Tips Peperiksaan cara aku

June 22, 2011 iPai 12 Comments

Salam

Ni apa aku demam-demam cerita pasal tips nak exam ni. Exam dah habis laa weh. Hehe. Bukannya demam tapi sepanjang blogwalking beberapa hari ada aku jumpa blog cerita pasal result semester lepas. Kiranya nak masuk musim nak keluar result dah ni. Dalam tengok-tengok tuh, aku teringat yang aku tak pernah nak share tips aku masuk exam. Kepada rakan-rakan jangan salah faham ye. Bukan aku tak cerita atau tak share, tapi masa exam, aku memang tinggal blog ni habis-habisan. Tambahan, ketika itu aku belum aktif berblog macam sekarang ini.


Jadi, walaupun bukan time exam, rasanya tak salah nak share benda ini. Sebab aku apply benda ni untuk setiap benda penting yang aku nak buat. Jadi khusus untuk mereka-mereka yang masih belajar (wah aku dah abes belajar dah?) , korang baca, faham, ingat dan cubala praktikannya.


Tips #1: Update nota sebelum minggu studi. 
Kadang-kadang aku memang ter-miss nota. Ada macam malas nak fotostat, dan ada yang malas salin. Ada juga sebab busy dengan aktiviti kampus sampai tak sempat nak update note. Note aku campur-campur. Ada yang tulis sendiri, tapi banyaknya fotostat orang punya. Opss. Terima kasih kepada mereka yang membenarkan aku pinjam fotostat.

Isi penting di sini adalah, bagi nota lengkap sebelum minggu studi. Haa, jangan minggu studi tuh baru nak cari. Kesian member. Diorang nak studi, kita sibuk-sibuk plak nak pinjam fotostat. Silap-silap dia tengah tensen, tak redha, kan susah kat kita balik, masa nak jawab periksa. Kalau pinjam pun, pastikan pulang dengan cepat dan pantas.


Tips #2: Rancang hari studi korang
Kalau minggu studinya seminggu, kenalah dibahagikan seadilnya mengikut subjek yang susah kepada subjek yang kemudian, serta subjek yang exam dulu dan exam kemudian. Yang mana subjeknya susah, dibanyakkan harinya. Kalau subjek ni di awal hari peperiksaan, study yang itu dulu. Dan lihat pada kelemahan subjek. Yang itu perlu diutamakan, tapi jangan sampai yang lain tertinggal.


Tips #3: Study Sendiri atau Study Group
Hee. Ini memang isu hangat. Tapi bagi aku, masa minggu studi, adalah minggu studi sorang bukan untuk studi ramai-ramai. Kalau beriya nak rajin, janganlah rajin time minggu studi baru nak studi group. Bukannya tak kasi nak studi group, tapi mostly bila buat jadinya berborak. Mula-mula sikit, lepas dapat isu best tuh, memang tak hengat la. Untuk itu, geng-geng aku selalu buat gini. Reramai turun library dan masing-masing amik port sendiri untuk studi. Kalau ada problem, ada member nak tanya.


Tips #4:Semasa bangun pagi, kurangkan bercakap
Selepas bangun pagi dan solat Subuh, teruskan sahaja baca buku, dan jangan membaca berat-berat. Cukup sekadar, selak-selak untuk refresh. Dan start daripada mandi dan sampai ke habis exam, kurangkan bercakap. Kalau tak bercakap langsung lagi bagus. Kalau sesiapa yang perasan, kalau time aku tunggu nak masuk exam, aku suka duk sorang-sorang. Sebabnya nak elakkan bercakap. Bila ada orang tanya, senyum. Banyakkan senyum.

Sambil diamkan diri, kita juga boleh bertenang dan kosongkan minda. Jangan sampai kosong habis, tapi kosong supaya RAM otak tersedia untuk input nak tulis kat kertas peperiksaan.

Dan aku tak berapa suka sangat baca sebelum masuk dewan periksa. Bukan nak berlagak, tapi aku rasa mostly yang aku baca pada waktu sebelum masuk tuh, takkan teringat oleh otak aku. Mungkin sebab otak aku ni cepat pelupa sikit. Jadi, memang aku tak baca r. Kalau selak-selak, ada kemungkinan korang gelabah sebab terlupa baca pulak kan ? Haa, jadi tenangkan diri je kadang-kadang merupakan option yang terbaik juga.


Tips #5: Berselawat dan beristighfar
Waktu korang diamkan diri tuh, boleh laa berselawat dan beristighfar. Ini juga membantu tenangkan diri korang. Kalau yang ingat doa-doa spesifik keluar dari rumah nak baca apa, naik kenderaan baca apa, bolehlaa amalkan. Tapi apa yang aku buat adalah berselawat dan beristighfar.

Haa, bila dah habis, ucaplah Alhadulillah. 5 tips ni yang aku buat. Selamat menempuhi semester baru dan exam !! Hee

12 comments:

sweetpearl24 said...

wow! patut lah result abang ipai ni gempak, nnt exam nk ikot cara abg ipai lah, theehe =D

*ada exam lg ka?*

iPai said...

heheh .. wani pandai ye die cakap .. heheh ..

Unknown said...

tapi eyfa banyak cakap. cmne? hahaa. btw, result eyfa pn dh kua. tp xleh tgk sbb lum bayar yuran lagi. hahahahaa. ni semua pasal MARA lambat approve :((

iPai said...

kalo gitu, eyfa senyum banyak2 ... cuba try k ..

owh, dia block ek .. susah juga kalau kita stuck bila ada pihak lain tak jalan ..

ogies said...

waah... da tips tok exam.. leh amal time master nih.. hehe

iPai said...

eh nak amik mix mode kah ?

Emma Nyiu said...

Sy Akn ikut tips ne, spy sy cmrlang gemilg terbilang!!

iPai said...

Bagus !!! tinggi wawasan kalau macam ni .. !! All the best ok !!!

exam ? aish ..nelly tak suka exam ..tapi , kena redah gak untuk tahun depan STPM ~

1- yang ini memang perlu..tapi sy gemar bc buku kalau dah xsempat.HAHA
2-kadang-kadang ikut mood je..
3-sendiri..kalau ramai2,mcam-mcam kesah nak citer...
4-rumet pendiam so bercakap dengan buku je.. :p
5-InsyaAllah.. selain dpt ilmu,dapat extra pahala :)

iPai said...

mr AA ~ betul tuh .. thanx for th reply n ur visit .. nanti datang lagi k

200% agreed with this entry. exactly same with what i did. =)