Aku, DSLR dan Taiping

April 26, 2011 iPai 9 Comments

Salam

Guru sekolah hilang ketika joging di Bukit Larut
2011/04/25

IPOH: Seorang guru Sekolah Menengah King Edward, Taiping dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, Taiping pagi semalam.

Kehilangan Abdullah Zubir Ismail, 29, disedari oleh rakannya apabila dia tidak pulang ke rumahnya petang semalam.

"Sehingga kini operasi mencari guru berkenaan masih diteruskan," kata Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd Yusof Diah.
Beliau berkata, guru itu dikatakan berjoging seorang diri pada jam 10 pagi dan tidak pulang ke rumah sehingga jam 7 petang semalam.

"Rakannya yang juga seorang guru di sekolah yang sama membuat laporan polis mengenai kehilangan guru itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Yusof berkata, polis dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melancarkan gerakan mencari sejurus menerima laporan kehilangan guru berkenaan. - BERNAMA
PBA PBA SN

Pergh, bila baca berita kat atas ni cuak juga. Sebab pada hari yang sama kami dengan konvoi 4 kereta ke Taiping untuk berjalan-jalan. Huhu. Bila nak dekat habis ni, takkan nak duk lepak sorang-sorang, kena laa join benda cam ni. Nasib baik masa kitorang pergi takde siapa hilang. Hem, cuak juga ek pasal hilang-hilang ni. Marilah doakan cikgu itu dalam keadaan selamat dan dijumpai. Amin

Sesi makan tengahari

So, ke Taiping ni dicadangkan oleh geng Palap Kimia, terima kasih kepada cadangan yang best ni. Kami semua bergerak pada pagi Ahad itu seawal 11 pagi. Sampai je di sana, mencari tempat untuk makan tengah hari, dan kami sampai ke tempat (tak tau nama tempat) yang tempat makanan Melayu dan Cina sebelah-sebelah saja. Menarik betul.

Lepas makan, bergerak la kami ke Taiping Central. Bob bagi tahu aku, Taiping Central ni antara satu-satunya tempat yang ada wayang, dan baru sahaja berusia setahun lebih. Wah, cenggini Taiping. Tak lama lagi, naik laa ni. Kat sana , kitorang tengok wayang. Cite Penunggu Istana. Best laa juga. Biasa laa cerita macam Paranormal Activity, masa awal-awal memang bosan sikit. Last-last baru best.

Kemudian, bergerak laa kami ke Lake Garden Taiping tuh. Dah sampai sini, kena laa naik Swan tuh. Tapi aku, tak naik swan, tapi kitorang berempat, Bob, Ain dan Wani naik sampan. Susah juga nak menyampan ni, sebab kayuh tak balance. Huhu






Lepas penat kayuh, duk kat meja tepi tasik tuh, dan berpicnic sekejap. Sambil picnic ni, bertangkap laa gambar. Huhuh. Dengan meminjam kamera Wani, aku tangkap baik punya dan membuatkan perasaan mahu membeli DSLR membuak-buak. Huhuh. Macam nak beli satu, huhuh. Argh !! jangan dilayan perasaan ngada-ngada itu, kelak tak guna juga kamera tuh.

Pada waktu malam, pergi makan kat kompleks penjaja yang dekat dengan Balai Bomba. Pergh, banyak betul Yong Tau fu kat sini. Sedara Apan telah tunjuk kat kami kedai yang jual pelbagai menu aiskrim. Aku tengok numbering kat situ, ada 60 lebih menu aiskrim yang ada kat sini. Nama pulak memang standard nama macam kat kedai mahal, tapi murah je kat sini.

 Menu aiskrim yang banyak gila tuh.


Lepas dah kenyang and dah buncit, gerak pergi Zoo taiping pula. Untuk Night Safari. Pergh, kecoh zoo tu kitorg buat. Sebab rasanya, kitorang anta 3 group yang masuk zoo malam tuh. Huhu. Nampak gajah joget, singa main Chak-chak dan memerang gedik cam kucing. Comel je mereka ni semua. Uhuhu

Fuh, nanti jalan lagi ek. Sekrang, siapkan thesis dulu. huhuh

9 comments:

betul2 berjalan nie!hehe

iPai said...

ops ... heheh

lama aku x berjalan kt taiping

aidakmal said...

dah last2 ni.sume pakat2 spend time ngn kawan2.mmg best

Unknown said...

nampak best je ngan kawan2... rase mcm nak join jugak..huhu..

Unknown said...

nampak best je ngan kawan2... rase mcm nak join jugak..huhu..

iPai said...

@Pendekar_Dodol
hehe .. ni pun rasa dah lama tak g ..

iPai said...

@aidakmal
yup mmg best

iPai said...

@alif ismail
hehe . nanti leh ajak kawan2 datang