Yang sebenarnya, Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya ..

June 30, 2011 iPai 39 Comments

Salam



Pada kala ini lagu Dragon Ball sedang kedengaran di kaca TV menandakan adik aku telah menukar siaran ASTRO (yang tak tahu kena boikot ke tak) kepada siaran ASTRO Ceria 611. Teringat daku saat-saat indah pada waktu kecil menonton Dragon Ball pada setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 9.30 pagi di TV2.

Setiap hujung minggu itu tidak akan dilepaskan untuk menonton siri TV popular ini, walaupun iklan Apollo sering memotong stim yang tengah syok melayan cerita yang penuh imaginasi ini. Cerita ini sudah tamat sirinya pada tahun 2005, tetapi fenomena berkumpul di depan TV tetap berlaku di rumah aku jika mendegar lagu tema Dargon Ball itu di kaca TV. Teringat seh;





Teringat aku, bila setiap plan keluarga aku untuk hujung minggu perlu dianjakkan selepas pukul 10pagi kerana tidak mahu mengganggu siaran mesti tonton pada kedua-dua hari tersebut. Aku tak pernah berkesempatan untuk membaca komik Dargon Ball 43 siri, kerana waktu itu pendedahan aku terhadap komik amatlah kurang. Yang aku kenal, Doreamon je. Maka siri TV itulah saja sumbernya.
Kadang-kadang tuh teringat juga, lepas bangun Subuh akan tertidur semula dan akan bangkit secara tiba-tiba, seakan-akan bunyi lagu tema Dragon Ball ini merupakan alarm kebakaran rumah yang memerlukan berlari ke ruang tamu mencari TV. Ngeh3. Sampai terlupa nak basuh muka dulu.

Bila dah tengok, berangan pulak nak jadi hero dalam cerita. Membuat gaya Kame Hame Ha kepada adik beradik seakan-akan aura itu betul-betul dan akan muncul di telapak tangan. Tapi yang keluar, habuk. (Habuk pun tak de sebenarnya)

Tak cukup dengan itu, aku tumpahkan imaginasi itu ke kertas-kertas contengan. Meniru sehabis boleh muka SOn Goku tuh dan setelah mencuba banyak kali sampai nak give up, muka pun agak-agak serupa akhirnya. Yang penting tang rambut tuh kan ? Bila nak stat lukis badan, "Adeh, cam lagi komplikated je". Akhirnya, lukis badan lidi je. Maka jadilah Son Goku Lidi.

Aku juga ingat, siri TV ini bermula daripada aku sekolah rendah lagi dan tamat pada aku tingkatan 5. Aku berada di sekolah berasrama, dan TV merupakan option yang xbest untuk dijadikan aktiviti, namun, aku dengan kawan-kawan aku pergi juga tonton cerita Dragon Ball ini. Punyalah ramai peminat, kantin sekolah aku yang kecil itu dipenuhi oleh kami semata-mata menonton cerita Dragon Ball ini.

Kalah ramainya orang jika dibandingkan waktu rehat sekolah pada hari biasa. Sehinggakan ada yang sanggup berdiri untuk 30 minit untuk melepaskan kerinduan kepada Son Goku. Bayangkan sahajalah hampir 80% pelajar berada di kantin untuk menonton Dragon Ball. Setelah Dragon Ball tamat, tiada lagi fenomena itu di TV. Dragon Ball GT pun tidak mendapat sambutan.

Tapi sekrang dah boleh tonton kat ASTRO Ceria. Wah, boleh aku tengok balik kan. Setiap hari kerja pukul 11.30 pagi, 6.00 petang dan pukul 9.00 malam (kadang-kadang je) aku akan usha line TV. Kalau takde sapa tengok, aku bedal. Hehe.

Adeh.
Yang sebenarnya, Dragon Ball ada 7 biji semuanya

P/S: Sekarang dah pukul 9.40 malam. Aku dah terlepas siaran malam Dragon Ball. Aku ingat nak taip pendek je tadi. Ni blog punya pasal laa ni aku terlepas siaran. Haddoi.

