Kenangan semasa Undergrade (Warning Post Panjang Berjela)

June 17, 2011 iPai 12 Comments

Salam

Tadi membaca daripada blog sorang junior ni, tiba-tiba terasa rindu laa plak dengan hidup undergrade. Haha. Apa bendalaa kes rindu-rindu ni kan. Cuma ye, terkenang sikit, sikit je tak banyak pon masa-masa berlalu di USM dulu. Ada juga terfikir pasal benda-benda sesalan, tapi benda yang dah lepas. Suppose sesalan itu menjadi pengajaran kepada kita. 

Kepada yang masih belajar, sentiasalah isi masa dengan sesuatu yang memberi manfaat kita. Macam aku, tengok movie kat panggung tiap-tiap minggu dengan lecturer aku. Hahah. I mean, bahagikanlah masa itu elok-elok kerana itulah time kita nak try macam-macam. Erk, jangan korang try benda-benda tak betul plak.

Ni gambar Bob dengan Nad. Bob kurus lagi kot.

 Kak Mun ni dah kahwin dah. Dengar cita dah ada anak sorang.
Masa firstyear kitorang adalah tahun USM banjir teruk. Paling teruk ok. Ni kat pejalan kaki sebelah school awam mengadap ke school Bahan. Amacam, dasat tak ?
Raveena masa muda. Ngeh3.


Ini adalah cubaan kami pada masa 1st year untuk study setiap malam di Cafe Lembaran secara beramai-ramai.
Malangnya, tiap-tiap hari borak tanpa henti. Last-last terpaksa dihentikan

Best betul dulu-dulu dapat kayak ni. Tapi bila senior-senior yang anjur benda ni takda, dah takda sapa yang nak buat dah. Pernah masuk dalam kolam ni tolong Hadi, EE cari beg duit dia jatuh dalam ni. Dan korang nak tahu, beg duit tuh tak dijumpai sampai sekarang.

Gambar Bob ni selalu je kat depan bila time tarik tali. Huhu. Aku pernah tarik time final year ja. Aku tak kuat meh.

First time jadi pengerusi majlis masa first year dengan Ain. Ada 3 kesalahan besar aku buat pada hari tuh;
1. Tiba-tiba je cakap 'Mengumumkan ketibaan ....', padahal VIP tak masuk lagi. Cepat-cepat cover: 'Ini hanyalah percubaan semasa VIP masuk nanti'. Semua orang yang berdiri semua sumpah-sumpah aku sikit. Haha.

2. Masa Prof Madya Omar (time tuh, Prof Omar, Prof Madya lagi) ni masuk aku sebut 'Mengumumkan ketibaan, yang berbahagia Prof Madya Omars Osmanrs'. Ahaks. Tersasul-sasul aku bercakap. Adui lawak-lawak.

3. Masa nak umumkan pemenang Tempat pertama pertandingan sajak. Time tuh dah plan nak sebut sama-sama dengan Ain. Tapi bila sebut je, sorang MC cakap nama lain, sorang lagi MC sebut nama lain. Apa kes ?! Hahah. Cepat-cepat cover dengan aku sambar mic cepat-cepat 'Ya, pemenangnya adalah ......'. Aku yang salah sebut sebenarnya. Hahahah


Erk Skema gila kan. Time ni, lecturer tengah bawa jalan-jalan masuk lab. Dalam hati aku 'Kenapa la aku dapat course choice no 5 ni. Dah laa jauh' Haha. Sekali, haa suka kau.


Antara first project aku join pergi jalan jauh. Wuhuu. Pengarah dia ni, En Zul. banyak aku belajar daripada dia ni. Terhutang budi seh. Time ni pergi Terengganu buat kursus motivasi kat budak PMR, SPM dan STAM kat sekolah ni. Lepas tuh, nak dijadikan cerita, budak STAM kat sekolah ni sama baya dengan kitorg. Jadi senyap-senyap sudah. Budak STAM panggil kitorang 'Abang, Akak' Haha. Lepas balik daripada ni, banyak budak-budak sekolah telefon. Sampai tak larat layan.


Antara activity final year. Hiking to Pantai Kerachut. Time dah berapa kali ntah datang sini.

