Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Friday, June 10, 2011

Jumpa member lama lagi

Salam


 Hari tuh, jalan-jalan blog terjumpa laa dua orang member lama. Huish. Lama laa juga tak jumpa kan. Tapi yang salah sorang tuh ada jumpa masa kawan kitorang tunang. Huhuh. Beliau yang dimaksudkan adalah;


Nick name dia Joe. Huhu. Maka panggil laa En Joe yer. Kawan satu matriks dulu.

Seingat aku, dulu dia ada kata kat aku dia nak sangat amik course Sains Aktuari (tak tau betul aku eja tuh ke tak), tapi baru sebulan dua masuk, tiba-tiba dapat offer fly pergi UK amik Electrical Engineering. Dia kata dia tak apply pun, tapi dapat. Haa, itulah dinamakan rezeki.

Bila jumpa hari tuh, dia kata dah kerja dah. Tapi bukan sebagai Engineer tapi kerja sebagai ajen Herbalife. Dengar cerita dah berada di position yang tinggi-tinggi dah. Berjaya gitu. Sampai Rabu minggu lepas pun ada masuk surat kabar The Sun (kot), pasal jadi tauke Herbalife ni.

Aku rasa memang sesuai sangat laa dia masuk ke bidang macam tuh. Dulu pun, dia ni YDP kolej matriks aku juga. Memang dia punya skill dalam public speaking ni sangat-sangat bagus. Dia kata kat sekolah dulu cikgu yang latih dia, tu yang jadi terer tuh. Aku pun dulu, belajar daripada dia laa. Tu pun terer sikit-sikit je.

************

Sorang lagi pula nak cerita pasal kawan sekolah balik. Jumpa dia ni pun sebab dia tiba-tiba ada dalam follower aku. Huhuh. Tak sangka jumpa balik. Beliau adalah;

Haa, nick name dia sekarang orang panggil Dosh

Dia ni sama kelas masa kat sekolah SASER dulu. Kitorang panggil dia Daus Salim, sebab kat kelas kitorang ada 3 orang nama Firdaus. Maka, kena laa include nama bapak sekali kan. Senang sikit nak panggil. Hebatnya dia ni, dia ni geniuss gila pasal muzik. 

Dia kata, masa dia kecik dia belajar basic muzik, piano kot. Dan daripada situ, dia belajar muzik dengan alat-alat lain dengan mendengar muzik je. Fuh, power tuh. Aku pernah dengar dia main keyboard, main seruling dengan lagu-lagu advance. Hebat wooo. Dengar cite sekarang dia amik course law kat UiTM.


Buat kawan-kawan aku di luar sana, moga-moga korang sentiasa kuat dengan cabaran yang korang hadapi dan berusaha untuk yang terbaik. Terima kasih atas kenangan bersama-sama korang.

5 ngomelan:

Wani said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

laaaa... kawan ipai rupanya... kirim salam ye ^^

mye said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bestnya dapat jumpa kawan lama..
hehe

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wani ~ a ah .. kawan2 .. kenal laa dengan diorang, diorang baik2 ..

mye ~ best2 .. cuba cari, mesti ada ..

Dosh Saleem said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahaha! bro~ terharu aku bace. ipai ni dlu baik budaknya. slalu ajar ak add math.huhu..

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

terharu ke ?? member lama kan .. ken laa wat spesel sket ..

close button
ShoutMix chat widget
Twitter Bird Gadget