Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Wednesday, June 15, 2011

Thought #2: Warisan dan diwarisi

Salam



Wah, takde laa aku nak cerita pasal harta warisan ke, harta pusaka ke. Aku pun bukan arif sangat kat bahagian tuh. Cuma, apa yang aku cuba kaitkan adalah perangai yang kita warisi daripada ibu bapa kita.

Jap, jap. Sensitif ke isu ni ? Hahah. Sejak dah duk umah lama-lama ni, aku tiba-tiba perasan perangai-perangai aku yang sama dengan bapak aku dan ibu aku. Uhuhuh. So, macam 'Owh, aku macam ni sebab aku dapat perangai ni daripada bapak/emak aku'. Hehe

Contohnya,

1. Semua benda aku buat sorang -> Haa, yang ini kan datang daripada bapak aku. Haha. Kalau budak-budak kelas aku, ramai tahu yang aku banyak buat benda sendiri-sendiri, ni sama laa macam bapak aku, yang bapak aku cerita apa yang jadi kat ofis dia hari tuh.

2. Membesarkan perkara-perkara kecil -> Pergh. Yang ini datang kat emak aku. Suka highlight benda-benda kecil yang kadang-kadang orang tak terfikir pon. Kadang-kadang macam interesting juga sebab kita terfikir benda tuh, tapi kebanyakkannya benda-benda yang bila orang dengar, dia akan kata, 'Ko ni tak payah laa nak beratkan otak ko pikir pasal benda-benda gini'

Dan aku ada satu teori lagi. Teori berkenaan perangai yang diwarisi ini juga terbentuk apabila sesuatu perangai bapak n emak kita yang bercanggah atau saling melengkapi yang membuatkan kita menjadi kontra kepadanya.

Contohnya,

Ibu rajin kat dapur, bapak pulak rajin kat depan rumah basuh kereta semua. Tapi aku, malas nak buat pape. Hahaha.

So ini semua teori je. Aku nak dengar juga korang rasa ada betul ke teori ni, ke kebetulan je.

0 ngomelan:

close button
ShoutMix chat widget
Twitter Bird Gadget