FPG Oleochemical Sdn Bhd: Screening and First stage interview

April 01, 2011 iPai 5 Comments

Salam

Hari Rabu lepas, telah dipanggil ke interview oleh FPG Oleochemical. Aku tak pernah dengar nama company ni, tapi daripada namanya tau laa yang dia adalah company oleochemical. Selepas dimaklumkan melalui telefon, search kat tenet. Rupanya, company ni baru je buka dan merupakan gabungan 2 company besar. Meh baca profile compny tuh;



FPG Oleochemicals is a 50/50 joint venture between Felda Palm Industries Sdn Bhd and The Procter & Gamble Company, USA.   The Company manufactures fatty alcohols, methyl esters and glycerine. FPG Oleochemicals is a strong partnership between two world leaders.   Felda is the world’s largest producer of palm oil and palm kernel oil while P&G is one of the world’s largest manufacturers and marketers of consumer and oleochemical products.


Walaupun ramai budak kelas aku kena panggil oleh diorang ni, tapi tak ramai yang nak pergi. Agaknya sebab, kebiasaannya gaji di oleochemical industri tak tinggi berbanding industri lain. Bagi aku, apa salahnya nak cuba nasib dan tambah pengalaman.


FPG memang tengah nak cari orang sekarang ni. Diorang cari chemical engineer dan menchanical engineering. So siapa-siapa yang berminat, boleh laa pergi mohon ekh. Tak pon pergi kejar ke Uni lain. Sebab diorang tengah wat road tour satu malaysia dari kampus ke kampus.
Bagi sesiapa yang nak buat persiapan nak pergi interview mereka ni, diorang ada buat 2 stage je. Screening dan First stage interview.

Screening : Kena jawab soklan test 98 soalan dalam masa satu jam. Soalan dia adalah soalan logik akal, yang kian lama kian mengelirukan. Tapi still boleh jawab. Dah jawab soalan tuh dengan markah minimum (markah minimum tak diberitahu), baru layak ke interview kali pertama.
Untung bagi semua orang sebab, budak pointer rendah ke tinggi ke jadi sama taraf, sebab korang punya nasib bergantung pada test tuh.

First Stage interview : Korang diberi soalan berbentuk situasi dan korang perlu menjawabnya dalam masa 5 minit. Bagi aku, soalan yang aku dapat tuh, agak susah sebab unbounded. Korang cenderung cerita benda merapu.

First stage ni penting sebab selepas FPG ronda satu Malaysia interview fresh grad, baru dia select student untuk ke peringkat kedua. Time tuh, semua yang berjaya akan dipanggil ke Kuantan dan pergi peringkat kedua. Di peringkat kedua, kena pergi test sekali lagi dan kalau berjaya, akan pergi interview selepas itu. Dan jika semuanya selamat, rezeki kita ada di situlah.

Kepada yang akan mencuba, selamat berjaya !!!!


5 comments:

Tengah buat trial exp. dengan FPG juga!

iPai said...

owh .. hari tuh, salwa bagitau awak ye ada link dengan FPG juga.

Awak bahagian supply glycerine n semua2 tuh ke ?

bukan...kita buat trial baja FPG utk pokok kelapa sawit

iPai said...

owh .. kiranya put bahagian RnD ?

Anonymous said...

salam..utk interview yg ke2 tu awk pass x? bole explain kt sy x mcm mane test n interview ke2 tu?