Nasi Arab Damsyik: Makan nasi panjang #2

July 12, 2011 iPai 37 Comments

Salam

Semalam nak cerita pasal makanan, takut ada pulak yang terkurang pahala puasa sebab terliur post makanan sedap. Hari ni kebarangkalian untuk orang berpuasa agak kurang. Kalau yang puasa tuh, jangan bayang makanan lebih-lebih ek. Jadi meh nak story pasal makan nasi arab kat area Senawang, Negeri Sembilan.

Nasi Arab Damsyik

Dulu aku ada post pasal makan nasi arab kat satu kedai ni (Dalam post makan nasi panjang). Tapi aku tak dapat review kedai makan tuh betul-betul sampaikan nama kedai pun aku tak tahu. Hahaaha. Excited nak makan punya pasal. Ini merupakan kedai yang kedua yang aku tahu, menyajikan makanan nasi arab ni. Sesiapa yang tinggal area Senawang dan Paroi, atau selalu lalu Senawang boleh laa datang singgah. (Nanti leh ajak Tea dan Cik Aish makan sini sebab rumah diorang dekat-dekat sini juga)

Jadinya tempat ni dipanggil NASI ARAB DAMSYIK. Kelebihan tempat ni adalah, korang boleh pilih tempat duduk kerusi kat luar, atau nak duduk bersila macam kat arab gitu.m Maka keadaannya, korang akan duduk di meja begini;

 Kalau agak-agak takleh duk bersila lama, jangan duk kat sini k

Macam biasa, kalau makan kat kedai cam ni memang dia bagi nasi sedulang. Nak ratah dalam dulang pun bagus juga, nak makan dalam pinggan pun boleh. Ikutlah yang mana sesuai ye.
 Ni set nasi untuk 5 orang beserta ayam seekor di situ. 

Nasihat aku, kalau set nasi 5 orang ni adalah untuk 5 orang yang boleh makan nasi yang banyak. Kalau agak-agak wanita yang makan sikit tuh, jangan dikira 1 orang, dia kena kira sebagai suku set nasi. Nanti tak pasal-pasal ada yang jadi mangsa kekejaman makan 3 pinggan nasi macam aku T_T.

Nasib I maintain kurus lepas makan 3 pinggan nasi okeh.


 Hari tuh, tak sempat nak ambil gambar makan nasi panjang ni. Jadi kali ini memang aku amik gambar sebutir nasi panjang kat situ. Ini baru sebijik nasi yang bersaiz biasa. Ada yang lagi panjang daripada ini.


Okeh, untuk sesiapa yang nak pergi kedai ni, boleh la cari kat Google Maps, untuk ke Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan. Bila korang dah jumpa, follow je peta yang ada kat bawah ni;
Kat situ korang akan nampak satu simpang ke kiri (daripada arah Pusat Dakwah Islamiah Paroi). Masuk je simpang tuh korang boleh nampak kedai tu daripada jalan utama.

Bagi pendapat aku, makanan dia sedap. Cumanya kurang kuah. Aku ni kuat makan kuah, jadi tak layan sangat kalau kalau sajian kering-kering. Kalau ada kuah-kuah sikit, mesti lagi masyuk. Dan macam aku kata tadi, nasi sangat banyak. Kalau laki bini makan berdua, better pilih set 1 orang makan dan mintak 1 extra pinggan kosong. Kongsi nasi baru leh habiskan nasi dia. Okeh ??!!! 


P/S: Wargh. Kenapa bila cerita makanan je mesti lapar. Serius aku lapar sekarang.

37 comments:

Bro ahmad said...

wahh ipai sedap tu nasi arab..ha aah boleh la gi sana..makanan arab banyak letak rempah dan wanggi..pernah makan dia letak daun pudina dalam masakan diorang..belanja bro? beras panjang faeeza...panjangg

iPai said...