39 comments:

Ekspedisi Gunung Datuk: Menjejaki Tapak Kaki Hang Tuah

June 30, 2011 iPai 37 Comments

Salam

Apa kabar semua ? Rindu aku tak ? Sorry tak dapat online semalam. Terima kasih kepada pembaca yang datang jenguk-jenguk blog aku ni. Walaupun post sebelum Wordless Wednesday tuh agak kureng. Semalam ada projek besar yang dipanggil;

Ekspedisi Gunung Datuk: Menjejaki Tapak Kaki Hang Tuah

Untuk sesiapa yang tak pernah tahu, lagenda mengatakan di puncak Gunung Datuk ini terdapatnya tapak kaki Hang Tuah. Tapak kaki itu wujud apabila Hang Tuah ingin melompat daripada satu gunung ke gunung yang berhampiran. Tetapi tiada pengesahan yang dapat dilakukan bahawa lagenda itu benar atau sekadar rekaan cerita semata-mata. 

Gunung setinggi 2,900 kaki (884m) ini merupakan gunung kedua tertinggi di Negeri Sembilan dan ia mengambil masa 2 jam perjalanan ke puncak. Pergunungan ini pernah digunakan oleh Dato' Perpateh Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat, bagi mengumumkan nama dan jawatan Dato' Lembaga (ketua suku) yang seterusnya pada tahun 1372. Perjalanan ke puncak gunung ini terdapat trek semulajadi dan pada hari yang cerah, kita dapat melihat Selat Melaka.

Ekspidisi ini disertai oleh 4 wanita gagah dan seorang lelaki tak hensem yang beriya benar menjejaki ke puncak Gunung Datuk. Mereka ialah, (dari kiri) Zoey, Dya, Ummi, Atiq (on the way) dan aku. Pada hari tersebut terdapat 3 kumpulan yang turut lain hadir untuk menjejaki Gunung Datuk ini. Yang peliknya 3 kumpulan yang hadir ini semuanya datang daripada Seremban. Macam Seremban Day laa plak. Setelah Atiq tiba, kitorang pun memulakan pendakian pada pukul 9 pagi.


4 Wanita gagah sedang beristirehat
Antara kata-kata hikmat yang diucapkan oleh mereka,
"Orang cuti keluar pergi tengok wayang cerita Transformers 3, kau plak masuk hutan"


Kitorang merupakan kumpulan yang terakhir yang membuat pendakian pada pagi tersebutPendakian Gunung Datuk ini sangat mencabar kerana hampir kesemua trek daripada bawah hingga ke atas adalah seperti menaiki tangga. Jika dilihat di dalam gambar akar kayu yang ada ini memerlukan kitorang melangkah besar. Selain akar kayu terdapat juga batu-batu dan ini betul-betul menguji mental kitorang.


Di separuh perjalanan, hujan mulai turun. Mengikut plan aku sebelum itu, kalau hujan, kitorang akan berhenti dan menunggu hujan reda  sebelum meneruskan perjalanan. Tetapi disebabkan hujan tidak sebegitu lebat, kitorang meneruskan pendakian.


Dan bernasib baik kitorang tidak menunggu hujan reda kerana hujan semakin lama semakin lebat. Sehinggakan trek yang kitorang lalui sudah menjadi anak sungai.


Selepas 2 jam perjalanan kitorang nampak penanda ini. Ini menandakan perjalanan kitorang hanya tinggal 500m lagi. Kami tersempak dengan kumpulan awal yang sedang menuruni gunung. Dan menurut mereka, kitorang perlu mendaki 30 minit lagi untuk sampai ke puncak.


Dalam perjalanan 30 minit itu, hari mulai cerah dan tak sah kalau tak tangkap gambar.
Antara kata-kata hikmat lain,
"Cepat daki, cepat daki, kat atas ada 7 Eleven sedang tunggu kita"


Cahaya matahari yang menyinari selepas hujan ini seakan-akan menyinari perasaan kami




Tetapi sinaran matahari itu hanyalah seketika sahaja. Hujan mulai turun dan melebati kitorang. Dan ini menyebabkan anak sungai di trek semakin besar ingin menjadi bukan anak sungai. Sampainya kitorang di kawasan lapang terakhir, kitorang boleh nampak group-group yang masuk awal tadi berada di puncak. Maka kami teruskan sahaja untuk mendaki 2 puncak yang terakhir.

2 puncak terakhir ini adalah lain daripada yang lain, kerana ia bukan trek tanah, ia merupakan trek batu. Di sini terdapat timbunan batu besar dan terdapat tangga besi yang disediakan untuk naik ke atas. Disebabkan cuaca hujan makin lebat dan berangin dan juga faktor keselamatan, aku membenarkan gadis-gadis gagah ini naik sehingga puncak pertama sahaja. Dalam gambar di atas adalah gambar berada di puncak pertama.



