Ekspedisi Gunung Datuk: Menjejaki Tapak Kaki Hang Tuah
SalamApa kabar semua ? Rindu aku tak ? Sorry tak dapat online semalam. Terima kasih kepada pembaca yang datang jenguk-jenguk blog aku ni. Walaupun post sebelum Wordless Wednesday tuh agak kureng. Semalam ada projek besar yang dipanggil;
Ekspedisi Gunung Datuk: Menjejaki Tapak Kaki Hang Tuah
Untuk sesiapa yang tak pernah tahu, lagenda mengatakan di puncak Gunung Datuk ini terdapatnya tapak kaki Hang Tuah. Tapak kaki itu wujud apabila Hang Tuah ingin melompat daripada satu gunung ke gunung yang berhampiran. Tetapi tiada pengesahan yang dapat dilakukan bahawa lagenda itu benar atau sekadar rekaan cerita semata-mata.
Gunung setinggi 2,900 kaki (884m) ini merupakan gunung kedua tertinggi di Negeri Sembilan dan ia mengambil masa 2 jam perjalanan ke puncak. Pergunungan ini pernah digunakan oleh Dato' Perpateh Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat, bagi mengumumkan nama dan jawatan Dato' Lembaga (ketua suku) yang seterusnya pada tahun 1372. Perjalanan ke puncak gunung ini terdapat trek semulajadi dan pada hari yang cerah, kita dapat melihat Selat Melaka.
Ekspidisi ini disertai oleh 4 wanita gagah dan seorang lelaki tak hensem yang beriya benar menjejaki ke puncak Gunung Datuk. Mereka ialah, (dari kiri) Zoey, Dya, Ummi, Atiq (on the way) dan aku. Pada hari tersebut terdapat 3 kumpulan yang turut lain hadir untuk menjejaki Gunung Datuk ini. Yang peliknya 3 kumpulan yang hadir ini semuanya datang daripada Seremban. Macam Seremban Day laa plak. Setelah Atiq tiba, kitorang pun memulakan pendakian pada pukul 9 pagi.
4 Wanita gagah sedang beristirehat
Antara kata-kata hikmat yang diucapkan oleh mereka,
"Orang cuti keluar pergi tengok wayang cerita Transformers 3, kau plak masuk hutan"
Kitorang merupakan kumpulan yang terakhir yang membuat pendakian pada pagi tersebutPendakian Gunung Datuk ini sangat mencabar kerana hampir kesemua trek daripada bawah hingga ke atas adalah seperti menaiki tangga. Jika dilihat di dalam gambar akar kayu yang ada ini memerlukan kitorang melangkah besar. Selain akar kayu terdapat juga batu-batu dan ini betul-betul menguji mental kitorang.
Di separuh perjalanan, hujan mulai turun. Mengikut plan aku sebelum itu, kalau hujan, kitorang akan berhenti dan menunggu hujan reda sebelum meneruskan perjalanan. Tetapi disebabkan hujan tidak sebegitu lebat, kitorang meneruskan pendakian.
Dan bernasib baik kitorang tidak menunggu hujan reda kerana hujan semakin lama semakin lebat. Sehinggakan trek yang kitorang lalui sudah menjadi anak sungai.
Selepas 2 jam perjalanan kitorang nampak penanda ini. Ini menandakan perjalanan kitorang hanya tinggal 500m lagi. Kami tersempak dengan kumpulan awal yang sedang menuruni gunung. Dan menurut mereka, kitorang perlu mendaki 30 minit lagi untuk sampai ke puncak.
Dalam perjalanan 30 minit itu, hari mulai cerah dan tak sah kalau tak tangkap gambar.
Antara kata-kata hikmat lain,
"Cepat daki, cepat daki, kat atas ada 7 Eleven sedang tunggu kita"
Cahaya matahari yang menyinari selepas hujan ini seakan-akan menyinari perasaan kami
Tetapi sinaran matahari itu hanyalah seketika sahaja. Hujan mulai turun dan melebati kitorang. Dan ini menyebabkan anak sungai di trek semakin besar ingin menjadi bukan anak sungai. Sampainya kitorang di kawasan lapang terakhir, kitorang boleh nampak group-group yang masuk awal tadi berada di puncak. Maka kami teruskan sahaja untuk mendaki 2 puncak yang terakhir.
2 puncak terakhir ini adalah lain daripada yang lain, kerana ia bukan trek tanah, ia merupakan trek batu. Di sini terdapat timbunan batu besar dan terdapat tangga besi yang disediakan untuk naik ke atas. Disebabkan cuaca hujan makin lebat dan berangin dan juga faktor keselamatan, aku membenarkan gadis-gadis gagah ini naik sehingga puncak pertama sahaja. Dalam gambar di atas adalah gambar berada di puncak pertama.
Antara kumpulan lain yang panjat Gunung Datuk ini. Cuba tengok belakang tuh, tak nampak apa dah.
Aku tidak melepaskan peluang untuk naik ke puncak kedua. Jadi aku naik dengan brader baju kuning tuh. Dan di atas, angin terlalu kuat dan membuatkan kitorang berdua mengigil teruk. Bayangkan saja tebal kabus di atas puncak ini jika jarak antara dua puncak ini saja dah sekabur dalam gambar di atas ini.
Pendakian untuk puncak pertama. Sumber: MalaysiaHere.com
Pendakian untuk puncak kedua. Sumber: Peakware.com
Dan inilah dia, tapak kaki Hang Tuah. Wah, comel je kan.
Penurunan dari gunung adalah cabaran besar bagi aku. Plan untuk makan tengah hari (nasi lemak) di puncak tidak kesampaian. Kalau makan juga, dapat kuah free dari langit. Jadi kitorang tak berlengah, dan terus turun kebawah bersama kumpulan lain. Hujan semakin lebat dan trek kami dipenuhi air hujan. Kaki aku siap mengigil menahan lapar dan lenguh untuk menuruni gunung.
Walaupun sepanjang perjalanan ini diselangi jeritan wanita gagah akibat pacat, namun semua pacat-pacat tersebut dapat ditumpaskan dengan garam. Dan yang paling bestnya, aku tak kena gigit pacat pun. Agaknya sebab aku tak cantik kot. Tu yang pacat tak gigit tuh. Akhirnya kami berjaya sampai ke bawah dengan selamat, Gambar.
Time ni kaki memang tak larat. Dalam kepala rasa nak nasi lemak je. Lapar!! Lapar !!
Pada malamnya aku dah tidur dari pukul 8 sampai pukul 10.30 malam. Berjaga sampai pukul 1, kemudian sambung tidur balik hingga ke Subuh. Dan sekarang masih ngantuk lagi. Kaki dah stat keras-keras dah. Wuhuuu.
P/S: Terima kasih kepada yang singgah ke blok ini semalam. Nanti aku jejaki korang ye !!
37 comments:
waaaahhh...
nk daki jugakk...nk daki jugak.. nk daki jugakk...
ps: betul ke hang tuah punya kaki tuh? cam kecik je, hahahha
tapak kaki tu hang tuah ke hang buah? hehe :P kecik nye kaki dier. comel XD
haha..itu tapak kaki hang,hang,dan hang..tp mendaki mmg best pun.x kesah la ko daki apa pun.hahahaha..*otak pk lain :P
bestnya mendaki...baik untuk kesihatan..aku x pernah lagi mendaki,bro..aku rasa kalau mendaki macam dalam gambar neh konfirm malam karang urat kaki aku menegang..
apasal tapak kaki hang tuha kecik je..ke mybe dia sama saiz dengan bro heehh..apa2pun..mendaki memang best.:)
woot woot. macam mencabar jee. best ! nasib baek tak jadi apa2 yg tak d ingini kan, dengan hujan lagi :)
waaah, tapak kaki hang tuah. nice~
ipai! no wonder menghilang semalam.oh, aku sgt xsuka benda2 gini.hahaha!
Wani ~ takpe wani takpe wani .. minggu depan kan ?
tak pasti juga .. cuba SMS tanya hang tuah ..
abg stalker ~ ya .. ko memang dah tak leh blah di situ ... haha
actually,itu iklan says.my..lama dah xhapdet..hua3
~perr,lama dah dtg cni.. naikla gunung angsi best gak tapi seram lah..
syazwan ~ orang dulu kecik2 kot .. macam kita .. ntah2 ni ibu jari kaki je .. aiyok ..
Syuxer ~ aku pun kira suka2 je ni .. adik aku pun, dah pg panjat gunung yang berhari2 tuh .. aku hiking2 sehari boleh laa ..
memang urat tegang .. ni nak solat ni, time paling best masa duduk antara dua sjud dan mahu bergerak ke posisi lain ... pergh .. nikmat .. hahah
Myra ~ a ah myra .. nasib baik tau .. dah laa bawa anak-anak dara orang .. risau plak kalau jadi ape2 ..
Tea ~ hee .. jeles ke ? wink3 (muka buat org lain jeles)
Syafiqah ~ iyaa !! saya hilang satu hari .. balik malam tidur sampai ke pagi .. wuhuuu .. 8 jam tido .. uhuh
nak itotttt
pergh mcm best ja
tringn gila bro
lama tak bergunung nie...wuuhuuu. rindunye nak hiking lagi!!! sooo jeles!
waaa ipai... makin giat yer.. rajin beriadah.. bagus2..suya takde dah aktiviti macam ni.. hehehe Ipai, alhamdulillah.. dah gaji :)
Tea ~ boleh2 .. umah pon dekat .. yg ikut tuh semua adik n kawan2 adik ..
Umi ~ boleh2 .. jom2 .. uhuhu
Aztiqah ~ fuh memang best .. tp masa give up tuh tak moh jalan dah .. uhuh
put ~ heheh .. saje ilangkan gian ni .. uhuhuh ...
suya ~ kadang2 benda gini bg kepuasan ... yeay, suya nak belanja .. uhuhuh
wah
hebat la
kalau aku suka juga benda2 gini
tapi xada geng
:-)
Penjimatan Paling Bijak
wow! teringin nak pergi mendaki2 ni. sob sob! :(
aish yg dduk negeri sembilan ni pun lum sampai lagi kat gunung datuk..tp mesti best kan..hm jeles oh
AMBIL MASA LAMA MANA NIH...HUHU.CAM LETEY JEW KORANG...WAH ADA GADIS KIUT MIUT LA..KIRIM SALAM KAT DIORANG YER
Hans ~ geng boleh dicari .. stat dengan benda kecil dulu .. sungai ke, hiking pendek2 .. lepas tuh bila dah ada ramai yang sangkut, baru buat trip besar sikit ..
yang ni wanita-wanita gagah ni ada yang dah panjat gunung2 power dah .. aku pun kalah kot ..
eyfa ~ uhuh .. nak ikut ke ? boleh je .. nanti boleh try .. ok ? ok ? ok ?
cik aish ~ pergi try panjat .. hehe .. best .. rasa nak nanges je .. heheh
neph ~ lama juga laa .. kul 9 naik .. kul 2.30 dah sampai bawah ..
aip, adik-adik aku tuh .. takleh2 .. heheh
hohoh..ipai!! len kali nk ikot bley? heheh..teringin gak nak naik bukit gunung semua ni>~ hehehe (^^!
tulun..tulun~
Soya ~ insyaALLAH .. ni duk mane ni ? cam ne nak ikut2 ye ..
duk kat kelate~ heheheh..
t ada lagi nk p tempat2 gini gtou na.. teringin nk p..hehehhe..
SOYA ~ wah kelantan .. jauh ye .. huhuhuh .. ok2 ..
great adventure and I want to do this too sometime in the near future.
perghh .. kental gile !!
knfem best gile kan ..
sampai atas kaki keras je .. klu buat sepak2 orag pn best hahahha :D
gurau je ^^
Post a Comment