54. Hayatilah kemerdekaan tahun ini lebih baik dengan menjadi rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab: Aku Anak Malaysia Merdeka. 

 Berjumpa di alam maya pada minggu hadapan !!!


P/S:
- Terima kasih kepada Achik yang memberi ucapan khas raya kepada saya dan kawan. Heee
- Terima kasih kepada Syaza sebab memilih blog saya sebagai 6 Blog pilihan Syaza.
- Kepada blogger yang hantar kad raya, nanti tunggu saya kumpulkan dalam satu post khas ye.
- Kepada yang nak duit raya tuh, meehh datang rumah. Orang kasi makan free. Heee
- Minta maaf untuk balas kunjungan yang lambat nanti. I'm Sorry (Gaya Amir)

29 comments:

Yeay !!! Dapat Kad raya !!!!!!! Terima kasih Zuneta !!!!!!!!

August 27, 2011 iPai 35 Comments

Salam

BEST GILA DAPAT KAD RAYA !!!!!!!!!!!!! 

Happy gila ni. Happy gila ni. Tahun ni dapat juga kad raya. Wah. Wah. Waaaaahhhhhh ... Cantik sangat kad raya ni. Plus handmade !!!!!! Nak nangis tengok kad ni. Tak sangka boleh dapat. Cantik !!!!!!!!!!!! T_T.

Meh laa tengok kad raya ni;

Nampak tak yang hijau-hijau kat ketupat kad raya ni. Haa.
3D tau !!! Timbul-timbul.
Rasanya kertas yang digulung-gulung dan digamkan.
Cantik T_T 



Ehem, kat dalam kad raya ni ada special dedication ok.
Khas Buat Follower
Hehehe n_n 




 Haa, nak tau dari sapa ?
Ia daripada 


Hee, apa-apa pun terima kasih kepada 
Cik Zuneta
atas kad raya yang cantik ini !! 
Tak pasti sama ada boleh request lagi ke tak. Uhuh. Cer try terjah. Hehhe

Kad raya dan juga kad-kad lain yang Cik Zuneta buat sangat lawa ok !! Serius lawa. !!!
Haa, boleh usha blog kad homemade Zuneta ni 

P/S: Tiba-tiba rasa hype gila. Tak tau napa. Hahaha. Sebab kad raya kot.

35 comments:

Aku anak Malaysia Merdeka

August 27, 2011 iPai 53 Comments

Salam

Aku anak Malaysia merdeka !!  Aku anak Malaysia merdeka !!  Aku anak Malaysia merdeka !!

Post ini adalah post contest yang telah di tag oleh Encik Kacak. (Aku rasa banyak aku kena tag contest ni, tapi aku pun ingat-ingat lupa je mana satu contest yang aku kena tag tuh). Aku tak pernah join kontest begini sebabnya main dengan SEO. Aku bukannya terer sangat dengan SEO ini. Jadi, kita kena la cuba-cuba masuk kontest ini. Syarat macam tak susah, siap pengajur bagi tips lagi.


 Ini banner kontest. Siapa berminat boleh klik pada Jalur Gemilang di atas.

Sebelum baca, kena nyanyi lagu Saya Anak Malaysia !!  Aku anak Malaysia merdeka !!


Pada tahun ini memang menarik, sambutan hari raya akan disekalikan dengan sambutan kemerdekaan yang ke-54. Maka berbanggalah kita, walaupun kita sudah merdeka selama 54 tahun, banyak kemajuan fizikal yang telah dicapai dalam negara ini yang setanding dengan negara-negara yang lebih senior.

Bersyukurlah kita dengan nikmat keamanan yang kita rasai pada hari ini. Dan janganlah kita lupa, kejayaan dan kebahagian pada hari ini semuanya merupakan jasa-jasa yang ditaburkan oleh pejuang terdahulu. Hargailah perjuangan mereka dan jagalah amanat keamanan yang kita kecapi ini dengan baik agar ia kekal ke akhir waktu.

Ingatlah bahawa setiap langkah yang kita, tiap-tiap rakyat Malaysia memberi impak kepada negara kita. Jangan ingat kita hanya orang biasa-biasa dan bebas melakukan salah-salah kecil. Contoh paling senang, 'sampah'. Kita selalu rasa tak bersalah membuang plastik aiskrim (aiyaa, buat terliur plak dalam bulan puasa ni) dan plastik beg keluar kereta. Kalau 100 orang buat benda sama, dah cukup menyebabkan longkang tersumbat. Bila 100 longkong tersumbat, sistem perparitan kawasan tu akan terjejas. 

