Rambut sama hitam, lemak lain-lain

July 31, 2011 iPai 68 Comments

Salam


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua blogger sekelian. Di harap Ramadhan ini akan membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Pada bulan ramadhan ini saya mungkin jarang nak online, kalau online pun mungkin membalas kunjungan kawan-kawan blogger. Jadi jarang post entri macam selalu. Untuk itu, saya juga me-repost entri yang saya sendiri suka membacanya, Rambut Sama Hitam, lemak lain-lain. Selamat beribadat kepada semua. Akan merindui kamu semua.

Huish, apa cita pasal lemak-lemak ni. Sensitif tuh. Dah laa baru habis belajar. Duduk lepak-lepak kat rumah dan buat aktiviti membesarkan perut je. Mana tak bertambah lemak tu ?
:takmaudengar:Stop !! Tak mahu dengar cerita pasal lemak lagi ok.

Bakat ?
Bagi aku, aku definasikan bakat ini sebagai satu keupayaan seseorang untuk membuat sesuatu. Contohnya, mamat A menulis cerpen, dan mamat B pun menulis cerpen. Tetapi apa yang membezakan keduanya adalah, mamat A menulis cerpen sehinggakan membuat orang menangis membacanya, berbanding mamat B. Maka Mamat A dikatakan ada bakat menulis cerpen.

:korekhidung: Mamat A kuat tipu kot, sebab tuh cerita dia bes

Bakat juga diertikan sebagai kelebihan, dan kelebihan ini selalunya digunakan untuk kebaikan diri sendiri dan juga kebaikan bersama. Ada di antara kita, menjadikan bakat itu sebagai sumber pendapatan. Kalau korang dalam keadaan ni, korang antara yang bertuah. Kenapa aku kata bertuah ? Korang dapat bekerja dalam keadaan kemampuan maksima korang dengan bakat yang ada itu.

Manakala, ada yang menggunakannya hanya sebagai hobi dan pengisian masa lapang sahaja atau dipanggil aktiviti sambilan. Orang yang macam ni pulak tidak semestinya tidak bertuah macam aku bagitahu kat atas tadi. Dari sudut positifnya, korang yang seperti ini lebih verstail sebab korang pakar dalam dua benda. Satu dalam kerjaya, yang tidak melibatkan bakat terhebat korang dan satu lagi dalam hobi korang, dengan bakat yang korang ada itu.
:pening:Bersimpang siur ayat sampai pening dah ni

Sebelum aku nak cerita lagi pasal bakat, nak ajak korang tengok video ni dulu, tak nak tengok pun takpe. Video aimanazlan90 dalam isu yang ingin bentangkan iaitu;



:gongxi:Kredit to SweetPearl sebab tunjuk video ni kat aku. Suka tak ?
(mengharapkan korang sama terpegun macam aku terpegun)

Jadi dalam video ni, aimanazlan90 mengutarakan hujah-hujah dia pasal macam mana kita nak mengelak buruk sangka terhadap orang lain. Dengan erti kata lain, macam mana nak baik sangka dengan orang. Benda pertama yang aku terpegun , adalah penggunaan English dia.

:nangisbangga:Nak sangat aku dapat cakap English macam dia.

Dan yang kedua adalah cara dia menyusun isi-isi dia untuk disampaikan kepada orang lain, agar orang lain dapat faham dan ia akan diterima ramai. Dan pada saat aku habis tengok video ini, aku merasakan dia sebagai orang sangat berbakat dalam bidang sebegini, iaitu membuat video dan menyampaikan apa yang dia fahami. (Aku tak pasti kalau dia ada blog atau tak)

:hisaprokok:Weh tak heran laa, aku pun boleh buat juga

Mungkin antara kita, bila tengok video ni, kita jadi tak heran (segelintir sahaja, bukan semua) sebab kita merasakan, semua isi yang diutarakan dalam video itu pernah difikirkan oleh korang (dalam hati kata "common sense laa weh"). Tapi kenapa bila korang taip kat blog atau membuat video ini atau bercakap mengenainya dengan kawan-kawan korang, korang rasa tak semantap apa yang disusun macam dalam video itu. Haa nah, inilah yang dikatakan bakat itu.

Contoh lain; Korang pernah pergi blog Terfaktab tak ? Kalau sesiapa yang belum, boleh laa pergi terjah sekarang dan bacalah pada bahagian tips-tips cinta dia. Dan di saat korang baca, dalam hati korang akan kata "A Ah laa. Betullaa". Haa nah, itu laa dia bakat

Pensyarah Pusat Pengajian aku pernah kata;

"Tuhan mencipta tiap-tiap kita ni (manusia) dengan kebolehan yang berbeza-beza. Dan kebolehan tersebut hanya kita seorang sahaja tahu di dunia ini, lebih daripada pengetahuan orang lain. Tidak kisahlah orang itu sedar atau tidak tentang kebolehan itu"
*Aku tak sure ayat ini ayat Al-Quran atau ayat falsafah.


