Minyak Ron97 naik 20 sen dan penceritaannya
SalamAwal tahun nikita semua diura-urakan dengan kenaikan harga minyak. Mula-mula masa awal tahun hari tuh. Dah naik sikit dah, 10 sen. Lepas tuh, ada la beberapa siri ura-ura dan berita-berita pasal kenaikan minyak. Bila minyak RON 97 ni naik, ini menjadikan harga terkini minyak tersebut adalah RM 2.70.
Bila usha-usha balik harga minyak RON 97 tahun lepas, Disember hari tuh pun ada naik sikit. So asalnya RM 2.30 sekarang dah jadi M 2.70.
Bila harga tuh naik, tuh maksudnya pihak kerajaan telah mengurangkan pemberian subsidi kepada harga minyak tersebut. Hmm, agaknyakan sebab RON 97 ni ramai yang tak pakai. Yang pakai pulak jenis orang-orang yang agak kaya dan agak berharta. Aku pun, pakai sebulan sekali, kononnya nak bersihkan enjin kereta. (Tapi dah lama tak buat).
Daripada sumber-sumber media dalam interiew yang dibuat dengan menteri, harga minyak RON 95 tidak akan dinaikkan. Maka, tak ramai laa bising pasal minyak naik ni kan. Daripada sumber media (mStar) jumlah subsidi kerajaan dianggarkan mencecah RM 10 bilion dan mungkin kepada RM 14 bilion, jika pihak kerajaan pertahankan paras harga RON 95 sekarang.
Hmm, cepat-cepatlah baiki sistem pengakutan awam Malaysia. Kalau semuanya cantik, (takdela aku kena tinggal di separuh jalan destinasi aku ke Parit Buntar) baru laa ramai yakin naik kenderaan awam.
2 comments:
burger naik 2kupang
pergh .. cari makanan len yang murah .. uhuhuh
Post a Comment