iPad Apps: Belajar bahasa Korea dengan uTalk HD
SalamKategori: Akademik dan Pendidikan
Haa. Harini nak cerita satu apps yang korang boleh belajar bahasa asing. Kalau sekarang ni, semua orang duk sibuk minat lagu Korea, joget-joget tarian ikut music video korea dan juga nyanyi lagu Korea. Tapi, nyanyi punya nyanyi sebutan pun main hentam kan (macam aku juga =P) rasa tak best juga kan. Tak stylo la cam ni. Kalau aku, aku tau yang ini je LOL;
"Sarang nge"
Yang bermaksud I love you
Takkan korang nak tahu satu word je kan ? Mesti rasa nak belajar lebih. Jadi untuk permulaan korang boleh guna apps ni. Kalau sesiapa yang dah advance, kena pakai apps lain plak. Itulah dia apps;
uTalk HD
(HD for iPad)
Aku sendiri dah try apps ni. Aku install untuk bahasa Mandarin dan bahasa Korea. Jadi bila buka je apps ni, korang akan nampak ni. Ni adalah menu-menu, kategori untuk korang belajar.
Bila korang klik kat satu kategori, korang boleh nampak list word kat tepi. Jadinya, korang boleh tekan setiap satu word tuh, dan dengar sebutan perkataan tersebut. Setiap word yang dibunyikan akan diselang selikan dengan suara lelaki dan perempuan. Kot-kot laa yang wanita, dengar suara lelaki tuh, terdengar macam suara ahli kumpulan Super Junior tengah cakap dengan dia kan. Terus sekali dengar, lekat kat kepala kan.
Tambahan, ada button rakam. Jadi, korang boleh rakam suara korang menyebut perkataan tersebut dan bandingkan kembali dengan suara model. Baru boleh belajar sebut dengan betul kan ? Nak dengar bunyi picing (apa benda aku eja ni) lari, untuk korang yang nyanyi lagu Korea pun ok juga. Tapi 5 saat je la.
Lagi satu tambahan, korang boleh main game bahasa. Haa, learning is fun kan ? Jadi kat dalam ni disediakan 3 jenis tahap permainan bahasa, Easy, Medium dan Hard. Kalau semua tahap easy sudah dihabiskan, boleh laa up kepada tahap medium plak.
Aku baru pakai tahap easy. Huu, jauh lagi perjalanan nak sampai hard tuh. Setakat ni, dia bagi perkataan padankan dengan gambar yang betul. Ada tuh, dia bagi bunyi je dan pilih gambar yang betul.
Jadi aku memang rekemenlaa korang untuk try apps ni. Ada banyak lagi bahasa lain yang ada tapi aku amik dua ni je. Try slow-slow kan. k Selamat mencuba. Nah kalau nak tengok list bahasa yang korang boleh belajar dengan uTalk ni
Ok, cer tekan like kat bawah tuh, kasi kawan tahu. Trimas !!!
Cari iPad Apps lain dalam blog ni
3 comments:
waa..bestnya application nih...tp syg, xde ipad..:(
kita pon kongsi2 dgn adik beradik .. bukan sorang2 guna .. hee
ok,kne kawen ng org kaya dulu la baru leh beli hahaha
Post a Comment