Wishlist: Aku nak ...............................

June 19, 2011 iPai 8 Comments

Salam

Mula-mula merapu pasal benda lain
Hye. Apa kabar semua yang datang singgah blog ni ? Korang sehat tak ? Sorry rr, selalu update hari-hari tapi tiba-tiba weekends ilang. Hee. Padahal weekdays melangok je, weekends plak yang busy. Semalam, pergi kenduri kahwin kenalan masa praktikal kat KLCC dulu. 

Inilah gambar diorang-diorang dah kahwin. Kak Hani.

Kak Hani ni tak sama floor dengan aku masa praktikal dulu. Tapi dia baik dengan Kak Syida (oyen tuh). Haa, kita pun sekali baik dengan dia laa kan. Kalau dulu tak dapat pergi kenduri kahwin Abang Dawos dan Kak Syidah ni, jadi kena laa pergi kenduri kahwin Kak Hani. Lagipun kad kahwin dia sampai ke peti surat rumah aku. Huhhu. Gigih sungguh kakak ni nak hantar surat. Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru akak.

Selepas tuh, balik singgah jumpa kawan USM, kawan kat marix. Dan hari ni plak jumpa kawan SASER dulu. Borak-borak. Bincang-bincang. Bertukar pendapat. Sharing-sharing. Bilala nak jumpa diorang lagi kan. Dah ada rezeki nak jumpa tuh, jangan laa sia-sia kan.

Baru nak start pasal topik
Eh ni dah lari topik ni. Hahah. Aku bukannya suka sangat buat proper wishlist ni. Sebabnya, masa nak senaraikan wishlist, satu idea yang dikeluarkan, memang parah. Tapi bila tengah drive ke, berjalan kaki ke, memang macam-macam nak buat. Lepas tuh, bila dah ada senarai-senarai tuh plak, beralasan untuk laksanakan. Dan masalah yang paling besar nak menjadikan ia kenyataan memerlukan duit, and I don't have any. But, people said, you did not need money to achieve. You just believe that you can do it. 

Jadinya, dalam sehari dua ni, aku terasa nak sangat; 
Rock climbing

Er ni macam rock climbing yang pro gila je. Tapi kalau dapat pun best juga kan. Hahah. Orang kata, kita start yang rendah-rendah dulu. Jadinya rock climbing untuk starter adalah ini ek;
Gigih orang ni. Hadicap pun still boleh panjat

Aku ada simpan wishlist ni sejak aku masuk matrix lagi. Nak sangat memanjat. Antara dorongan yang aku ada, adalah aku yakin dengan kekuatan tangan aku boleh menampung berat badan aku. Aku ni takde laa kuat sangat. Kalau dicompare mengangkat kerusi di dewan dengan kawan-kawan, aku antara yang terlembik sekali. Haha. Biceps kecik je, nak buat macam mana. Tapi, aku yakin tangan aku boleh sokong berat aku. (Alamak dah lama tak work out, mana kuat nak tampung berat dah =P)

Jadi, tiba laa satu hari, kemungkinan masa akhir-akhir 2nd year kot, ketika 100plus buat tour satu Malaysia, dan aku nampak set rock climbing dekat situ. Dalam hati dah melonjak-lonjak nak pergi. Dah laa free. Safety semua dah siap, tinggal nak pergi sarung dan panjat. Pada waktu itu, 100plus collect timer untuk siapa dapat mencapai tahap atas sekali dengan masa terpantas untuk dapat grand prize. Dalam dub dab nak pergi tuh, perasan ramai orang kat sekeliling. 
"Ala, malunya nak pergi."
"Tak pernah panjat pun."
"Sekali panjat, tak sampai atas sebab tak larat"

Akhirnya aku lepaskan peluang begitu sahaja. Dan berharap tour macam tuh akan dibuat lagi, dan sampai sekarang tidak ketemuan. Adeh. Ruginya bila dah ada satu peluang di depan mata, tapi tak pergi try pun. Kalau dah try, mesti puas kan ?!!! Sekarang pulak, macam craving nak panjat je. Pengalaman naik gunung berhari-hari pun takde. Masa ada peluang dulu, tengah sibuk dengan benda lain, jadinya tak kesampaian. Kalau tak, dah boleh follow brother Putra panjat-panjat dah.

Merapu benda lain lagi
Ok, cukup sampai di situ dulu. Ada orang tanya apa status aku sekarang. Status aku sekarang adalah double and available. Hak3. Bukan status tu laa. Tapi status, apa yang aku tengah buat sekarang. Master ke kerja ke atau menganggur.

Buat masa ni, Master bukan pilihan hati aku sekarang. Kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh seorang master itu, baca journal, tulis jurnal bukan forte aku. Sangat bukan forte aku. Silap-silap aku hambik, tak habis nanti. Jadi mengganggur atau kerja ? Jawapannya dua-dua. Dah dapat offer, cumanya offer letter tak sampai lagi. Sudah call confirmkan, dan memang confirm nak ambik, cumanya urusan HR tuh tak selesai lagi. Tawaran Western Digital, Thailand memang dah direject masa aku dapat offer lain. Dan orang-orang yang kerja WD ni pun dah fly 2 minggu lepas. Maka, aku masih di rumah. Hee.

Tensen sikit laa, pasal tiada benda nak dibuat. Jadi untuk hilangkan tensen tidak berbuat apa itu aku terpaksa isikan masa aku dengan membaca novel pada mulanya. Even jadi cikgu tusyen untuk adik aku. Dan sekarang mula tak tahu nak buat apa. Dah tepu. Kena cari benda baru.

Mula membuat list benda yang hendak di buat dalam satu buku kecil. Supaya aku dapat rasakan ada something aku kena buat. Kalau tak, mesti aku akan tertekan memikirkan berapa freenya aku.
Pelik ek, orang lain tensen ada kerja, aku plak tensen sebab takde benda nak dibuat. Well nak buat cam ne, itulah aku. Kepada kawan-kawan lain dan kawan-kawan blogger, selamat bekerja. All the best !!

 P/S: Ada terbaca list Anynomous nak hack blogger-blogger terkenal. Aku baru baca tadi, dan aku tak tahu sejauh mana kesahihannya. Dan moga-moga amanlah sentiasa.

8 comments:

sweetpearl24 said...

jum hiking!!!
=D

skang update la slalu, nnt da jd engineer, da bz, mcm zack zukhairy tuh, susah bebenor nk update pulak
theehee :D

ps: seb bek kami tak popular, peratusan nk kena hack adalah macam cekelat hacks dalam tong drum, sangat lah kecik.

iPai said...

hiking ??!! baru je plan skit2 dengan adik .. so nanti, tunggu saje ..

hee, itu betul juga ..

hee, takleh kate cam tuh juga .. mana tau kene juga ..

Lately pun my friend ramai yg dah kawin and bertunang. Padahal baru 20, xpela dah jodoh diorg kan. Btw, congrats for the offers. Sy pun bosan cuti sem IPTA kali ni lama sgt smpai bulan. -__-"

iPai said...

thank u syafiqah ...

try cari hobi baru .. ni pon dah kena cari hobi baru dah ..

aidakmal said...

enjoy holiday sepuas2nye!bile da keje serius rse nk holiday je...@_@

iPai said...

hee, manusia tak penah puas dengan apa yang dia ada .. trima kasih sebab ingatkan !!

pena larh jugakk panjat panjat neh tp wall je bkn rock. hehe :)

iPai said...

fifi ~ kat mane tuh fifi ? nak try juga