Kaitan dengan pekerjaan?
Sesetengah orang, belajar dalam engineering (contohnya) semasa di universiti tetapi keluar menjadi tauke besar produk kesihatan, menggunakan bakat public speaking dia ada sebagai sumber pendapatan, contoh Joegrimjow, rakan matrix saya yang sekarang ni dah pakai Mercedes dah. Dan ada juga sangat berbakat dalam penulisan blog tetapi dijadikan sebagai satu aktiviti sampingan di samping mempunyai kerjaya yang tidak berkaitan dengan bakatnya. Contoh senang yang aku nampak, Ben Ashaari, Fatin Liyana.

:hmm:Agak-agak mana sumber pendapatan Fatin Liyana lagi tinggi nanti, gaji doctor atau blog ?

Duit yang Abang Ben dapat dari blog lagi banyak dari gaji dia, betul ek ?


Terserah kepada kita, laluan kerjaya bagaimana yang kita nak pilih. Apa yang korang rancangkan untuk kerjaya masa depan ?

Kaitan dalam menulis blog?
Dan inilah faktor yang paling besar mempengaruhi kualiti blog kita. Bukan nak kata blog yang tak UP tuh, blogger yang tak berbakat. Bakat itu dapat diasah dengan baik. Adi Putra nak power math pun, kena belajar dahulu. Dan mungkin dengan pembacaan yang banyak dan latihan yang pelbagai, kita akan dapat meningkatkan keupayaan dan bakat kita (macam aku, yang sentiasa nak improve dalam penulisan blog). Itulah yang orang kata usaha tangga kejayaan. Satu hari nanti korang dapat jumpa kelebihan/bakat korang dalam menulis blog ini dan ketika saat itu, korang akan dikategorikan sebagai unik dengan cara tersendiri.

Pesanan terakhir...
Pengalaman mematangkan seseorang, dan apabila pengalaman itu dikongsi, pengajarannya memberi panduan kepada semua. Jangan merasakan dunia korang berakhir hanya kerana kegagalan yang korang tempuhi, kerana menurut orang hebat yang sudah berjaya;

Kejayaan besar yang dikecapi untuk mencipta lampu adalah siri 6000 kali kegagalan yang perlu ditempuhi
-Thomas Edison

Sehebat mana kita pun, sumbernya daripada tuhan yang satu. Maka gunakanlah bakat itu sebaiknya. Bak kata Too Phat, Bakat yang dikurnia jangan disalah guna. Setiap manusia hanya boleh berusaha dan tuhan yang menentukannya. Ada sesetengah perkara dapat diusahakan sebaiknya dan kita mendapat kejayaan, dan ada yang tidak.

Tidak semua yang diperhitungkan dapat dihitung, dan tidak semua yang dihitung dapat diperhitungkan
-Albert Einstein

Maksimakan diri kita dengan pelbagai bidang, dan dengan aset itu kita akan dapat bertahan di mana sahaja kita berada dengan hanya berbekalkan iman dan minda yang positif. Sekian


68 comments:

sweetpearl24 said...

owh, abg ipai ni hebat lah, abg ipai ni sangat berbakat menulis, boleh bg motovasi,

*adakah abg ipai kuat menipu mcm lelaki A? ngeh ngeh ngeh*

bagus2, keep it up bro!

IR Chabal said...

lemak2 2 kasi censored sket pai hehe...

Unknown said...

lemak2 slow skit k.

ipai,nk tnya,cm ner letak iklan says kt blog tuh byk2 x reti la

Ira Bulat said...

like the video!


wah-wah...penulisan ipai hari ni lain sikit.. rasa mcm ter-motivate lak!

iPai said...

wani ~ hehhe .. kuat tipu laa ni .. huhuhuh T_T

iPai said...

Chabal ~ bob .. lama betul laa ko menyepi .. mana kau pergi ...

iPai said...

Ira ~ bestkan video tuh ? kak wani yang tunjuk tuh ..

yeah .. motivated !! itu yang kita mahu !!

iPai said...

rozuan ~ okeh .. akan cuba buat tutorial tuh .. tunggu eh ..

syuxer said...

fuhh aku baca sampai abes..memang ada benar ko cakap pasal bakat tapi aku tak tau pe bakat aku sekarang neh maybe masih terpendam kot huhu..

pada pendapat peribadi bro la kan..blog aku tuh ok ke ko? kritik je pedas2..:)..aku nk tau kritikan bro pasal entri aku..:)

Unknown said...

salwa buat GA ajak awak join :)
http://salwaismail.blogspot.com

betul gak.. Setiap orang ada bakat tersendiri dan cuma kita tahu/xtahu je untuk gel-kan bakat itu :)

p/s: Entry paling best so far

Unknown said...

terasa den lemak2 ni. ahhaa.