Ya, asalnya benda yang remeh, tapi benda yang remeh itulah yang akan menyusahkan orang lain. Jadi, sempena dengan sambutan kemerdekaan yang ke 54, marilah kita menjadi rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab kepada negara kita. 


Aku anak Malaysia merdeka !!  Aku anak Malaysia merdeka !!  Aku anak Malaysia merdeka !!

Gambar cilok, masa aku kat USM dulu. Orang dalam gambar tuh, bukan aku
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-54
Aku anak Malaysia merdeka !! Aku anak Malaysia merdeka !!  

Aku tag blog yang power dalam SEO;
P/S: Tea, sori ek, tak sempat nak buat tag kontest duit syiling tuh. Cek pagi ni, rupanya dah tutup semalam kan ?

P/S/S: Siapa yang tag aku lagi, tolong bagitahu ek. Lupa. Sowi !!

53 comments:

Speed Trap Location | Senarai Lokasi Speed Trap

August 25, 2011 iPai 28 Comments

Salam

 Adakah kalau aku letak senarai Lokasi Speed Trap ni memberi impak negatif kat orang lain?
Apa-apa pun memandulah dengan selamat
Ingatlah orang yang tersayang =) 


Plus North Highway (From KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus South Highway:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Center:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Credit to Afiq KLtown's



28 comments:

Merancang aktiviti melancong dengan Matta Travel Fair 2011

August 24, 2011 iPai 29 Comments

Salam

Salah satu benda yang aku minat sangat adalah melancong. Melancong ni memang sangat seronok bila kita dapat pergi jalan-jalan ke negeri lain dan lagi seronok kalau dapat pergi negara lain. Dulu bapak aku bagitahu yang seluruh semenanjung Malaysia ni dah ayah dan mak aku jejaki, tapi masa tu aku kecik lagi T_T. Mana nak ingat. Hahaha


Masa dekat U, memang aku kuat jalan. Tambahan pulak aku tak pernah tinggal di kawasan utara. Jadi, aku dengan kawan aku banyak juga plan pergi jalan-jalan. Walaupun tak banyak tempat, tapi cukup menyimpan memori yang menarik pergi ke tempat baru. 


 Ni gambar masa umur 8 tahun di Singapura.
Ada sedara jauh kawin. Aku pun tak kenal sapa. Hahah
Time ni, Malaysia pun tak de LRT lagi.
Kira aku antara kanak-kanak terawal Malaysia (kononnya) mencuba kenderaan LRT ni. 


Kalau korang yang minat drama dan lagu Korea, korang mesti minat nak pergi melancong ke Korea. Ye laa, manu tahu tersempak artis Korea kat airport, itu pun dah kira satu benda yang menarik kan. Tak pun dapat jejak kaki kat kedai runcit mana-mana kat Korea pun dah seronok habis dah. Haha.


 Gambar jalan-jalan kat Korea, yang aku cilok dari blog kawan aku tanpa kebenaran XD


Ada juga baca post kawan yang sorang lagi, dia pergi pergi melawat Disneyland, Hong Kong. Phewwiitt. Best tuh !!! Aku pun tidak lepas peluang untuk tanya mengenai budget, penginapan dan pengakutan. Dan menurut info daripada dia, aku merasakan harga yang ditawarkan agak berpatutan. 

Ok, memang laa harganya mahal, tapi bila memikirkan dapat jalan jauh sejauh itu dan semua yang lain diuruskan dengan baik, siapa tak nak. Melainkan kalau korang sendiri pernah pergi negara tu, mencari info dan menguruskan perjalanan merupakan perkara yang mudah.

Jadi kawan aku tuh, menyarankan untuk pergi ke pameran;

Matta Travel Fair 2011

Kawan aku bagitahu kat sini kita boleh cari pakej percutian yang best-best. Walaupun Matta Travel Fair 2011 tahun ini dah lepas (aku pun tak pergi =P ), aku tak sabar nak tunggu tahun-tahun akan datang. Nanti dah kerja, ada duit sikit nak try pergi ke tempat yang best-best. Tak kira la, dalam Malaysia ke luar Malaysia ke, semuanya bergantung pada budget nanti. Heheh

Jadi kepada yang mempunyai minat melancong macam aku, tahun hadapan kena alert pasal benda ni. Tunggu pengumuman Matta Travel Fair 2012 pulak. Okeh ? Mana tahu tersempak kat dalam bot ke.


