Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Thursday, June 9, 2011

Kenapa semua cerita pasal Nora Elena ni. Argh !!!!

Salam



Nak kata aku ni ketiggalan zaman, tapi itulah yang phrasa terbaik untuk diri aku ni. Hahah. Aku ni tersangatlah susah nak tengok TV kat umah. Jadi, TV aku adalah cerita-cerita yang aku download dari channel kat sebelah sana.

Tapi, tadi dikejutkan dengan my Miss Green Apple, mengajak aku untuk tonton cerita ni. Katanya, si lelaki tuh, Seth Tan sangat sweet. Siap kasi link Youtube lagi, contoh scence yang ' Awwwwww suweeeettttttnyaaaaa'


Aku terkedu kejap. Terkedu sebab tak tahu mana part suweet ye. Then dapat laa penjelasan yang part, dia nak kate 'Abang' tuh suweet.. Ok. Terima laa kan.

Lepas tuh, secara takdirnya mana-mana site yang aku pergi semua ye ada cite pasal isu ni. Ape kes ni ??!!!

Maka aku boleh nampak, satu fenomena, yang semua anak dara Malaysia ni mengimpikan seorang jejaka berwatakkan Seth Tan itu. Haddoi. Dan dalam kebanyakkan blog, banyak yang mengatakan mustahil nak dapat lelaki macam tuh, sebab dah spesis tersebut dah pupus. Wah, sampai macam tuh sekali ke dasyat ye statement tuh.

Ada juga yang kate, mustahil sebab tak logik. Yela, sabarnya sampai kalau dalam realiti dah kena sepak dah (haish, jangan pukui betui2, sian kaum hawa. Maksud sepak di situ adalah tepuk, macam tepuk bedak kat muka).

Apa yang aku fikirkan adalah, kalau si anak dara hendakkan impian seindah begitu, si anak teruna pun boleh. Nak tahu apa lelaki impikan? Perempuan yang cantik-cantik macam;

 Jesicca Biel ke, 

 macam Megan Fox ke (Tak minat sangat dia ni, tapi letak je la)

 macam Liv Tyler ke

 macam Zooey Deschanel ke. 

Haa, kalo betul jadi macam tuh, sapa yang nak anak dara kat Malaysia ? Tak laku deh beb. Tak laku. Jual longgok, 5 kali bayar pon orang tak pandang. (Mak ai, kasau ye bunyi, maaf di situ)

Realitinya, apa yang anak dara patut pandang dalam cite Nora Elena tuh adalah kebersediaan seseorang menerima kelemahan pasangannya. Apa nak dilihat sangat pada kesempurnaan pada seseorang, kerana kelemahan dan kelebihan dari segi fizikal itu adalah kekal sampai ke tua.

Jadi, dengan penerimaan kelemahan pasangan kita itu, dapat kita jadikan semangat untuk diri kita supaya dapat menyokong kelemahan tersebut dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Dan di situlah dapatnya keserasian dan saling memerlukan antara satu sama lain. Baru laa orang kata, perkahwinan itu, penyatuan dua jiwa yang menjadi pelengkap hidup, yang dikira lelaki dan wanita itu dikira satu unit yang menjalani kehidupan di dunia ini.

Pada waktu itu, tak yah risau pasal orang lain dah. Ada mamat hindustan yang lagi hensem kat sebelah pon, boleh buat dek je kan. Baru laa boleh kekal sampai tua.

Namun, impian yang dinyatakan itu tak salah. Kiranya, sebagai reference untuk peringatan diri sendiri (terutama lelaki untuk lebih menghargai pasangannya) dan panduan pun boleh juga. Cuma, kadang-kadang bila statement;

'Laki aku tak pernah buat macam tuh pon'

Dah jadi macam buruk plak. Macam tak bersyukur pun ada. Ye laa, aku bukanya orang dah berkahwin pon. Pengalaman takde, nak cakap lebih kan. Tapi aku pun cuba usahakan apa yang aku nyatakan di sini. Itu yang aku rasakan setakat ni. Sori kalau ade terasa. Maaf-maaf !!

P/S: Silap-silap, aku yang sangkut cite ni nanti. Ahaks !! Link download cerita Nora Elena

15 ngomelan:

Myra Arshad (: said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best kot cita ni. tapi kekadang feeling lebih. hihi

shinoda said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sapa suruh novelis tu create watak seth tan mcm tu..anak2 dara mmg overdose feeling ckit bila ade lelaki yg mcm tu..haha

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

myra ~ kalau gitu, kene control k . adik2 jangan berangan lebih .. (wah, tua sgt aku rasa)

shinoda ~ uhuh.. ni baru dalam tv .. kalo kat novel mesti orang yg baca novel ni, mesti senyum je memanjang .. uish3 ..

NURI said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best la cite ni..sume episod sweet2 je...tgk jgn x tgk..nway, thx 4 the link !!!

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah2 ... cik uri siap rekemen lagi .. uhuk .. nanti ilham datang, saya tengok ye ..

En Jay said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pehhhh zooey tu, mmg xpndg dah gadis melayu beb. hahahaha

Cik Pelangi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul ckp En Jay! Zooey tu chantek lah! tp yg laen2 tu xchantek pommm

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

zooey tuh suwett juga .. dia belakon jujur betul ..

jenny said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haii jom kenal....

jana pendapatan rm12,000 sebulan secara sampingan.1 jam sehari!
maklumat lanjut layari :
http://bit.ly/ih2BeP

♥suNa husNa♥ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mmg xkahwin sampai ke tua la kalau angan2 nak lelaki can seth tan tu..hahahaha

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ala, sama juga kalo perempuan beranga macam tuh .. hehe .. betul tak ?

SumBody Me.. said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha...em,2la kan?? Bagi aku xpyh nk ikut2 org la..jadi diri sendiri..it's better. Kalau betol pasangan 2 utk kita,dia mst bole trima smua baik buruk kita..

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yeay .. ada org sokong kite .. hehe

salwaismail said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak pernah miss 1 episod pun. dah hanis dahhh :D

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wuhuu .. syok r habes dah .. dah download juga .. tp tak tgk lagi je .. uhuh

close button
ShoutMix chat widget
Twitter Bird Gadget