Kalau dapat satu 1juta jam !!!
SalamKorang selalu dengar pasal orang selalu tanya
"Kalau korang ada RM 1 juta ringgit, apa yang korang buat ?!!"
Tapi penah tak korang dengar,
"Kalau korang diberi 1 juta jam, apa yang korang nak buat dengan masa tuh ?"
Haa, mesti dalam kepala tuh dah stat duk pikir-pikir dah. Untuk korang yang pakar dalam kira-kira ni, mesti dia akan kata 1 juta jam ni dah bersamaan 41 hari. Dalam 41 hari yang free ni, apa yang korang nak buat ? Macam soalan exam dah, nak kena pikir banyak-banyak. Haish, merepek betul aku ni, petang panas-panas ni laa nak tanya soklan pelik-pelik. Mari kita baca idea-idea yang cam best untuk guna 1 juta jam ni;
1. Update blog
Haa, yang ni kan mesti sinonim sangat dengan blogger. Agaknya, kalau ada banyak masa tuh, mesti nak update je. Sebab blogger-blogger kat Malaysia ni hebat-hebat. Ada je idea dia nak taipkan. Orang Malaysia ni pulak tersangatlah caring. So, kita pun rajin baca blog orang lain plak.
Agaknya, kalau ada 1 juta jam ni, bolehlaa join segmen Ben Ashaari yang paling terbaru. Haa, baru je 40 minit stat. Sebab Ben Ashaari nak buat segmen follow up. Ada pakej dengan aktiviti lagi.
Update punya update, nak bagi Nuffnang bagi up banyak-banyak. Hehe
2. Nak habiskan report/assigment/dateline
Kebiasaannya, kita mesti nak buat kerja last minute (macam laa aku juga). Bila dah last minit tuh, semua benda kelam kabut. Report pulak, beratus-ratus page. Nak compile lagi, nak cek grammer lagi, nak baca isi releven ke tak releven. Itu nak buat, yang ni pulak baru nak buat. Masa tuh laa korang mengharapkan, kalau laa dapat 1juta jam lagi, mesti boleh siap. Mesti boleh buat cantik-cantik.
3. Buat paper craft
Lepas tuh kan, mesti korang nak buat paper craft banyak-banyak. Buat banyak-banyak, sampai korang boleh buat muzium macam Toy Muzium kat Penang. Bila orang nak masuk, charge RM 5 sorang. Lepas tuh, promote sikit, mesti satu dunia tahu pasal muzium unik korang (Ok, aku dah tak berada di alam nyata sekarang ni). Contohnya buat patung kertas ni. Haa, comey tak ?? Tengok kat tangan dia, comey kan !! Kan !! kan !!
4. Pergi pantai/sungai
Pergh. Panas-panas, lepas tuh berendam. Paling best siot. Kalau tak kisah pasal kulit hitam ke, terbakar ke, benda ni memang best. Pergi Pantai Kerachut lagi, Sungai Sedim ke. Lepas main air tuh, sejuk-sejuk keluar daripada sungai, then pergi berjemur. Pergh. Syiok !! Syiok !! Syiok !!
5. Mengira anak tangga yang terpanjang/tertinggi kat tempat korang duduk
Haa, korang tau ke bilangan anak tangga yang paling tinggi/paling panjang kat tempat korang. Kalau yang duduk rumah dua tingkat tuh, tau ke ? Yang duk asrama tuh, tau ke ? Cuba korang kira sekarang. Lepas tuh kan, korang bagitahu kat comment bawah ni. Cuba tengok sapa yang paling banyak anak tangga. Lepas tuh, kita semua boleh pergi umah dia, buat muka menajubkan.
(Sorry, tengah sewel pasal projek design yang sedang di-compile.Oh ye, minta maaf kalau ada yang terasa kat post atas ni. Tak berniat nak mengena, hanya taip ikut suka je)
5 comments:
masa tu sentiasa ada tp tak digunakan je..hoho
kira anak tangga pon boleyy ;P
kira berapa hari lagi nak menuju rumah tangga..ekeke
latest entry : application facebook umpama susuk (khurafat)
kalo aku, aku jual kt sapa yg lebih memerlukan
KAlau ada 1 juta jam. Mungkin saya akan ambil 24 jam untuk ke Penang. :)
cett..
kalau ade 1 juta jam eyh..
kalau suya nak 1 juta duet
nak terbang sana sini :p
@Areefah ~ betul tuh areefah .. thanx kerana datang
@dodol ~ wah .. boleh plak jual ek ?
@peLangi ~ haa, di situ sweet ..
@suya ~ wah .. cam ne tuh suya ?
Post a Comment