 Ni projek course LHP 456: Spoken English. Best dapat pergi tadika. Tapi pening sangat kepala layan budak-budak ni. Care4Kids on my birthday

Ni kem kepimpinan kat Sedim. Antara projek last kat Sedim. Ni laa kali kedua naik water rafting. Masa first time dulu masa dengan Le Tour de Sedim. Masa time ni dapat water rafting long course. Kiranya sampai ke hujung tempat orang awam mandi-mandi. Dan dalam long course ni ada satu air terjun. Serius turun pakai bot ni macam roller coaster pon ada. Gila best. Sedim best

Grouping pertama projek yang aku join. Variasiswa. Uhuh. Sekarang USM dah mansuhkan projek ni sejak APEX start. Tak merasa laa korang ye. Kat sini laa kenal Jai buat pertama kali. Huhuh

 Yang ini trips ke Singapore. Aku masuk last minute. Macam tak aci juga aku masuk last-last minit. Tapi peluang jangan dilepaskan kan. Maka dapat laa pergi Singapore sendiri. Wuhuuuu.



Projek keluarga angkat first aku join/organize. Kat Kuala Lipis, Pahang. Huhu. Seronok juga ni. Macam-macam buat kat sini. Pening kepala banyaknya. Apa kabarlaa agaknya keluarga angkat di sana ? Heheh. Post pendek tentang program ni


 Team Project Design Final Year. Cuba bandingakan gambar Raveena time ni dengan muda kat atas. Hehhe

 Masa time juara Kategori Presentation dalam Program NACES 2010 di UiTM



 Masa LI kat KLCC. Time ni kat floor 42. Saja je nak bagi jeles kan. Hahah


 Gambar budak satu kelas selepas last quiz ever !!!


Blogger USM Gathering. Waa. gambar aku takde. hahah.. Ni junior 2nd year, Faiezin dan Nisa serta junior 1st year, Norifa dan Myra.


 Last kelas LHP 456: Spoken English. Tengok wayang


 Aktiviti gila Kembara Cameron Highland 20 jam

 Panjat Broga Hill dan mandi kat Sungai Gabai, Hulu Langat

Haa, kenangan bersama Geng Bas Sekolah untuk XPDC ke Kedah. Time ni ada dr MHU yang sangat rapat dengan student


Actually. Banyak lagi. Tapi ada yang takde gambar. Jadi tak tahu nak senarai cam ne. Dan kebanyakan aktiviti aku time aku second year banyak yang takde. Sebabnya, terlalu busy. Haha. Rugi laa juga tak hupdate benda-benda tuh. Haish. Takpe laa kan. Banyaknya aktiviti aku buat list je sebab tak sempat update. Macam Research Assistant activity, My Diary during Semester holiday, List.

Kepada kawan-kawan yang baca, kalau ada gambar sesama kita takda dalam list ni, harap jangan kecik hatinya. Keadaan tidak mengizinkan. Moga korang semua sehat dan happy selalu. Amin.




OK

12 comments:

uNcLe DeeN said...

baru 2 bulan berlalu zaman u pn dah rindu dh kn.....xtaw la kalu dh 2-3 taun nnti...msti rindu sgt2....

ogies said...

waaah....pnjgnya entry... byk gmbr.. rindu jugak.. =)

iPai said...

deen ~ hahaha .. tu laa pasal .. adeh .. malu sendiri ni .. baru 2 bulan ..

ogy ~ heheh .. a ah .. panjang tuh .. hehe

sweetpearl24 said...

wah wah wah... rindu juga...
nnt kami akan lalui idop postgrad pulak, hihihi..

ps-kak mun takdak anak lg lah ipai..

IR Chabal said...

arghhh gamba 1st yer arghhh hahahhaha

iPai said...

wani ~ wani, nanti wani cite pasal post grad plak .. hehhe

bob ~ bob bila nak kurus ni ..

IR Chabal said...

tgh berusaha nie pai hahaha

iPai said...

orait .. masa grad .. mesti kurus ..

senyumSOYA said...

byak nya join aktiviti~ jeles2~ adei...T.T

iPai said...

hee .. join je .. tuh pon ada banyak lagi yg takde gambar ..

Bestnya dah nak grad! :)

iPai said...

hehe .. a ah .. nak convo bulan 9 nanti ..