iPad Apps: Game iPad popular yang korang kena tahu
SalamOk, dah mula malas-malas nak update dah. Hee, kena paksa juga. Tak nak meyesal tak sudah masa kerja nanti. Jadi nak hupdate macam orang gila sikit. Hari ni nak share pasal game-game yang popular kat iPad dan juga of coz popular kat iPod dan iPhone.
Kenapa aku share pasal game ni, sebab kadang-kadang kita tercari-cari game apa yang orang main sekarang, dan best ke tak best. Jadinya, aku buat laa sedikit list dan sedikit explaination game ni best ke dok. Jadi mari kita mulakan dengan;
Angry Bird
Yang ini tak yah nak kata, dah jadi fenomena dunia. Kalau korang tak minat games pun, korang kena try juga game ni.
Game ni mempunyai tarikan yang sangat tinggi dengan garfik yang simple dan comel, boleh memaut hati sesiapa saja yang yang mula bermain game ini.
Game ni simple je. Setiap peringkat akan diberikan jenis-jenis burung-burung tertentu yang korang tak boleh pilih dan susun turutannya. Ada burung merah kecik, burung merah besar, kuning, kembar tiga biru, hitam, putih dan hijau boomerang
Dan dengan menggunakan burung itu, korang kena cuba letupkan khinzir-khinzir hijau yang merupakan kuncu king khinzir hijau, yang mencuri telur-telur burung ini.
Hee, aku sendiri pon tak habis main lagi tau. Sebab memang betul-betul kena kreatif, presis dan percubaan yang takkan berputus asa. Haish. Lotih den main game ni. Den suko lagi game lain. Skrang ada banyak sengat versi dah sekarang ni. Ada Angry Bird Seasonal, Angry Bird Rio dan er apa lagi ek. Itu je kot. Jadi try laa ek. Cuba pergi kat blog Putra, rasanya dia ada versi komputer punya.
Plant vs Zombie
Kisah game ni pulak adalah game menentang zombie. Kalau korang-korang takut nak main game tembak-tembak zombie, jadi inilah game yang paling sesuai untuk korang. Sebabnya zombie yang ini kiut-kiut aja.
Itulah dia game Plants vs zombie.
Dalam game ni korang sebagai tuan rumah yang mahu melindungi rumah korang daripada serangan zombie pemakan otak ini. Jadi dengan tumbuh-tumbuhan inilah yang akan mempertahankan rumah korang dengan ability yang diorang ada.
Kepada yang suka kepada strategi game, game ini memang best untuk korang try. Game ni aku dah habis main ok. Tapi habis main kat komputer la, game kat iPad, kasi chance orang lain habiskan c(=
Fruit Ninja
Game ni ada kat top chart apps untuk Apple punya software. Itulah dia game Fruit Ninja. Game ni cepat juga famousnya kerana game dia yang simple untuk dimain. Kepada korang yang akan try game ni, simple je game ni. Korang kena potong buah-buah yang melompat dari bawah dan pastikan semua buah-buah itu dipotong dan elakkan diri korang potong bom. Korang hanya diberi 3 peluang untuk tidak membuat kesilapan dalam game ini.
Haa, ce tengok ni, banyak tak buah lompat-lompat. Jadinya, potong je laa buah-buah tuh semua.
NinJump
Yang ini pula adalah game NinJump. Antara game yang aku suka juga. Matlamat game ini adalah ketekunan anda sebagai ninja dalam game ini untuk mencapai rekod yang paling tertinggi dalam game ini. Kiranya, dalam game ni takda matlamat jangka masa pendek. Yang ada cuma mengalahkan atau memecahkan rekod ketinggian yang dibuat oleh pemain yang terdahulu dalam game ini.
Dalam game ini wujud 4 jenis persekitaran, dan setiap persekitaran mempunyai halangan yang berbeza-beza. Korang hanya perlu tap supaya ninja korang akan jump untuk mengelak halangan itu. Dan beberapa halangan boleh di slash/counter semasa ninja itu melompat. Dan setiap 3 counter halangan yang berjaya dipatahkan akan diberi bonus yang diberi dalam keadaan trance ninja.
Contohnya, macam dalam gambar ni, trance untuk shuriken.
Cut the rope
Game yang seterusnya adalah Cut the rope. Game ini pun menguasai carta apps product Mac. Game ini bermula dengan seekor dinasour/cicak yang telah diberikan kepada korang dan korang ditugaskan menjaganya dengan baik dengan memberi makanan gula-gula.
Jadi di samping memberi makan korang kena dapatkan star-star yang ada.
Yang menariknya, korang kena guna kreativiti korang untuk menentukan tali mana yang perlu diputuskan dahulu, supaya ia berayun untuk memungut bintang-bintang dan seterusnya masuk terus ke mulut dinasour kecik ni.
Akan ada banyak cuba jaya untuk dapatkan semua bintang. Huhu. AKu jeles sikit sebab adik aku habiskan dalam masa 2 jam je.Senang laa kot.
Unblock me
Game ni aku tahu daripada Bob. Sebab aku suka aim game ni. Alihkan blok kayu supaya blok kayu merah dapat lalu. Jadinya ia akan mengasah ketajaman otak korang untuk terus mengalihkan kayu blok ini, supaya kayu merah itu dapat lalu.
Bagi aku, game ini agak addictive, sebab sampai bapak aku pun main sampai ke sudah. Dan game ini pun takde matlamat jangka masa panjang, asal korang lepas je, korang pergi ke next stage. Dan setiap stage itu takkan sama dengan stage sebelumnya.
Disebabkan iPad kat umah aku ni berkongsi, jadi kitorang take turn main game ni. Sekarang pun dah level 200+. Aku sendiri tak pasti berapakah last level untuk game ini.
Dalam game ni ada 2 mode. Satu mode chalenge, iaitu mode di mana setiap pergerakan korang akan dikira, dan ia sangat penting untuk mendapatkan gerakan paling sedikit dalam setiap stage.
Dan satu lagi stage adalah mode relax, di mana korang boleh gerak banyak mana pun blok kayu yang ada. Janji kayu merah tuh melepasi halangan.
Fiuhh... So, korang try laa ek. Ada apa-apa, meh laa kongsi kat sini
11 comments:
NinJump best !!!!
suka yang itu juga !!
I play ALL THE GAMES! Till nooowww! XD
wah .. gila ah .. main ke semua ye ?
alaaaaa.... baru nk update pasal game2 tuh...
Haah. Main semua! :P
ogy ~ er .. ala cerita je ogy .. takpe pun
syafiqah ~ agak2nya yang mane plg best ?
Plants vs Zombies dgn Angry Birds! Hihi. Tapi slalu tukar2 la sebb klau stress xlepas2 level main game lain pulak. Tu yg jadi main semua game tu. :P
hehe .. betul tuh .. kadang2 kan, bile tensen time tuh, kite stop jap ... besok amin, mesti lepas .. uhuhuh
wahh! banyakknya game besttt! huhuhu. ni nak kena beli ipad ni. hahahaa.
p/s : kita nk tny. tp jangan gelak tauu. button followers kt mana? xnampak ler! errr. ke mmg xde? :(
Memang banyak game best ..
er .. butang follower ada kat bawah .. sudah add kan ?
Post a Comment