JOM SERTAI PERTANDINGAN BLOG PALING KREATIF
SalamHee. Dah lama tak join pertandingan ni. Jadi sekali sekala nak join juga balik. Sebab ada rasa interest yang sama juga. 'Jom Sertai Pertandingan Blog Paling Kreatif' ini adalah anjuran Faris 'Azim daripada Kepala Batas. Jadi kepada sesiapa yang nak join pertandingan ni, mari laa pakat-pakat mai klik ke link bawah ni untuk meramaikan peserta, sebelum 20 June;
Ok. Salah satu syarat untuk pertandingan ini adalah memberi kelebihan dan kekurangan serta kritikan membina kepada blog Faris 'Azim ini. Kritikan tak membina, tidak boleh ok. Jadi moh kita stat dengan kategori masing-masing;
Kelebihan
Antara kelebihan yang aku nampak adalah warna hitam putih blog yang dijadikan tema utama sungguh berpada untuk dilihat. Susah sebenarnya nak design warna blog ni. Salah pilih, jadi laa tak lawa. Kalau betul pilihnya cantiklaa jadinya. Jadi takda conflict tema dalam blog kecuali widget Facebook dan Nuffnang kat situ. Ada link Like Facebook, bagus untuk promote blog.
Kekurangan
Kekurangan ini yang saya terjemahkan kepada benda yang tak suka, sebab dari segi lain-lain semuanya ok. Tak suka 'Energy Saving' itu saja.
Kritikan Membina
Satu saja yang saya perasan adalah pada page 'Jom Tukar Banner'. Yang sedia ada itu, boleh dibiarkan. Tetapi untuk tambahan, boleh la letak pada sidebar page utama, untuk tatapan ramai. Mana tahu ada yang tergerak hati mahu copy dan paste ke blog. Dan saiznya pula boleh la ditukarkan ke 125x125 atau 100x100, kerana yang itu saiz yang biasa orang guna. Untuk itu, ada dua cara. Satu edit dalam setting gambar pada waktu mencipta logo itu atau set pada html link, dengan menambah height=' ' dan width=' '.
Last sekali adalah, meletakkan popular post pada sidebar. Yang ini tak perlu cari jauh-jauh. Cari kat 'Add widget' blogspot sahaja.
Haa, itu saja rasanya laa. Harap tuan punya blog Faris 'Azim tak terasa hati. Kalau ada aku mintak maaf ye. Kepada contestant lain, semoga berjaya dan selamat berkenalan semua.
2 comments:
terima kasih kerana menyertai...
sama2 ..
Post a Comment