Nak buat favicon ? Respon AdamXis: Blogger Perkenal Favicon

June 22, 2011 iPai 3 Comments

Salam

Semalam, AdamXis ada datang ke blog aku, jadi aku pun membuat kunjungan balasan kat blog dia. Power seh blog dia. Bila laa blog aku nak jadi macam dia punya kan. Takpe-takpe, usaha tangga kejayaan. Jadi sambil-sambil tengok blog dia ni, memang tak sahlaa kalau tak tengok post lain kan. jadinya aku jumpalaa satu post pasal nak pasang Favicon.

Kepada yang tak familiar dengan perkataan 'favicon', favicon tuh adalah gambar kecik yang ada kat sebelah URL kita. Kalau korang tengok kat address bar korang tuh, untuk laman web Blogger, ada favicon logo warna oren huruf B. 

Pentingnya favicon ni, adalah kalau ada orang bookmark korang punya blog, senang sikit dia ingat. Haa, macam signature khas yang mengingatkan direct kepada blog korang, dan mudah la nak cari kat bookmark bar tuh (kalau beratus-ratus kan). 

Aku pun tak pandai cerita panjang, korang boleh baca kat AdamXis: Blogger Perkenal Favicon. Cuma ada sedikit info yang aku nak share kat korang semua. Just share k, credit kepada tuan asal yang aku belajar benda ni.

Langkah 1
Cara lain tersebut adalah dengan menggunakan Favicon Generator. Favicon Generator ni berfungsi meng-convert-kan image yang asalnya gif, jpeg kepada format .ico, iaitu format letak favicon ni. Jadi korang tidak perlu bersusah payah untuk melukis baru, tetapi hanya convertkan gif dan jpeg yang sesuai kepada ico. Favicon Generator tuh, boleh dapat di sini;


1.1 Korang hanya perlu 'Browse', pilih file favicon korang (dalam keadaan saiz asal, contohnya gambar yang bersaiz 640x480. Sebaik-baiknya gambar segi empat sama, contohnya 640x640). 
1.2 Pilih profail saiz favicon korang. (Ada 16x16, 32x32, 48x48). 
1.3 Lepas tuh tekan convert kepada bentuk .ico. Secara automatik korang akan mengdownload favicon dalam saiz yang korang pilih dan dormat ico. 

Langkah 2
Langkah seterusnya, korang kena hostkan favicon tuh di file host. Kat sini, korang boleh cari mana-mana file/picture hosting yang sesuai dengan meng-Google perkataan 'free ico hosting'. Atau senangnya, korang host sahaja di sini.



Langkah 3
Seterusnya, korang pergi ke Dashboard  > Design > Edit HTML > Tekan Ctrl+F > Masukkan '<title><data:blog.pagetitle/></title>' ke dalam ruang yang disediakan bila korang tekan Ctrl+F tuh.

Langkah 4
Kemudian, masukkan code ni di bawah '<title><data:blog.pagetitle/></title>'
<link href='ICON FILE URL' rel='shortcut icon'/>
<link href='ICON FILE URL' rel='icon'/>
  

Gantikan ICON FILE URL dengan Direct Link yang korang dapat di Langkah 2.

Langkah 5
Cek sama ada betul ke tak. Kod korang akan jadi cam ni;

<title><data:blog.pagetitle/></title>
<link href='ICON FILE URL' rel='shortcut icon'/>
<link href='ICON FILE URL' rel='icon'/>

<b:skin>

Lepas tuh dapat dah. Siap !!!! Senang tak. Credit tutorial from Blogger Tricks.
Saya tak pandai bab code ni, just sharing kepada semua. Selamat mencuba

3 comments:

Anonymous said...

Assalam...haa, bagus nie.boleh laa convert apa2 gambar kpd format .ico...good info bro...

iPai said...

yup2 .. boleh convert .. cuba laa nanti ..

iPai said...

@Tea
a ah .. sumbat dalam blog .. nanti search blog sendiri je ek