Antara kumpulan lain yang panjat Gunung Datuk ini. Cuba tengok belakang tuh, tak nampak apa dah.



Aku tidak melepaskan peluang untuk naik ke puncak kedua. Jadi aku naik dengan brader baju kuning tuh. Dan di atas, angin terlalu kuat dan membuatkan kitorang berdua mengigil teruk. Bayangkan saja tebal kabus di atas puncak ini jika jarak antara dua puncak ini saja dah sekabur dalam gambar di atas ini.

 Pendakian untuk puncak pertama. Sumber: MalaysiaHere.com


 Pendakian untuk puncak kedua. Sumber: Peakware.com

Dan inilah dia, tapak kaki Hang Tuah. Wah, comel je kan.


Penurunan dari gunung adalah cabaran besar bagi aku. Plan untuk makan tengah hari (nasi lemak) di puncak tidak kesampaian. Kalau makan juga, dapat kuah free dari langit. Jadi kitorang tak berlengah, dan terus turun kebawah bersama kumpulan lain. Hujan semakin lebat dan trek kami dipenuhi air hujan. Kaki aku siap mengigil menahan lapar dan lenguh untuk menuruni gunung. 

Walaupun sepanjang perjalanan ini diselangi jeritan wanita gagah akibat pacat, namun semua pacat-pacat tersebut dapat ditumpaskan dengan garam. Dan yang paling bestnya, aku tak kena gigit pacat pun. Agaknya sebab aku tak cantik kot. Tu yang pacat tak gigit tuh. Akhirnya kami berjaya sampai ke bawah dengan selamat, Gambar.


Time ni kaki memang tak larat. Dalam kepala rasa nak nasi lemak je. Lapar!! Lapar !!

Pada malamnya aku dah tidur dari pukul 8 sampai pukul 10.30 malam. Berjaga sampai pukul 1, kemudian sambung tidur balik hingga ke Subuh. Dan sekarang masih ngantuk lagi. Kaki dah stat keras-keras dah. Wuhuuu.

P/S: Terima kasih kepada yang singgah ke blok ini semalam. Nanti aku jejaki korang ye !!

37 comments:

Wordless Wenesday #2

June 29, 2011 iPai 24 Comments

Salam


Baca kat post sebelum ini

24 comments:

Jom Berbloglist Express bersama ....

June 28, 2011 iPai 11 Comments

Salam

Jom Berbloglist Express bersama Syuxer

Ini lah frasa pertama aku sampai ke blog ini. Berbloglist Express dengan rakan-rakannya. Aku sendiri tidak berapa pasti bagaimana dia memilih blog untuk segmen ini. Tapi aku pasti, mesti ada satu segmen khas yang dibuat untuk mengumpul list blog ini. Rasanya kalau korang nak berkenalan dengan blogger lain, ini merupakan salah satu cara yang korang boleh cuba untuk mendapat ramai kenalan.

Link
Tuan kepada Gerbang Maya Melankolia Segar ini membuatkan aku tertanya lagi, 'Apakah maksud 'melankolia' ini?' dan 'Manalah dia dapat perkataan ini?'. Search kat Google, result apa-apa ntah dia bagi. Maka kena laa cari Kamus Dewan Online, untuk mencari maksud. Gigih sungguh aku.

Dan yang lagi aku bertambah pelik adalah maksdunya;

"(Ubat) penyakit mental yg ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yg amat sangat dan berpanjangan."

Mungkin dia sendiri mempunyai fahaman sendiri bagi maksud perkataan tersebut.

Aku sendiri masih tak kenal En. Syuxer ni sepenuhnya. Mungkin sebab dia sangat-sangat busy dengan blognya. Dengan berbloglistnya dan dengan update setiap hari. Aku sendiri pun tak dapat catch up post dia yang terbaru. Lagi pun, pembacanya ramai. Maka sebab itu laa, update-update baru diperlukan.

Dalam Berbloglist Express ini juga aku belajar tentang tools yang digunakan untuk menganalisis bloglistnya. Tools yang yang digunakan itu adalah;



Jadinya dia mempunyai cara tersendiri untuk naik dan dia membawa orang lain bersama-sama dengannya. Dan ini menyedarkan aku bahawa kalau korang blogger nak naik, korang tidak boleh naik hanya dengan usaha seorang diri. Cara yang terbaik adalah menarik kawan-kawan kita untuk naik bersama-sama.