P/S 1: Kalau tempah untuk honeymoon nanti boleh tak ? Ngeh, ngeh, ngeh 

P/S 2: Jalan-jalan Sabah pun best juga

29 comments:

Wordless Wednesday #4

August 24, 2011 iPai 24 Comments

Salam


24 comments:

Lagi gathering berbuka puasa dengan blogger famous

August 23, 2011 iPai 44 Comments

Salam

Semalam aku sedih sikit sebab mak aku tak kasi join gathering kawan-kawan matriks kat KLCC. Punya laa merancang sebelum puasa nak gathering, tapi tak sorang pun yang free. Semalam plak, ada orang besar datang turun dari Kelantan ke KL, jadi masing-masing pun secara kebetulan free pun turut memeriahkan majlis.


Huu, bila duk rumah ni aku macam jadi kanak-kanak sikit. Tak leh balik lewat, dan keluar sesuka hati. Adeh. Mungkin sebab tambahannya adalah bulan puasa, fokus kat ibadah. Huhuh. Maka, macam yang aku bagitahu dalam post gathering blogger famous hari Sabtu hari tuh, takdir kan indah daripada perancangan manusia. Lambat laun, aku akan merasa hikmahnya juga.


 Yaa, ni laa mereka. Aku pun tak tahu diorang buka puasa kat mana. n_n
Kebanyakkan diorang ni semua dah kerja
Kesian plak kameraman tak masuk dalam gambar 


 Orang besar yang aku maksudkan kat atas tadi adalah yang lelaki baju putih tuh (kiri).
'Tauke' Herbalife dan Kelantan Weight Loss Chalenge
Dia siap nak belanja aku makan lagi
Tapi apakan daya, rezeki tidak kesampaian di situ
(Selamat duit dia.. Hakhakhak)
 Nah pergi kenal dengan dia kat blog dia


P/S: Nak keluar sat. Nak pergi servis kereta 

44 comments:

Giveaway: Angry Birds Pilihan

August 23, 2011 iPai 16 Comments

Salam

Yaa, aku nak join satu give away yang dianjurkan oleh Cik Tea. Dia punya follower dah masuk 666 (dia ni suka no 6, sebab banyak peristiwa penting dalam hidup dia, dapat no 6 ni - ok bunyi dah macam no ekor dah). Tea ni nak bagi Angry Bird. Jadi kalau korang minat Angry Bird, anda kena join, ok !!

 Klik banner untuk join.

Seterusnya, kita kena pilih apa yang kita nak berdasarkan hadiah yang disediakan. Saya pilih;

Handphone strap Red Bird

Sebabnya:
Kalau patung, saya tak tahu nak simpan kat mana. Dan kalau handphone strap boleh pasang kat handphone. Handphone saya ada garis-garis warna merah. Jadi kira matching r. hehe 

Saya suka red bird sebab dia takde power. Tak macam bird-bird yang lain, semua ada power masing-masing dan kehebatan masing-masing. Keunikan red bird ini mengajar kita untuk sentiasa berusaha melawan vavi-vavi dan mendapatkan telur itu kembali. 

(Tu yang sampai berpeluh-peluh guna red bird ni. Wakaka) 



16 comments:

Berbuka puasa dengan blogger famous !!!!

August 23, 2011 iPai 50 Comments

Salam

Hari Sabtu hari tuh merupakan hari bersejarah kerana aku jumpa dua blogger famous. Perancangan asal aku akan jumpa 4 blogger famous, tapi apakan daya, takdir itu lebih indah daripada perancangan manusia. Namun yang menarik sekali dapat jua, bertemu muka walaupun dalam blog-blog bertempuk tampar (hyperbola je).


Tragedi jumpa blogger famous ini berlaku di Nasi Arab Damsyik yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan. Haa, aku pernah cerita pasal kedai ini sebelum ini, iaitu post Makan Nasi Panjang


Secara jujurnya, aku menggelabah juga. Tak reti sangat nak jumpa orang yang tak pernah temu muka ni. Dan bila aku gelabah, aku boleh jadi sangat senyap, dan aku juga boleh jadi banyak cakap sampai membosankan. Er, aku harap diorang tak rasa aku bosan. Heheh

 Dari kiri, Eyfa, aku (tutup muka, malu. Diorang kata muka aku tua) dan Tea.


Rasa bertuah sangat jumpa Eyfa ni sebab dia ni laa merupakan orang titik permulaan aku berblog secara serius. Dengan melalui dia ni laa, aku kenal blogger yang ada dalam bloglist aku yang kat kanan tuh. Tabik spring kat dia, sebab sanggup turun daripada KL sampai ke Seremban.

Tea ni pulak, bangga gila jumpa pengomen tegar blog aku, dan juga merupakan pengomen tegar blog-blog lain. Adeh, dulu ada juga rasa nak lawan balik, last-last aku give up masa aku dapat trauma ari tuh. Haha.

