Bila semangat tak sampai-sampai
SalamGambar kabur !! Presentation Advance Process Control, Selasa minggu lepas, Aku tak sedar aku cakap 30 minit. Aku macam rasa aku cakap 10 minit je. |
Minggu depan adalah minggu yang penting bagi student chemical engineering USM, sebab minggu depan (atau pun dengan mudahnya, bermula esok) adalah minggu penuh viva. Semua orang akan mula sibuk nak prepare slide, sebab sebelum ni sangat busy dengan kerja-kerja lain. Projek-projek tuh dah kena baca balik semuanya jadi lupa.
Masalah yang ada kat aku pulak, semangat nak membuat persediaan tuh takda. Haish, masalah betul. Viva inilah yang patut ditakuti, tapi aku boleh buat rilex je. Macam mana nak bagi aku takut nieh ? Agaknya petang ni ada pre-viva dengan supervisor, harapnya dapat laa semangat tuh sampai masuk meresap dalam diri.
Untuk minggu depan ni, student chem eng, akan ada viva plant design dan viva FYP. Viva plant design hari Isnin dan Selasa, manakala Viva FYP hari rabu dan khamis. Harapnya semua berjalan dengan lancar. Aku punya viva hari Selasa (pagi) dan Rabu (petang). Maka get ready je laa kan.
Lepas abis dua tuh, semua prepare untuk final examination. Bila dah last semester 4th year ni amik satu subjek exam je (tak termasuk subjek bahasa). Haa, bila junior tanya, "Berapa banyak subjek exam?" Aku jawab laa "1 je". Then dia jawab "Wah bes ye". Lepas tuh aku senyum je. Dalam hati, nak cerita kat korang yang 1subjek tuh je tak cukup nak bagi korang kata best. Ada yang siap jeles-jeles lagi sebab ada satu subjek. (Oh ye, nak tambah sikit, aku cukup pantang bila ada orang kate, 4th yer (generally) tak busy sebab subjek exam sikit).
Apa yang aku nak cuba sampaikan, secara personal ye, aku kata, tahun 4 merupakan tahun yang paling busy yang aku rasa selama aku belajar 4 tahun, walaupun satu saja subjek exam korang. Nak tahu perbandingan dia macam mana ? Meh aku bagi pembayangan sikit. Bagi sesiapa yang tahu, aku kan busy dengan pelbagai aktiviti USM yang aku join. Busy ye 4th year ni lagi busy daripada semua tuh. Ada juga yang tahu, dulu aku penah jadi YDP and NYDP school kan, haa busy 4th year ni lagi teruk busy ye yang tiap-tiap malam ada meeting. So, kepada ada sesiapa yang ada penyakit malas, dan suka bertangguh kerja. Sila rawat penyakit tuh dulu sebelum masuk 4th year. Kat skul lain, mungkin yang diorang takut sangat adalah FYP diorang. Di Chem Eng, menda yang paling menakutkan adalah Plant Design. Serius, mental kena kuat.
Jadi kepada junior, selamat maju jaya !! Dan kepada senior-senior majulah kehadapan !! Good luck !!
4 comments:
gud luck! sy bakal masok final year...
fyp da start... huhuhu...
ganbarou nea!!
bro, gua doakan lu punya spirit mari, masuk dalam hati, tak tggl2 da, lepas makan durian byk2,hehe
soya ~ uhuh .. bagus2 .. U lain semua stat awal2 ...
Jay ~ weh, aku tak makan durian laa !! uhuh .. thanx bro !!
gambateh ipai
huhuhu betul! setuju
4th mmg super duper busy even paper tak banyak.. tapi otak sentiasa bekerja.. Saket!!!
Post a Comment