Aku tak makan durian !!
SalamSemua orang pelik dengan aku, bila aku kata aku tak makan durian. Hahaha. Ada siap kata, 'Istimewanya orang Malaysia ni adalah kerana kita ada durian dan kita semua makan durian. Baik kau m%&* je kalau tak makan durian' (*Disebut dengan nada bergurau, dan bukan cara yang serius).
Bila ditanya kenapa tak makan durian, aku pun sendiri tak tahu nak jawab apa. Mungkin sebab masa kecik aku tidak didedahkan dengan pemakanan durian. Aku tau ramai yang kata sedap, dan aku bukan laa tak pernah makan langsung, pernah je rasa durian, tetapi, aku tak tergilakan untuk makan durian. Kononnya, kalau durian itu adalah intan dan emas yang direbuti ramai, aku hanya lihat dan tidak hairan dengan durian itu.
Source: shah-yuni.blogspot.com |
Memori terawal yang aku ingat tentang aku 'takde suka sangat' makan durian tuh, adalah pada masa aku sekolah rendah. Pada waktu itu, musim durian, macam sekrang ni. Dan semua orang sibuk membeli durian dan membawanya makan di kampung. Pada waktu itu, seingat aku, aku makan seulas dua. Selepas selesai makan dan mahu balik ke rumah, aku berasa pening aka mabuk. Aku mabuk kereta sepanjang perjalanan ke rumah. Dan mungkin pada waktu itu, keadaan mabuk yang paling teruk aku rasa. Dan bila sampai rumah, aku tak lalu nak makan durian. Sejak daripada itu, aku tak hairan dengan durian.
Jadi kepada peminat durian silalah ke:
Perhentian Bukit Gantang (Tak silapnya ke arah Utara, kalau salah keluar tol patah balik ye)
Pukul 10 pagi hingga 5 petang
RM 9.90 and all durian you can eat till you cannot eat anymore !!
So, grabs your things, pack your mineral water and head to the Bukit Gantang RnR for durian madness !!
10 comments:
wuuu~~ ada org x heran ngn durian..
sdap !! heheheh...nak balik kg mkn durian dusun sdri...tu lagi sedp..hik3~
hehe. sama la. tak brape suka durian. tapi bubur durian telan pulak. huhu
ITEW JELES OTEYH
hehe. sama la. tak brape suka durian. tapi bubur durian telan pulak. huhu
ITEW JELES OTEYH
durian aku makan je tapi tak fanatik sangat, setakat sekali makan 2-3 ulas je.
aku bukan hantu durian. hehe
dooooop makan lah teman durian tu :)
HAHHAA tak sedap :/
saya makan durian~!
tapi saya tak heran pun org tak makan durian.Selera masing2 kan.. Lagi pun saya bukanlah hantu durian. hehehe
soya ~ kita sama
fyqa ~ kta sama juga
alia ~ wah .. byk juga tuh kalo 2,3 ulas
aiman ~ eheheh .. doop eh ..
suya ~ owh suya makan juga laa sikit2 ..
aku pon x gila durian jgak. tp still mkn laa klau dah mak beli.. -_- bau dia tu yg x best tu..hahaha
hilang satu nikmat dunia sbb tak makan durian.hahaha.bkn ak ckp.org len yg ckp~
d2z ~ eh cam ramai plak yg tak suka
aida ~ haa, yg tuh mmg selalu org ckp .. uhuh
Post a Comment