Manja dan mengada-ngada

June 24, 2011 iPai 29 Comments

Salam :hye:

Bahaya isu ni. Salah taip atau orang lain faham, boleh keping aku kena lenyek nanti. Tak pasal-pasal kena upah FRU datang tolong jaga aku kat depan rumah atas ancaman kepada aku :hiyaa1::hiyaa2:. Harapnya semua boleh open mind sikit ok, dan kalau rasa ada yang aku tersalah fakta, cuba highlight sikit salah tu, dan bagitahu yang betulnya. Kita discuss cool-cool.


Apa maksud manja ? :ngada:
Menurut TalkingCock, 'Manja' is derived from the Malay word meaning "to pamper", it describes gooey, childlike and coquettish behaviour by women designed to elicit pampering by men. Example;

"His girlfriend is damn manja, one. Hear her speak only, can kena diabetes"
:hahadekah:

Haddoi, lawak betullah contoh dia. Jadinya, manja itu adalah kelakuan kebudak-budakkan yang dilakukan oleh perempuan (Perempuan je ke? Lelaki ?) untuk dimanjakan oleh lelaki. (kalau lelaki bermanja dengan lelaki, erk...?)



Apa bezanya dengan mengada ? :tidakwanita:
Yang ini cari dalam TalkingCock tak dijumpai pula. Jadi aku rasa, mengada-ngada ni kelakuan yang hampir sama juga dengan manja (sama tapi tak serupa), cumanya kadang-kadang ia kepura-puraan dan membawa ke arah kesulitan kepada pihak lain. (Wah cikgu BM aku hari ni) :hero:



Tidak perlu bermanja ?
Jadi pentingnya manja ni, supaya wanita dapat bermanja dengan lelaki yang disayanginya. Tidak kisahlah, antara adik beradik ke atau pasangan suami isteri. Ada juga wanita yang berpendapat dia tak manja kepada lelaki dan dia merasakan diri dia ganas dan manja itu, bukan personalitinya. :tensen:Tetapi sebenarnya korang akan bermanja juga dengan lelaki, cuma cara manja itu berlainan dengan manja yang selalu korang nampak kat TV dan yang korang baca di mana-mana. Korang bertumbuk bahu, sepak-sepak kaki pun dikira bermanja juga, bermanja cara yang tersendiri. (otai gitu :otai: )


Manja itu adalah tanda kita hendakkan perhatian :pleasematacantik:dan setiap manusia perlukan perhatian. Jadi ia tidak terhad kepada wanita sahaja, lelaki pun boleh. Dan macam aku cakap kat atas tadi, manja ni boleh jadi macam-macam. Maka manja yang lelaki akan tunjukkan bukanlah macam manjanya seorang wanita. (Tetapi ada je, lelaki yang manja macam wanita. Aku ke ? :heesuka:)


Manja ini merupakan ekspressi emosi, :jatuhhati: kepada manusia lain yang kita perlu diambil berat. Kita hidup ni memang perlukan kasih sayang orang lain juga. Jadi janganlah lupa bagi kasih sayang kat orang sekeliling. What you give, you will get back. Jadi kalau hendakkan kasih sayang, kita pun kena tumpahkan, tuangkan, kerat sikit kasih sayang :wish: tuh kat kawan-kawan sebelah, ye dak ?



Perlu mengada-ngada? :nakjuga:
Mengada-ngada boleh dilihat sebagai manja yang ter-over gitu. Di mana ia akan mula menyusahkan orang lain. Kalau tak susahkan orang lain, masih dikira manja yang ok. Setiap orang mempunyai skala mengada-ngadanya dan skala ketahanan ngadaan orang lain. Kalau ketahanan ngadaan itu kecil, bila nampak yang mengada sikit je :jejalan: , dah rasa menyampah, ye tak?

Ada yang dah mengada tahap, mintak terjun KLCC pun, :hohapani: masih ada yang sanggup lakukan demi si dia, :akusygkamu: kerana ketahanan ngada-ngada yang tinggi seorang itu kepada orang yang mengada-ngada.

Apa yang kita boleh buat tentang mengada-ngada ini adalah, mengada-ngadalah pada tahap yang waras dan berpada-pada. Janganlah mengada-ngada di tahap yang tidak waras. Kelak boleh mebahanakan diri sendiri.




Lelaki ke perempuan ?
Setelah baca yang di atas tuh, korang rasa siapa lagi manja ? Lelaki ke wanita ?

Pendapat aku, lelaki akan kata wanita manja, dan wanita pulak akan kata lelaki yang manja. Jadi kita tengoklaa pola dia macam mana. Setiap orang ada pendapat masing-masing.


