iPad Apps: Sketch book persendirian lukis pakai jari
SalamBerita baik kepada orang yang suka lukis-lukis dan doodle. Lepas ni, korang tak perlu nak bazirkan kertas-kertas dan dakwat pen serta carbon pensel sebab korang boleh guna;
Autodesk: SketchBook Pro
untuk melukis secara pro. Kalau sesiapa yang terer guna drawing pad dalam Adobe Photoshop pun, boleh guna software ni juga. Cuma bezanya korang pakai jari diri sendiri r, takde pen. Kadang-kadang tuh sampai kebas juga jari sebab nak lukis, tapi gambar ye tak cantik-cantik juga. (itu aku yang tak pandai lukis-lukis ni. Ahaks)
Ni dia, interface masa tutorial cara-cara nak gunakan tools dia. Aku rasa sapa yang ada bakat seni, boleh lukis macam-macam guna benda ni.
Yang ini aku lukis sendiri. Er, buruk (Arrr, malunya)
Haha. Aku rasa budak tadika punya artwork boleh jadi lawa daripada ini. Ok, sebenarnya nak tunjuk toolbar SketchBook Pro kat korang semua. Jadi yang belah kiri tuh ada alat-alat macam pensel, pen kaligrafi dan pelbagai jenis pen yang aku tak tahu nama.
Ada juga berus, pemadam dan teknik tompok-tompok air. Belah kanan plak ada pallet warna-warna utama. Haa, korang pilih je laa warna yang korang suka.
Yang bahagian atas tuh, adalah untuk pilih kategori alat. Ada yang berus, ada untuk wording. Dan yang hujung belah kanan tuh adalah untuk create layer. Haa, yang ini sapa pandai adobe photoshop mesti dia tahu ape kebenda tuh.
So, cuba laa nanti ye. Ok, cer tekan like kat bawah tuh, kasi kawan tahu. Trimas !!!
Cari iPad Apps lain dalam blog ni
0 comments:
Post a Comment