Tak salah untuk naik dengan hanya usaha diri sendiri, tetapi korang perlu mengambil kira banyak faktor untuk naik ke atas dan ia mengambil masa yang lebih panjang untuk sampai ke peringkat atas. Dan untuk itu juga, korang perlu bekerja lebih keras daripada biasa.

Apa pentingnya berada di atas ? Aku tidak bangkang kepada individu yang mahu menjadi terkenal sebab ada di antara kita memerlukan perasaan itu, maka kita tak boleh salahkan sifat semulajadinya itu.

Jadi apa yang pentingnya berada di atas ?
"Aku nak korang dapat baca apa yang aku fikirkan, apa yang aku faham, supaya apa yang aku lalui ini, kau pun dapat merasakan juga."

Aku tidak boikot blogger famous (kecuali kadang-kadang aku akan baca juga blog Ben Ashaari sebab bagi aku dia yang mengajar aku sedikit perlunya pasal blogwalking yang aku tak pernah tahu dahulu). Aku tahu penulisan mereka hebat.

Cuma aku rasa blogger famous sudah mempunyai pembaca yang ramai. Kalau semua baca blogger famous, siapa lagi nak baca blog biasa. Bagi aku, ada blogger biasa ini mempunyai mutu dan kualiti yang baik dalam postnya. Dan ia merupakan kerugian yang agak besar bila tidak ada yang membacanya.

Dengan blog ini, aku dapat belajar tentang nak buat air asam, membaca puisi yang jarang sekali aku tak faham, memahami perasan cikgu english sekolah aku dulu macam mana rasanya menyemak essay, mengingatkan diri sendiri tentang jangan berat sebelah dengan anak gadis kita dalam memandu kereta, membela sugar glider dan banyak lagi.

Blog, macam-macam ada.
Sekian


P/S: Aku jarang gila buat post luahan isi hati ni. Adakah ini kesannya bila kita banyak sangat baca blog orang lain ? -_-"

P/S 2: Besok aku takde ye. Pergi hiking. Apa-apa pun, tinggalkan komen dan jejak, aku akan jejaki korang balik. Taaa

P/S 3: Jangan ada pulak yang terasa hati kalau post dia takde kat perenggan terakhir. Maaf maaf maaf.

11 comments:

Skandal Nuffnang dan YMads: Hilang status Glitterati secara tiba-tiba kerana YMads

June 28, 2011 iPai 35 Comments

Salam


:hohapani:Status Glitterati aku hilang secara tiba-tiba !!

Tidak !! :tidak: Dah laa tak pernah dapat Buffered Earning

Nuffnang tak pernah sayang aku pun :nangisjauh:


Jadi itulah kisah aku pada pagi ini. Status Glitterati aku sudah hilang secara tiba-tiba. Dan setelah menghantar soalan ticket kepada Nuffnang mereka memberitahu yang, status Nuffnang aku ditarik kerana iklan YMads aku.

:erk: Kenapakah ? Aku dah pasang iklan YMads ni lama kot

Kau baru je pasang seminggu laa, lama hapenya !! Haa, nak tengok bukti tak ? Meh tengok bawah ni, aku dapat surat cinta pertama aku daripada Nuffnang iaitu jawapan manusia dan bukan jawapan komputer. Hehe


Part ni memang aku hairan. Pada mulanya aku rasa YMads ni memang tak boleh pasang sebab bentuk pengiklanannya hampir sama dengan dengan Nuffnang. Tetapi, banyak review daripada blog lain menyatakan, YMads tidak memberi kesan kepada Nuffnang kerana YMads adalah syarikat daripada US maka bukan saingan Nuffnang: YMads is not from SEA based company. Aku pun percaya dan pasang iklan YMads ini dalam blog aku. Dan hari ini, status Gliteratti aku sudah ditarik.

:riak: Hahaha. Padan muka !!

Aku baru je nak happy sikit, sebab dah 2 minggu berturut-turut aku dapat RM 1 setelah sekian lama blog aku tak dapat duit. Siap bersedia nak bagi komitmen nak dapatkan RM 1 yang ketiga aku. Last punya earning bulan April haritu. Haa, nak tahu berapa aku dapat sekarang ?