P/S: Sori tak dapat nak beramah mesra hari ni. Busy sikit. Tinggalkan link anda and InsyaALLAH aku datang dan gegarkan korang punya blog

29 comments:

terjah !
hehehe

Unknown said...

manja ke mengada2 ke. dua2 tak suka. aahhaa

iPai said...

opocot .. laju ye korang

nelly ~ terima kasih nelly sebab datang

eyfa ~ mane boleh kene pilih r .. eyfa, nak tanye .. cek ur PM kat twitter leh ?

Unknown said...

dah reply ler! awak tu dh usha belum apa eyfa reply?

Unknown said...

bro, pehal layan icon2, perhatian aku terganggu dah, spacing lari, susah mau baca

but point ko aku byk setuju, salah paham antara manja & ngada-ngada ni boleh cetus perbalahan, antara kita ngan awek kita.

bagi ko, who should change? laki ke pompuan?

iPai said...

jay ~ alamak .. teruk sgt ke ? aku adjust antara yang dibest aku boleh buat tuh .. aku try cek balik k ..

yup2 .. betul tuh, kadang2 mmg rasa boleh berpunca dari situ ...

pasal berubah ni, kalau diikutkan hati, mesti aku, sebagai lelaki nak perempuan berubah dan paham lelaki cam ne ..

tp, tak adil, rasanya kena sama-sama berubah .. baru betul ..

sebelum tido nak komen jap.Huu~ rasanya dua-dua average.. tapi nak cakap perempuan leh?HAHA.. actually,lelaki ni akan jadi manja kalau dah tua..*dorang mcam nak couple balik*

iPai said...

mr AA ~ wah .. sweet gile bunyi .. nak couple balik .. thanx for the comment

ogies said...

aku stuju dgn mrAA.. haha..
papepon, good info ipai..

iPai said...

ogy ~ thank u ogy !! so maksudnya ogy setuju perempuan lg lebih ke ? heheh

nabilah_2908 said...

biasanya manja dan ngada2 sering dikaitkan dgn perempuan..

eh..lelaki pun ada... :)

bila terlebih manja..terlebih ngada2..mmg annoying la...kalau sy..alahai..tk kuasa nak layan... ;)

iPai said...

nabilah ~ uhuh .. tulaa, selalu perasan juga .. sebab tuh perempuan ni macam ada terbentuk kumpulan2 kecil .. hehe

peAceStarZ said...

nice~~

tp kan, org slalu kata saya anak manja... sy rsa sy x manja pon, besa ja...pelek jugak...
hhu...^__^

iPai said...

athira ~ kalo personaliti selalu ye tak over .. sebab dia akan beringat juga .. so, just tgk2 laa kalo kot2, ada terover ke ..

Myra Arshad said...

nice one ipai :)

part yang nak kan perhatian tu sangat betul :D

iPai said...

uhuhuh ... kongsi2 je kan .. harap yg tak tahu boleh tahu

peAceStarZ said...

haha..mna ada terover, sy besa ja...
depa ckp sy anak manja coz sy suka balik rumah tiap2 minggu kot..ahakz.. al-mklumla umah dkat ja...:P

iPai said...

athira ~ hahah .. manja itu tidak mengapa meh .. takde hal pon ..

Akunyer said...

like to manja wthi my ustajah mama... ahaks! will be a manja and mengada-ngada more to a guy with the title a hubby... boleh kan cam tu? haha...

iPai said...

ticer ~ wah ticer ni cepat laa datang .. boleh2 .. manja dgn dia je laa ..

peAceStarZ said...

ahaha...tp kena gak cop anak manja...
err..~

Anonymous said...

hey , good entry

better manja dari nagada-ngada
tapi kalau manja lebih pun payah jugak tu

arghhh , cmne ni ??
haha (:

iPai said...

athira ~ hee .. anak manja takpe laa .. manja yee ...

Liya ~ manja terlebih, jadilah ngada-ngada ek .. ops ..

thank u ..

peAceStarZ said...

ahah...no komen..
tp antara laki dan pompuan rsanya dua2 manja...btul dak??
dua2 ada waktanya sndri dan msti sifat manja tue ada..cma pndai control dgn x pndai cntrol ja..
klau x pndai control tue jd la mngada2..

manja? ngada2?
sifat azali wanita kot.
tapi ada juga lelaki begitu
cuma beda tahap dan sifat.

manja? hurm.. aku manja.. dan aku mengaku aku manja.

sebab

aku anak bongsu.

alasan?

aku sudah cuba jadi tidak manja, tapi malangnya tetap tidak jadi.

mengada2?

aku sendiri tidak pasti.

iPai said...

athira ~ yes ... athira pun bersependapat dengan saya

iPai said...

fifiey ~ wah kamu di sini .. tersekima sebentar .. yup, tahap masing2 beza mengikut jantina dan individu .. ye dak ?

iPai said...

mawar ~ manja itu satu kelebihan .. dan ia diperlukan ..