Pengalaman paling buruk naik kapal terbang respon to EB's Wall: I'm Flying
SalamSaje-saje nak respon kat post EB ni yang bertajuk I'm Flying. Bukan post pertandingan pun. Ni pun first time datang lawat blog dia. Sebab tengok post yang menarik dalam blog dia. Ada gambar-gambar di udara. Cantik. Edit pun cantik juga. Awannya sangat cantik. Hee, terasa macam nak beli DSLR tp duit tak de -_-". Kat bawah post tuh, ada dia tanya pasal kenangan manis dan pahit naik kapal terbang.
Maka teringat laa kisah diri sendiri nak flight ni. Pada waktu tuh, aku dengan 2 orang kawan lain dapat wakil Kolej Matrikulasi Melaka untuk ke Indonesia dan pergi ke Universitas dan jumpa pelajar Malaysia yang amik medic kat sana. Jadinya setiap matrikulasi akan menghantar 3 orang wakil untuk trip ni.
Dalam gambar ni adalah aku bersama wakil daripada matrik lain. Dari kiri Elda, KML, Hanis, erk tak ingat matrix mana. Hhheeh. Rab, sama matrix, KMM dan Azalia, KMK. Pada waktu ini, adalah transit daripada Jakarta ke Palembang. Haa, waktu ini kami naik satu syarikat penerbangan Adam Air.
Waktu berlakunya ni kami transit dari Palembang ke Jakarta. Naik Adam Air, nama syarikat penerbangan tuh. Pada masa nak naik, hairan juga aku time tuh. Panas semacam kapal terbang tuh. Macam lupa on air cond gitu. Steward dan stewardess pun dah peluh-peluh dah. Yang laki dan yang perempuan, dua-dua make up cair. Ahakz.
Jadi naik laa kapal terbang tuh ke angkasa, dengan terasa sedikit lain masa berangkat. Rasa macam ditarik oleh bahagian tanah tuh lebih daripada biasa. Part seram dia adalah masa nak mendarat, kapal terbang sudah terbang rendah dan dah boleh nampak landasan dah. Yang peliknya, tak cecah landasan pun, walaupun dah terbang rendah agak lama. Lama sikit, baru kapal terbang tuh rendah lagi untuk cecah ke tanah. Tapi cecah je, senget ke kanan. Rupanya tayar belah kanan belakang dan tayar depan je yang cecah. Tayar kiri tak cecah lagi. Joe yang ada kat sebelah aku dah mengucap dah. Aku cuma cuba bertenang da mengharapkan kapal terbang tu cepat stabil.
Dan dalam beberapa ketika, akhirnya roda kiri tuh cecah juga, dan kelam kabut laa rasa kapal terbang tuh nak membrek seakan-akan landasan kapal terbang tuh dah sampai ke hujungnya. Bila kapal terbang tuh berenti je, semua geng aku ni tak cakap apa. Senyap je. Masing-masing ambil beg, dan keluar cepat-cepat. Bila keluar je, semua buka cerita pasal kejadian kapal terbang landing senget. Menggelabah semua. Rupanya semua dah ketakutan.
Pada minggu depan tuh di matrix, Joe bagitahu aku, yang ada berita kemalangan kapal terbang syarikat Adam Air. Dan aku suspek, tu mesti kapal terbang yang sama. Huish. Takut kalau jadi macam tuh lagi. Tapi kejadian ni tak buatkan aku tak fobia dengan kapal terbang.
10 comments:
uish takutnya! btw, i hate having jetlag after a long journey in flight. kan kan? :S
takut tau .. bahaya .. n pasal jet lag .. dulu penah kena, tapi tak teruk sangat .. sebab sampai2 je tido .. hahaha ..
kite lagilah..x pnh merasa pun naik flight ni..huhu..
takpe d_La, pasang angan-angan .. satu hari nanti, naik nanti ..
Huuu bahaya2...
Syukur Alhamdulillah korang xda papa..
Alhamdulillah syukur..
Td baru je lps tngk Cast Away..
Bygkn kapal terbang tu thempas tp nasib baik dia tselamat n tdampar kat 1 pulau.. 4 thn dia kat pulau tu.. adoi.. nasib baik di tabah n bijak.. dpt jg dia balik ke tmptnya.. huuu best la..
Btw thanks coz singgah blog eb.. hehehe..
ipai..menakutkan..seb baik selama ni takpernah ade lagi pengalaman buruk masa naik flight.. weyh Ipai, ko buat ape sekarang? Master degree or Working.. Aku tak komen sgt but still, baca lagi update2 dr geng blogger kita :)
EB ~ uhuh .. sama2 .. saja2 je jalan ..
suya ~ buat ape skrang ? hahha. aku takde buat ape .. kerjanya dah dapat, tapi offer letter ye takde .. tula, jarang ko komen kat sini .. hehhe .. i'm honoured u were here ..
huishhh . dasat . Tia tak pernah naik flight lain selain MAS atau maswing :)
@tia @ Ini Kisah Tia
memang takut juga laa
@Tea
skrang pon tak tahu ada lagi ke tak .. hehe
Post a Comment