Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Monday, June 6, 2011

Makan ikan bakar kat Umbai lagi

Salam

Disebabkan cuti sekolah, family mesti rancang nak cuti-cuti Malaysia punya. Minggu lepas pergi PD, kali ini pergi Melaka. Tapi tak lama, sehari saja. Disebabkan hujung minggu banyak jemputan kahwin (al-maklum laa cuti kan, maka musim cuti laa juga), maka trips kali ini diadakan pada hari Jumaat.

Ayah aku pulak stat busy minggu ni, banyak meeting sana sini, maka kena laa buat trips short macam ni. Pagi sampai petang jalan-jalan kat Jusco Bandaraya Melaka (baru bukak woo, cantik lagi woo). Rehat time solat Jumaat saje.

Lepas tuh, serang makan ikan bakar lagi. Sebelum ni, dah banyak post yang aku cerita pergi makan ikan bakar kan ? ada yang itu dan ada yang ini. Tapi kali ini, kami pergi tempat lain plak, atas saranan mak cik aku.

Kalau korang google maps 'Umbai Melaka', ni laa list yang akan keluar. Jadi korang fokus kat huruf E tuh.


Haa, kalau tengok kat peta ni, kat bulat pink tuh adalah tempat ikan bakar yang kitorg makan selalu tuh (itu dan ini) Tapi kali ni, kami pergi kat tempat yang bertanda E tuh.



 Dan tetapi lagi, kami bukan makan kat tempat E tuh, tempat yang korang patut pergi tuh dekat dengan tempat E. Lepas korang parking, bayar seringgit. Korang akan nampak gerai-gerai bernombor 1 hingga 6. Dan kalau korang terus lagi, ada bangunan khas tempat makan Laksamana Ikan Bakar.

Tempat yang korang pergi adalah, kat gerai No. 5.


Memang superb. Makan nasi lemak dengan ikan bakar. Memang sedap.
close button
ShoutMix chat widget
Twitter Bird Gadget