@Bro ahmad
belanja ? aku menganggur lagi ni .. duit pon tarak .. hehehe

syaz@rozelt said...

pernah nmpak kedai ns arab nie dekat majalah..hihi..pegi x pernah lg~

nasi arab pun xpenah makan ni....alahai...nk cuba, tp n9 jauh sgt la..T_T

me suya said...

suka makan nasi arab.. hehehe kat kelantan pun hadoooo :p

kotak bulat said...

ish..kb lme da teringin nak makan..t ayh kb selalu bg alasan tak nak bwk..er...mgu ni kne pegi jugak mkn nasi arab.. :P

mye said...

sedap kew?..ramai jgk org g sana..
mye nie nama jew org sban tp xprnah smpai situ ag..
haha

Miz Novexx said...

dahlah tengah lapar ni, dia tayang puulak gambar makanan.... adusss,(^_^)V

dah mcm nasi embeng :)

Acik said...

acik pun serius lapar nih tp senawang tu jauh sangat ler ...
ops, perut berkeroncong!

wooo nasi arab...xleh makan bnyk2..muak kan

izfanora said...

hari nie biasanya kalau orang berpuasa sbb nk ganti puasa.. :P

nampak sedap jer.. konon sedih kn mkn tiga pinggan.. :P

abglan said...

Wah... banyaknya, kalau nak makan kene bawak haiwan peliharaan sekali.. baru bleh habis LOL!

wahh!!jadik teringin unn ada meyh..hahahhaha puasa puasa..:P

macam beras faiza.hehe..
banyak gila nasi tu

nabilah_2908 said...

org arab kan makan banyak...sbb tu la saiz hidangannya besar gitu... :)

tp sy tak bape minat makan nasi arab ni... ;)

iPai said...

@syaz@rozelt
owh ye ke ? tak pernah perasan kalo diorg ni pernah masuk TV atau majalah plak ..

iPai said...

@najihah sahami
jauh eh ? tapi tempat lain, tak pasti laa plak .. uhhhuuh

iPai said...

@mye
eh seremban juga ke ? tak tau plak ..

iPai said...

@Miz Novexx
suh abang botak belanja .. heheh

iPai said...

@lala shaheila
wah, nasi apakah itu ..

iPai said...

@Acik
hehe.. jauh ke achik ? hehe .. drive laju2 mesti dekat kan ..

iPai said...

@laskar pelangi
haha .. kalau lapar, sebat je .. hehe

iPai said...

@izfanora
hahaah .. sedeyh laa sikit .. sebab agak terseksa di situ ... hehehe

nanti try laa makan .. hehe

iPai said...

@abglan
mak ai .. kalau bawa binatang peliharaan ni cam dasat plak .. karang lari2 plak dia ..

iPai said...

@nurathirahkaman
haha .. jangan mengidam dah le .. hehe

iPai said...

@syarifahsidrus
hehe .. berasa faiza atau taj mahal kan ? hehe

iPai said...

@nabilah_2908
tu laa pasal .. agak2 kalau kita makan banyak macam tuh, leh besar macam orang arab tak ? hehe

ct N honey said...

mmg teringin nak mkn kat sini,bila lalu aje mesti penuh...nanti klu dpt mkn kat sana bole lah order utk 5 orang mkn,rasanya ckp satu keluarga ct

Tea said...

wahh. best. haritu nk pegi, tp xjd2 lagi. bila nk g ntah. haha. tea ni fobia makan nasi. mkn nasi blh naik berat smp 2kg. gila btol.

Tea said...

samalah kita. kuat makan kuah ohh. mana suka nasi kering2 ni. xbest.

hehe sempat jgk snap sebutir nasi tu ekk..msti sedap kan..yummy2

iPai said...

@ct N honey
wah ye ke ?? kalau gitu, cuba datang try awal sikit .. macam kul 12 ke ..

iPai said...

@Tea
owh ye ke ? metabolisma badan rendah laa ni .. uhuh .. Tea pun suka makan kuah ek ..

iPai said...

@[sutera kasih]
sempat laa juga .. heheh .. punya laa nak tunjuk nasi panjang tuh cam ne kan .. heheh

Tea said...

@iPai
haha. ye kot. :D
suka gila makan kuah. makan sos lagi suka. =.=

Aimifiqa said...

ni mesti kenyang habis-habisan~ buntat perut kalo mcm tu. kenyang dan bbaloi2~