Follower yang ke-200 ikut nasihat theGADES dan Anif Abdullah

June 24, 2011 iPai 16 Comments

Salam



Hye, selamat pagi semua !! Apa kabar ?!! Hari ni nak story pasal follower yang ke-200. Dulu tak pernah nak highlight sangat pasal follower, kecuali Follower yang ke-50 dan yang ke -150. Kesian orang lain, asik kena tunggu semua nombor kat belakang sifar,sifar kat belakang baru nak add. 100, 200, 300. Nanti korang kasi chance kat 333 ke, 222 ke, 476 ke. Gitu laa ek.
:pleasematacantik:Kesian tak ?

Tapi hari ini, nak cerita pasal follower yang ke-200 ni sikit yang semua orang boleh take note dan cek masing-masing punya profile. Maka, tahniahlah kepada;

mel haslina amir

Tapi satu je slack, aku baru je nak track down dia, tapikan;
Takde link yang available. Uhuh. Macam mana nak follow. Ruginya Kepada Mel Haslina, nanti cek balik ok. Semua yang awak follow tuh tak boleh nak follow balik.

:jalansenyap:Cik Mel Haslina datang, lepas tuh pergi

Dulu, masa aku create blog baru ini aku ada decide tak nak letak widget Follower ni, sebab aku rasa macam takde fungsi pun. Aku tekan follow, dan orang itu follow balik. Dan blogger tu dah tak dengar khabar berita pun. Tapi ramai kata dalam tips, suruh letak widget follower.

:hmm:Kenapa orang letak widget follower ni ek?

Bila banyak membaca kat blog lain, baru aku faham, dengan widget follower ni, kita boleh keep track orang yang kita follow. Tapi masa aku dapat tahu pun, aku agak-agak busy dan memang tak sempat nak manage pun. Jadinya aku biar je, follower aku bertambah-tambah tanpa aku contact diorang balik.

:study:Busy nak jadi engineer yang terbaik dalam ALAM SEMESTA ni

Tapi dalam beberapa minggu lepas habis belajar ni, aku bertapa separa dewa untuk improve blog aku. Dan di situ, aku tahu betapa pentingnya widget follower. (Thank you to EYFA dan SweetPearl). Ia sangat membantu korang, kalau blogger yang korang follow tuh professional dari segi etika iaitu dia akan follow korang balik. Kerana melalui follower ni, diorang semua (blogger yang follow korang balik) boleh keep track korang punya post blog kat dashboard blogger tu.

:tidakwanita:Laa, manage kat dashboard je ke ?

Kalau korang follow blogger yang famous-famous mungkin susah sikit nak tarik perhatian mereka, dan itu boleh dilakukan kalau korang memang seorang penulis blog yang berfikir secara lain daripada lain. Dengan erti kata lain, korang punya post unik. Haa, yang ini aku sendiri pun tak jumpa unik aku lagi. Bukan blogger famous je laa, kita yang kecil-kecil pun sama. Bukan 24 jam ada kat depan laptop/komputer. Tapi kalau korang buat dengan betul, mesti diorang takkan mengecewakan korang laa.

:nangisjauh:Tak kira, I kecewa juga dengan U !!

Jadi merespon post, theGADES, pasal pesanan dia untuk tinggalkan URL korang, cik GADES pon serba salah, orang yang follow atau tinggalkan jejak tapi tak betul. Kita jadi serba salah pulak. Kita dah laa nak bermesra dengan follower, tapi kalau tak tunjuk jalan datang rumah (blog), macam mana kita nak buat. Kita nak laa bermesra dan berkenalan dengan follower kita, seperti yang diuwar-uwarkan oleh Anif Abdullah.

:tidak:Serba salah kita tau

Jadi berbalik kepada kes mel haslina amir tadi, adalah take note kepada kita semua untuk cek kita punya profile. Suruh kawan kita cek, keluar ke idak link ke blog kita. Kalau tak keluar, kena laa cari setting supaya boleh keluar.

:marah:Cakap senang rr !! bagitahu laa cam ne nak buat !!

Setakat ni, tips yang aku dapat, setting Friend Connect tuh, pilih profile Blogger dan bukan Google profile. Kalau Google profile, biasanya tak keluar link blog kita. Dan kepada sesiapa yang perasan aku punya link blog tak klua kat Google FriendConnect tuh, bagitahu juga ek. Masih di ambang menyusun-nyusun.

:pening:Mana satu Google FriendConnect yang elok ni ?

Maka, marilah kita bersama-sama improve. Chaiyok semua !!!! :yahoo1:

16 comments:

senyumSOYA said...

utk follower yang suka buat kacau x da post ka? hehheehe...

masalah sama la kita en.engineer...heheheh

iPai said...

wah setakat ni tak pernah ada masalah follower kaco .. hehe .. utk blogger taiko cam soya, diorg kaco kot .. hehe .. saya belum lg ..

syuxer said...

kadang2 masalah takde link ke blog blogger tuh sering berlaku menyebabkan sukar untuk kita kunjung balas kan..huhu..

apapun tahniah untuk bro coz dah meningkat punye follower..:)

anyway thanks sbb tag..
nak share boleh?dulu saya ade gak masalah macam ini.. kemudian ada seorang blogger ini tetiba buatkan entry khas utk saya...maybe serba sedikit boleh membantu,

http://kucingtengahtidow.blogspot.com/2011/05/taw-tak-kenapa-orang-tak-follow-lu.html

sweetpearl24 said...

wah wah wah..
dah jadi blogger tegar lah abg ipai nih,
nk blaja dengan abg ipai lah pasni, hihi
=D

iPai said...

syuxer ~ yup2 ..dah naik sikit .. thank u for d kunjungan .. blog bro mmg power kot ..

iPai said...

Anif~ Mak ai .. ganas gila post dia .. hahah .. tp msg mmg sampai .. thanx for coming bro ..

iPai said...

wani ~ wah takde laa sampai ke situ .. naik sikit2 je .. ni pon baru bawah2 lg ni .. banyak lagi kena belajar ..

nabilah_2908 said...

bnyk juga blogger yg tk letak link dlm profile nya..

tak boleh nak buat apa la kan...melainkan blogger tu tinggalkan komen...ha..dari situ baru kita dpt jejak.. :)

Unknown said...

kalau yang pasal link blog tak keluar tu, ak rasa leh edit di dashboard,edit profile,select blog to display

iPai said...

nabilah ~ erk .. nabilah awak punya kan, saya tak nampak link awak kat dalam Google Friend Connect .. better u check

AT ~ yup betul tuh .. tapi ramai yang tak tahu dia punya ok ke tak .. kadang tu plak, bila kita klik, kita nampak .. org len klik, takde link pun ..

Ct Hajar ♫ said...

alaa rugi nye



lau follow cepat skit mesti saya
follower yang ke 200


hihihihi ='(

Unknown said...

haaa. betul tu. tak show link dekat profile and kalau xtinggalkan link utk kita. nnt leceh kita nk terjah blog dia. hehe.

iPai said...

cthajar ~ kalau awak yg dapat, takde laa post ni nanti .. uhuhuh

eyfa ~ tuh laa .. aku dah cek sorg2 ni .. uhuh

NAD~ said...

thanks ipai:)

iPai said...

GADES ~ sama2