Sepatutnya, ada dua lagi blogger yang akan join tapi tak dapat datang. Satunya Cik Aish sebab ada planning dengan family secara tiba-tiba. Sedih tau kami. Dan lagi satu Mira Edora. Mira Edora ni tak kenal sangat. Aku kenal pun, masa dia dah start busy dengan kerja. So, tak sempat nak beramah mesra.  

Hee, takut laa nak buat gathering lagi. Malu... Hahaha 



50 comments:

Bab 4 Memotovasi pasangan masing-masing | Men are from Mars, Women are from Venus

August 21, 2011 iPai 12 Comments

Salam

Hye korang (Dengan tersipu-sipu malu). Sorry sebab dah lama tak update. Mood memang betul ke laut. Bila dah layan Digimon yang comel tuh, baru ada terasa nak update sikit. Haha. Aku sambung pasal buku tuh ok ? Untuk pengetahuan korang, aku tak habis baca lagi tau. Aku tengah stuck kat bab 5. Bahasa dia sederhana tinggi, dan kadang-kadang sampai aku terlupa isi yang dia nak cuba ketengahkan, pasal dia punya putar belit nak eksplen jauh bebenor.

----------------------------------------------

Idea asal adalah daripada Men are from Mars, Women are from Venus, John Gray

Hari ni korang akan tahu pasal;
Lelaki dimotivasi bila dia rasa diperlukan oleh pasangannya
Wanita dimotivasi bila si pasangan mengambil berat tentangnya

Situasi:
  • Pernah tak korang merasakan tidak secure (selamat) dan memikirkan benda yang buruk tentang pasangan anda seperti curang dan seumpamanya. 

Kesan:
  • Bergaduh dan bertekak dengan atas sebab yang kecil. 
  • Bila stat masalah kecil, mula mengungkit. 
  • Bila semua perkara kecil diungkit, sampai jadi masalah besar.
  • Bila yang pendek akal sikit, mula laa ambil tindakan drastik, mintak cerai bagai.

Punca:
  • Bagi pendapat peribadi aku, buruk sangka ni memang berpunca kat diri sendiri, sebab korang patutnya percaya kat pasangan korang. Jadi kalau pasangan korang banyak kawan pun yang berlainan jantina (contohnya), dia akan sentiasa ingat kat korang sahaja.
  • Tapi apa-apa pun jika anda tahu pasal kelemahan ini ada pada pasangan anda, anda tak patut buat si dia bertambah parah dan cuba yang terbaik untuk meghindari tertimbulnya pemikiran negatif
Cara mengatasi:
  • Pertamanya, sila buang buruk sangka terhadap pasangan korang.
  • Kedua, korang kena tahu;
Lelaki dimotivasi bila dia rasa diperlukan oleh pasangannya
Wanita dimotivasi bila si pasangan mengambil berat tentangnya
  • Jadi, si lelaki selalulah bertanya khabar berita si wanita. Sihat ke tak? Apa jadi hari ni? Apa yang best ari ni? Apa yang tak best ari ni? Berat badan naik ke tak ? (Ok, yang last tuh aku memang tipu)
  • Pada masa yang sama, jangan laa rasa begitu rigid untuk membuatkan si wanita sentiasa rasa diambil berat. (Bukan berat badan tau, tapi ambil kisah)
  • Jadi, si wanita pula kena ciptakan suasana atau situasi yang boleh si lelaki menjadi hero anda, barulah si dia merasakan diri dia diperlukan. Tak kisah laa benda kecik ke, benda besar ke. 
Contoh 1: Tayar kereta pancit, call si lelaki (biasanya husband r), mintak tolong datang selamatkan pwincess/queen dia.
Contoh 2: Tak reti nak pam tayar kereta, dan request si lelaki ajarkan supaya dia pandai =P
Contoh 3: Minta tolong si lelaki buka botol sos yang ketat
  • Pada masa yang sama, jangan terlalu nak fikirkan pasal mereka situasi tuh. Benda-benda kecil pun dah cukup menjadi penghargaan kepada si lelaki. (Tak reti nak bagi contoh lain, saya belum kawin lagi. Wakaka)
  • Tapi ada ketika, lelaki berasa rimas dengan permintaan ini. Jadi, kena agak-agak juga buat request dan tukarkan kepada kata-kata penghargaan/pujian.
Contoh: Superman, awak sangat hebatlah dalam benda macam ni. Boleh tak saya belajar lagi daripada awak. (Nama Superman digunakan untuk menggantikan nama si dia)

Olahan aku sendiri selepas membaca Men are from Mars, Women are from Venus.
Kredit kepada John Gray


12 comments: