iPad Apps: Composer lagu guna MusicStudio plak

June 23, 2011 iPai 5 Comments

Salam


Harituhkan, ada member aku sorang ni, dia komen gini dekat iPad Apps: Menjadi Composer Lagu dengan GarageBand. Nak tau dia komen apa ? Dia komen;

"ko memperkenalkan bende2 yg buat aku xfocus tau x???"

Opss Heheh

Hari ni, dengan berkat usaha aku yang nakal ini, mahu membuat beliau tidak fokus kembali dengan MusicStudio. Hehhe. (Silap haribulan, dia buat research guna apps ni pulak kan. Heheh). Dalam post yang sebelum ini, Aku tak banyak nak dedahkan guna GarageBand, sebab aku sendiri pun terkonfius macam mana nak gunakan apps tuh.

Senang punya cerita, kalau sesiapa kat sini pernah nampak keyboard, bukan keyboard laptop/komputer korang tuh tau, tapi keyboard untuk main tekan-tekan muzik tuh. Kalau dilihat pada keyboard yang lengkap, korang akan ada setting untuk menukar setting bunyi. Maknanya dengan keyboard tersebut boleh keluarkan bunyi drum dan juga boleh keluarkan bunyi gitar.

Begitulah function MusicStudio ni, seakan-akan keyboard sebenar. Bagi aku interface MusicStudio ni lebih mudah digunakan berbanding GarageBand. Sebabnya ada tab kat atas untuk korang pilih terus. Dan korang pun tak perlu pening kepala untuk cari function button dalam ni.


Haa, ni interface untuk tab tracks. Selepas korang rakam kat tab keyboard, korang bawa ke track untuk disusun. Dan jadilah muziknya dan lagunya.


Antara senarai instrument yang available dalam MusicStudio adalah seperti berikut;
1. Grand Piano
2. E-Piano Bright
3. Drawbar Organ
4. Church Organ -> Yang ini memang cam stylo
5. Cello section
6. String Ensemble
7. Harp
8. Brass Section
9. Trombone
10. Clarinet
11. Concert flute
12. Accustic guitar
13. Marimba
14. Drumkit
15. Hip Hop drumkit
16. Choir pad
Dan bermacam lagi


Maka, sesiapa yang boleh try tuh, cepat-cepat laa try k. Heheh.

P/S: Maaf ye kepada cik yang takleh fokus tuh.

5 comments:

Emma Nyiu said...

Try to focus~

:D

iPai said...

e eh .. heheh .. emmany jgn tak fokus tau .. tau tau ..

me suya said...

fokus2~

Anonymous said...

JAHAT!

iPai said...

suya ~ fokus keja laa suya !!

sheqa ~ ops .. heheh