:hehehe:Amacam menabjubkan tak ?
Tak pernah cash out dan tak pernah dapat BE ni tau


Sekarang ni aku dapat tahu bahawa, YMads ini memang tak boleh pasang dah;


Start dari sini dan kebawah adalah post yang berupa hasutan :peluangjahat:
Jangan baca bagi sesiapa yang sayang bangat dengan Nuffnang.
Juga diingatkan perasaan hasad dengki itu adalah tidak baik.


Aku join YMads ni pada 20hb Jun 2011. Maka, sekarang sudah genap seminggu aku join YMads. Aku berasa agak lega bila 4 hari selepas aku join YMads, status Glitterati aku tidak hilang. Maka, info yang aku dapat itu adalah benar, status Glitterati tidak hilang dengan memasang iklan YMads.

Namun pada hari Sabtu lalu, aku digemparkan satu berita best daripada YMads, yang memberitahu CPM/CPC mereka sudah dinaikkan.

Dan untuk Malaysia, peningkatan sebanyak 20% telah berlaku. Dan aku syak, ini menggugat Nuffnang (dengan homework yang aku buat laa. Kalau salah, bagitahu ye).

Korang nak tahu macam mana income aku daripada YMads selama seminggu? (Bar tuh bukan traffic tau, tapi earning update setiap hari)

Tengok kat 27 June tuh, tiba-tiba naik 20%
Aku dapat $1.22. Ni dalam dollar tau. Kalau convert duit Malaysia, erm 1.22 x 3 berapa ek ? Kira lump sum je laa ek, 1 x 3 = 3. Wah dah 3 ringgit aku dapat dalam seminggu. 2 minggu lagi, aku boleh dapat lagi tinggi daripada yang aku dapat daripada Nuffnang. Ni baru traffic cikai cam aku punya, aku dah dapat macam ni. Kalau up sikit, memang lagi kaw laa kan ?

Haa, amacam ? Jahat tak aku ?:riak:

Kesimpulannya...
Jadi aku rasa, kalau sesiapa yang tak dapat income daripada Nuffnang berbulan-bulan, boleh laa tukarkan sekejap dekat YMads. Lepas tuh, upkan sikit-sikit kasi cash out sekali. Bila dah mantap gila blog korang tuh, pergi lari kat Nuffnang. Lepas mantap lagi, pergi lari kat Innity (Aku tak pernah try, tapi aku rasa laa)

:rilex:Nak daftar YMads, pergi je search kat Google. Huhu

Pesanan terakhir...
Jadi keputusan terletak di tangan korang. Aku bukan menghasut k. Aku review je macam blogger lain buat. Dan aku mengharapkan blogger taiko dan sifu, tolong bagi info sikit kepada blogger yang masih kurang info begini dalam komen bawah ni, kalau-kalau ada yang tidak dimasukkan dalam post ini. Ilmu dan sharing korang amat bermakna bagi kami

P/S: Says.my pun tak boleh tau !!
Cuba Like kat bawah ni kasi semua orang lain tahu

35 comments:

Cara meletakkan iklan Says.my dan Churp Churp ke dalam blogger dengan cantik

June 28, 2011 iPai 22 Comments

Salam

PERHATIAN: DENGAN MELETAKKAN IKLAN SAYS.MY AKAN MEMBUATKAN ANDA KEHILANGAN STATUS GLITTERATI ANDA. UPDATE: 28 JUNE 2011

Ada request kali ini daripada Rozuan Ismail daripada Pak Cek Biola, yang meminta untuk;

Tunjukkan cara letak iklan says.my dan churpchurp.com di blog. Bagi aku, bagus juga aku post kat sini kalau-kalau aku terlupa code ni pada masa akan datang, tak perlu cari jauh-jauh, aku search kat blog sendiri je. Kalau ada apa-apa persoalan boleh ditanyakan, kalau boleh jawab, aku jawab. Sebabnya, benda ni aku belajar main testing-testing je. Selepas daripada tutorial ini, korang akan dapat buat sendiri benda ni;

2 baris atas adalah iklan Churp Churp. Korang tengok image dia dalam saiz segiempat sama sisi.
Manakala, 2 baris bawah adalah iklan Says.my yang image ye, bukan segiempat sama sisi.

Pertamanya, aku nak tunjuk general code untuk iklan ni;

<a href='URL LINK ADS CHURP CHURP'><img alt='' src='URL IMAGE LINK ADS' height=100 title='KATA KATA YANG AKAN KELUAR BILA MOUSE HOVER'/></a>


Cara masukkan ke dalam blog adalah;

Dimulakan di Dashboard Blogger. Dan di situ klik pada Design.

Kemudian, klik pada Add a Gadget

Dan pilih HTML/Java Script
Dan masukkan code yang dinyatakan di atas dalam ruang disediakan. Kemudian klik Save.



Cara nak manage code iklan ini adalah seperti berikut;

1. URL LINK ADS CHURP CHURP
Ini adalah tempat korang dapatkan URL link. Contohnya;




2. URL IMAGE LINK ADS
Ini adalah untuk korang letak URL link image bagi ads tersebut. Korang right click image ads dan copy image URL (untuk Google Chrome) atau copy image location (untuk Mozilla Firefox)

Ini untuk browser Google Chrome

Ini untuk browser Mozilla Firefox


3. 100
Ini adalah saiz bagi image yang korang letak tuh. Boleh diubah untuk iklan 125x125, korang taip 125. Dan kalau nak saiz 100x100, korang taip 100. Korang boleh cuba untuk 50, 75, 100, 125 dan apa saja saiz yang korang nak.
Ads pelbagai saiz mengikut urutan 50, 75, 100, 125




Untuk iklan Says.my, bukan bersaiz segi empat sama sisi, saiz yang diletakkan di 100 akan memberi kesan terhadap ketinggian imej itu sahaja dan bukan lebar image tersebut. Jika anda hendak mengubah lebar image tersebut, masukkan code dibawah selepas height;

<jarak>width=125<jarak>

dan menjadi

height=100 width=125




4.KATA KATA YANG AKAN KELUAR BILA MOUSE HOVER
Ini adalah kata-kata yang akan keluar apabila korang bawa mouse korang ke imej tersebut dan tidak menekan apa-apa. Korang boleh masukkan sedikit ringkasan berkenaan ads tersebut.
Tetapi diingatkan, tidak boleh masukkan simbol ' " dan & dalam ruang ini.

Contohnya;

title='Marilah tekan sini dan join Churp Churp. Nanti korang dapat duit banyak'




5. Code tambahan 1: <center><code ads korang></center>
Ini berfungsi untuk memastikan code korang berada di tengah-tengah supaya lebih teratur dan kemas.

Contohnya;
<center><a href='URL LINK ADS CHURP CHURP'><img alt='' src='URL IMAGE LINK ADS' height=100 title='KATA KATA YANG AKAN KELUAR BILA MOUSE HOVER'/></a></center>




6. Code tambahan 2: <center><p><code ads 1 korang><code ads 2 korang></p></center>
Ini berfungsi untuk menyusun ads korang mengikut baris, baris satu dan baris dua.

Contohnya;

<center>
<p> <!--Bermulanya baris pertama-->
<code ads 1 korang>
<code ads 2 korang>
</p> <!--Berakhirnya baris pertama-->
<p> <!--Bermulanya baris kedua-->
<code ads 3 korang>
<code ads 4 korang>
</p> <!--Berakhirnya baris kedua-->
</center>
Menjadi;





7. Code tambahan 3: &nbsp;
Code ini berfungsi sebagai jarak dari satu imej dengan satu imej yang lain. Satu code itu menyamai satu tekan space bar atau <jarak>.

Contoh bagi 4x jarak &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;

Contoh bagi tiada jarak


Kepada sesiapa yang tak buka akaun ni, boleh la pergi daftar kat says.my dan churpchurp.com. Sekarang pun muncul yang baru lagi yang dipanggil Noobie (Credit to eYFA for the info). Itu sahaja pada hari ini. Kalau ada apa-apa masalah boleh bertanya dan saya akan cuba selesaikan. Kepada sifu-sifu yang ternampak ada yang tertinggal, sila bagitahu juga ek.

Terima kasih dan selamat mencuba

P/S: Thank you to Nur Syafiqah kerana memeuhi request post pasal air asam. Jom terjah !!!

PERHATIAN: DENGAN MELETAKKAN IKLAN SAYS.MY AKAN MEMBUATKAN ANDA KEHILANGAN STATUS GLITTERATI ANDA. UPDATE: 28 JUNE 2011

22 comments: