Karya Ramlee Awang Murshid, Laksamana Sunan nak difilemkan ?
SalamAlhamdulillah. Dah habis dah baca buku ni. Untuk sapa-sapa yag berminat, buku ni ada sequencenya. Jadi kena baca ikut turutan baru leh paham.
Jangan sangka novel cinta
Seperti yang pernah bagitahu dalam post aku sebelum ni, ini bukan novel cinta. Novel ini lebih kepada thriller dengan aksi yang mendebarkan. Dan cara penulisan yang aku suka. Dengan timeline bertukar-tukar, membuatkan kita sentiasa tertanya tanya apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Elemen cinta dalam novel ini adalah sebagai pelengkap sahaja dan bukan seperti novel lain yang menjadikan ia sebagai genre utama.
Yang lagi menariknya, aku nampak penulis gunakan elemen nove sebagai salah satu cara berdakwah. Yela, orang macam aku ni susah nak baca buku-buku agama, tapi bila baca novel ni, boleh kata dapat pengajaran dan pedoman maksima, selaras dengan isi yang cuba disampaikan.
Lima siri dah macam Harry Potter
Dah sampai 5 siri. Huhu. Panjang dan penulis kata, dia pun tak sangka nak tulis panjang macam ni. Tapi yang pastinya, siri yang ke-5 ni memang the best antara semua. Diselitkan juga adegan-adegan watak dalam novel lama ke dalam siri yang ke-5, yang menjadikan ia lebih teguh dari segi penceritaan.
Antara karya terbaik RAM pernah baca
Penceritaan yang dinamik. Dan yang pastinya, kejutan-kejutan yang tidak disangka-sangka. Haish. Tak leh spoil banyak-banyak. Korang kena baca laa.
Rekemen KRU buat movie atau drama bersiri cerita ni
Cam ne nak rekemen KRU untuk buat filem ni ek. Novel daripada Sharifah Abu Saleem dah jadi drama siri Trilogi Cinta. Karya Meen Zulaikha punya, Kasih Yang Suci dah keluar cerita Nora Elena.
Kalau Laksamana Sunan ni difilemkan, memang ada potensi meletup ni. Plot pun dah kuat, teknologi dan keparakan yang ada dalam syarikat KRU pun dah mantop. Tinggal memberi kepercayaan kepada director untuk menghidupkan elemen-elemen yang ada di dalam buku.
Fuh harapnya akan ada nanti. Sapa kat reti buat surat proposal untuk KRU lihat potensi karya Ramlee Awang Murshid ni
8 comments:
terfiki...
"sapelah yang sesuai pegang watak laksamana sunan ya? "
heheheh....
soya ~ SAYA !!!! Hahaha ... badan keding boleh tak .. ahakz ..
ceeeee...aku ingatkan betul ada filem, tapi bagi aku novel terbaik Ram dua aje, satu ADAM satu lagi hatiku di harajuku. yang lain bayak klise dan persamaan. kalo baca enrique mengundang jauh karya hm tuah iskandar ngan dwilogi mistik alam hitam karya zehann urrakhie lagi best, bagi aku la...
hakmi ~ wah .. Hatiku di Harajuku dan ADAM ekh ? Dah baca dah, tp bukan yg fav laa ..
Wah nanti kalau seru datang, aku stat baca karya HM Tuah.
Thanx for the komen
hatiku di harajuku best sbb ada yakuza.. hahah.. tp x best la kalo didramakan.. and ADAM.. best kalo masuk slot SAMARINDA gitu..hahaha
yup aku pun harap kisah Laksamana Sunan ni di filemkan.. tp agak mustahil nak terus compress 5 novel kan..huhu.. ala.. kalo Hikayat Merong Mahawangsa bleh filem, akan citer ni x bleh kan.. tu la.. KRU kene baca ar novel ni.. heeeeeee
laksa mana sunan? hehehe..
memang kOleksi feveret ar ..
tapi yang latest ni xbeli lagi..
qalbi ~ betui .. suh kru baca pasal laksamana sunan ni kan ?
oyen ~ nanti baca k. Best tuh
na wat filem tu mmg la sedap.... tp klau nk ikot kan potensi perfileman malaysia ni x brape nk bgos sgt la... diorg kne blaa bnya agy smpai bleh wat citer cam harry potter.... an,an
Post a Comment