Paratha Pizza Kebab: Satu Percubaan
SalamHari ni ada kawan sorang ni punya laa baik hati belanja 'Hot & Roll'. Punya laa aku naik hairan macam mana dia dapat idea buat menu tuh, sebab dia guna roti paratha untuk wat makanan ala kebab. Dah la first time makan, kawan aku plak kata banyak je kedai ni kat Penang. Lagi-lagi kat Queensbay tuh. Aku sendiri mana perasan. Kalau tak, dah try dah. Dan memang sedap la makan Hot & Roll. Jadinya semalam, otak sewel datang kejap, nak cuba buat paratha tuh. Jadi aku mereka satu resipi baru yang dipanggil sebagai;
Paratha Pizza Kebab
Ok ye puan-puan tuan tuan (Dengan gaya dan sengau Chef Wan sikit), bahan-bahan yang kita perlukan adalah;
Keju.
Hancur-hancurkan ia agar boleh diratakan atas Paratha tuh.
Yang dalam gambar ni adalah 1 keju penuh. Tapi untuk satu paratha, setengah keju pun sudah memadai
Roti Paratha.
Atau pun roti canai segera.
Sos Spageti Kimball.
Nak pakai jenama lain pun boleh
Dan juga daging kisar.
Ayam ke daging ke, ikut citarasa masing-masing k.
1. Mula-mula, masak daging kisar. Haa yg ini daging kisar yang berketul lagi. Letak trus kat dalam kuali tuh, bagi cepat sikit dia cair.
2. Haa, bila dia dah masak, dapatlaa hancur-hancur macam ni, kira ok laa. Kemudian, benda ni letak tepi dulu k.
3. Lepas tuh, masak roti paratha tuh. Di dalam gambar ni aku masak dengan letak Planta sekali. Rasanya, aku rekemen korang letak sikit je. Dan tak letak pun tak pe. Tapi pastikan roti korang masak. Karang ada pulak yang sendat-sendat perut.
4. Bila roti korang dah separuh masak, (dengan pakai api kecik je) korang boleh la letak sos spagetti dan kemudiannya letak laa keju dan ayam yang korang sediakan tadi.
Banyak pulak ayam tuh kan ? Tu la sepatut ye boleh letak kat dua paratha tau.
Haa, kan dah macam pizza tuh.
Time ni, korang nak letak benda lain pun boleh tau. Apa-apa aje.
Janji korang suka isi tuh.
(Tiba-tiba kan ada dapat idea nak letak ikan tuna plak. Apa rasa dia ek? Yummy)
5. Bila dah agak-agak dah masak bawah api kecik tuh, boleh laa lipat.
Haa, ada cam kebab tak ?
Kalau isi dia banyak, jadi laa tebal. kalau isi dia sikit, nipis laa ia.
6. Dan dah siap. Korang boleh kerat dua, bagi orang lain makan. Haa, sedap tau.
Meh laa cuba, dan kasi feedback kat sini.
Alu-alukan juga kepada chef-chef lain kasi tips tambahan kat sini.
(Dengan suara Chef Wan lagi) Ok ya puan-puan. Jumpa di lain masa. Tataaaaa....
Errk. Aku dah lapar dah.
28 comments:
sedapppp giler..next gathering bloggers naufal masak2 kite makan2 ramai2 :)
Waaa ... aku masak ke ? taknak2 .. kite makan kat kedai, lagi sedap .. ahakz ..
cam sedikit hangit jeh... haha
good try.. =)
WAH, CAM MENARIK JE.. RESEPI DARI CHEF MANA NI.. ? :)
pergh sedap2. ley try ni.hehe
Ogy ~ hahah .. tu pasal ada tips2 'dengan api yang kecil' .. hahah .. sebab mmg dah hangus skit .. tp kan, kerak-kerak cam tuh laa best ..
fairus ~ takde chef2 ni .. ni mmg main bedal je ni ..
dosh ~ yang ko punya meggi murtabak pun aku tak try lagi .. heheh
Wah, sgt simple! Nak tryy! Thank youuu. And rasanya klau tmbah dgn button mushroom pun sedap jugak. :)
Wah, sgt simple! Nak tryy! Thank youuu. And rasanya klau tmbah dgn button mushroom pun sedap jugak. :)
Jap, cheese tu cheese biasa cam cheesedale yg keping 2 tu ke mcamana?
wahhh..sedapnya..nak sket!!!
syafiqah ~ haa, sila laa cuba ye .. wah .. cendawan butang tuh .. pasal cheese tuh, saya guna cheese yang keping yg orang selalu makan dengan roti ..
zairi ~ meh rasa meh .. sedap tau ..
Oh, okay. Thanks! :)
Syafiqah ~ sama2 .. selamat mencuba ..
wah..ipai..pandai erk kau masak...lepas ni nk try la resepi ni...klau msak ni untuk mkn sahur blh tak ni??
cikfarah ~ kalau agak2 perut tahan dgn sos spagethi n keju tuh, orait je .. heheh ..
selamat mencuba ..
wah wah, nak try la nanti... mcm best je. letak lada benggala mesti syokkkkk....!
wah .. lada benggala tuh cam ne plak ?
ala, lada yang bulat macam tomato tu la..yg ade kaler hijo, kunin, merah tu...
owh .. yg itu ka ? uhuh .. all the best yaa ..
nampak macam mnyelerakan. tapi kalau eyfa buat rasanya hilang selere terus. ahahaa
aip .. sapa cakap .. belum cuba belum tahu tau .. try je laa ..
gilak ah bro, apalah nasi goreng bujang aku berbanding ko punya pizza. heh
mak ai .. yg nasi goreng tuh penting juga bro .. utk wang kos yg rendah .. yg ni dapat sebulan sekali, ok laa bro .. uhuhu
wow menarik tanx for sharing =P
Sama2 .. jgn tak cuba tau ..
hehehe...pizza yg tak memerlukan oven... nice juga cara mcm ni.. ;)
eh .. boleh je letak dalam oven .. nanti, cik nabilah cuba k..
Rumah sye xde oven,.Terbaiiiikkk
Post a Comment