Bab 3 Cara lelaki dan perempuan mengatasi stress | Men are from Mars, Women are from Venus

August 17, 2011 iPai 29 Comments

Salam

 
Idea asal adalah daripada Men are from Mars, Women are from Venus, John Gray

Perasan atau tak, lelaki dan perempuan mempunyai cara mengatasi stress yang berbeza. Dan perbezaan ini yang disalah anggap oleh pasangan anda sendiri sebab tidak mengetahui apakah yang mereka perlukan pada waktu itu.

Situasi:
  • Apabila lelaki menghadapi stress, mereka mula mengasingkan diri, tidak banyak bercakap dan menumpukan pemikiran mereka mencari jalan penyelesaian.
  • Apabila wanita menghadapi stress, mereka mula berkata-kata mengenai masalah yang mereka hadapi kepada pasangan mereka.

Kesan:
  • Para wanita terasa hati dengan si lelaki yang mengasingkan diri dan tidak berkongsi masalah
  • Para lelaki terasa hati kerana masalah yang dihadapi oleh si wanita itu seperti dipertanggungjawab kepada si lelaki, dan si lelaki merasakan dialah penyebab masalah itu.


Punca:
  • Para wanita kena faham bahawa, apabila si lelaki menghadapi masalah, kebiasaannya si lelaki akan mengasingkan diri sendiri untuk mencari jalan penyelesaian. Dan peralakuan ini bukannya merujuk kepada dia tidak tidak sayangkan anda (wanita) tetapi pemikiran si lelaki terganggu sedikit dengan masalah itu.
  • Para lelaki kena faham, penceritaan daripada pihak wanita tentang masalah adalah satu perkongsian emosi. Dan lelaki kena faham, dengan cara perkongsian inilah stress wanita dapat berkurang. Jadi dengarlah dengan baik. Rujuk Bab 2.



Cara mengatasi:
  • Para wanita boleh memberi sedikit ruang kepada pihak lelaki untuk bersendirian. Bagi dia peluang buat benda dia suka, baca surat kabar, main game dan sebagainya, di samping cucuk-cucuk sedikit soalan bertanyakan khabar tentang dia dan masalah dia. Apabila dia bersedia, dia akan berkongsi masalah itu dengan anda. Jika tidak, jangan terlalu mendesak, dan terasa hati kerana perbuatan si lelaki yang tidak berkongsi itu.
  • Para lelaki boleh mendengar masalah itu dengan baik Rujuk Bab 2, tanpa menyalahkan diri sendiri dengan masalah yang dihadapi oleh wanita itu. Masalah itu bukan berpunca daripada anda. Pihak wanita mahu berkongsi secara emosi dengan anda. Dengarlah dengan baik.


Benda yang dikongsi ini mungkin tidak berlaku pada anda, dan mungkin ada perlakuannya antara lelaki dan wanita yang terbalik. Jadi ambillah yang mana berkaitan.


Olahan aku sendiri selepas membaca Men are from Mars, Women are from Venus.
Kredit kepada John Gray


29 comments:

nabilah_2908 said...

boleh dijadikan panduan... ;)

Sarah Sylph said...

best best, guide terbaik utk those yg dlm relationship :P

senyumSOYA said...

abg Gray cakap...hehehhe..
mane yang baik kita mbik..mane yang x elok kita buang..^^"

putry arisa said...

kredit to you... hihihi...

kalau lelaki tu ada maslh, then menjauhkan diri terlalu lama pulak, cmna tu ipai? ^_^

Tea Dno said...

sangat2 pernah berlaku dalam kehidupan tea.. hohohohohoho..

hi pakar motivasi!!
then girls are easily touching. hehe.

ijat said...

Ok..ni belaku kat aku..mmg tepat..lelaki want to be leave alone when had a hard time and sorted things out by themself. yup this happen to me. Thanks to make me look normal.. Haha

Admin said...

pompuan kalu dlm prob mmg wt aku sakit ati. haha. seb bek ak aku x aktif blog

Unknown said...

Perghh! dah boleh jadi pakar motivasi. hehee.

Unknown said...

perempuan memang, asal ada masalah semua nak cerita.

heee;) memang perempuan bab ada masalah,mesti nk share ngan buah hati..=D

asnizaziz said...

owhhhh..sy sgt sukee buku ni..:))

zuneta said...

setuju sgt 100% dgn sikap lelaki yg suka mnyendiri jika ada mslah atau ada yg tak kena..diorang lbih suka diam, kdg2 naik geram dibuatnya..tapi kena pandai pujuk..smpai diorang cerita smua...baru la zu lega...ni pglaman zu sndiri dgn bbrapa ex..dan ex..dan ex..dan ex...hahaha...

TeAqArH said...

lelaki memang perahsia..sgt unik lau tgk laki yg suke sgt jage tepi kaen org...^_^

Tea Dno said...

ipai.. jom join.. ni..

http://www.tehuzz.com/2011/08/saya-mahu-duit-syiling-malaysia-siri.html

Ayna said...

erk, sememangnya betul. HAHA
seb bek unna memahami :D

baca lagi. banyak tips penting nampaknya ni. hikhik

abglan said...

oooO ho ho... tp empuan ni licik sket, anginnya bertukar-tukar hu hu

aemynadira said...

thats right, klu sy ada problem, cara mengatasinya dgn share ngan org yg dipercayai..hehe....

Hans Hanis said...

hehehehe
betul2
:-)

agreed !

hehe ! ppuan, bila stres, macam2 kua dari mulut, ada je yg tak kena :)

baru habis baca..tapi yg malay version punya.hehh..memang best la!

eddy syrol said...

aku lau stress g karok..huhuhu

aku folower yang ke 537..hehe

ini blog eddy syrol

anismelon said...

ipai..name ipai yg mne erk kat email toh..:)

betul tuu...nice info ! terasa jugak kadang2...
tambahan,
stress byk2 nanti dpt ulser usus ! :D

Myra Arshad said...

hari tu ada baca kat kedai buku pasal buku ni. nicee ;)

bab situasi tu memang setuju. tapi kesan tu separuh setuju separuh tak. saya memang terasa lah kalau si dia tak share. sebab bagi saya, saya bagitahu semua kira mcm takde rahsia. tapi dia tak bagitahu pulak kan. mcm tak adil.tapi saya tak rasa yang si dia tu merasa seperti dipertanggungjawabkan bila saya cerita. saya rasa dia faham, sebab tu dia cuba bagi nasihat bila kita cerita sth kat dia.melainkan kalau saya marah-marah lepas tu, baru dia rasa macam salah org lain pun kena kat dia gak. mcm tu lah. :)

Aimifiqa said...

best guide ni. hihi

K said...

terbaik! aku setuju :)