Unknown said...

eyfa tak tahu apa bakat eyfa. hehe. tapi betul lah. ada bakat jangan sia2 kan. asah sebaik mungkin. jangan sampai salah gunakan bakat tu :D

mumu zai said...

aha.tajuk entry wat zai tertarik..hehe..
thumbs up!!!
tapi seronok lar kalau ade bakat..if orang bace tak buuusaaaann :)macam blog neyy..suke2 ^_^

Unknown said...

hahaha. mesti lah kna laju :D kalau lambat nnt xdpt :P

iPai said...

Syuxer ~ er .. takutnya, aku boleh nak komen tapikan aku takut tak cukup data ... boleh aku simpan dulu, biar aku perhatikan post2 ko semua, then baru komen leh x ? aku rasa baru seminggu aku kenal ko seh ..

(ni dah orang kedua request, orang pertama dah tak ingat sapa pulak. kena salin kat buku cam ni ._.)

iPai said...

salwaismail ~ wow .. cepatnya .. kate nak tunggu follower 1400 .. takkan dah sampai dah .. gila kencang laa korang ni .. cam ne laa nak jadi macam korang ni ..

iPai said...

Anif ~ betul tuh semua ada bakat tersendiri .. 'gel-kan' tuh ape ?

thank u aniff

iPai said...

eyfa ~ betulkan eyfa.. bakat kita asah baik .. macam eyfa terer nak terjah org2 ni .. nak kena asah macam eyfa juga ..

iPai said...

mumu ~ errr ... malunya ...

pergh mmg betul .. kalau dapat bakat ni, macam best dan stylo mylo je kan ..

thanx for the komen ...

panjangnyaaa entry! :O

iPai said...

syafiqah ~ hee, terpanjang .. itu pon dah potong banyak .. takut ade yg part tak paham je ..

iPai said...

eyfa ~ pantas dan ganas ..

K said...

hehe, nice explaination. :)

Qaseh Dalia said...

semua ada bakat cuma tak tahu mcamana nak tonjolkan ..peh kamu ni ade bakat jugak neh .. motivater eceh

Myra Arshad said...

eh2. video tuu. my senior time kat sekolah menengah. tapi kejap jee. hehehe.

p/s: kesian lelaki A *bukan nama sebenar :p

iPai said...

keroro ~ thanx for visiting .. =)

iPai said...

qaseh ~ motivater ? untuk kawan2 rapat boleh lagi .. tp melalui blog ni macam parah juga laa ..

n betulla, tak reti nak tonjolkan .. kenapa ek ?

iPai said...

myra ~ owh .. myra kenal n cam laa .. macam mane dia kat sekolah dulu .. mmg dari dulu menonjol kah ?

ipai, dah update dah pasal air asam! :)

syuxer said...

heheh x mengapa bro..:)..x perlu susah2kan diri..bereh bro..selamat berkenalan bro..

Hans Hanis said...

suka baca entry nih bro iPai
yups
fokus pada kemahiran yg ada
asah
pertajamkan
:-)

Kisah Seekor Anak Burung Kuning Yang Comel

Unknown said...

bakat yg dikurnia jgn disalah guna, betul tu..

tapi tulah, bila dah ada bakat kdg2 x gunakan...sgt rugi kan ..

iPai said...

Syafiqah ~ Thank u syafiqah !!!!

iPai said...

syuxer ~ ok2 .. setakat ni yang aku dapat, 2-3 post utk main page adalah terlalu sikit .. sebab bro pon selalu update .. tak sempat nak baca yang lama punya ..

iPai said...

Hans ~ betul, betul, betul .. trima kasih atas nasihat yg diberikan !!

iPai said...

lala ~ betul tuh lala shaheila .. jadi gunakan sebaiknya .. untuk diri sendiri dan menolong orang lain

iPai said...

Tea ~ eh .. jangan laa kate gitu .. ni masih belajar lagi .. masa taip ni mood dia datang macam berduyun2 ..

post lain banyak tak macam ni ek . adeh2 ..

ieza ashaari said...

subhanallah..

pendekatan yang mantab dengan hujah yang bernas dan tersusun.. terima kasih sbb share dgn sy link nie. sy msih br dlm blog.. menulis puisi, cerpen adalah minat daripada sekolah. blog dibuat sbb seorg saya berkata, "rugi kalau dah buat puisi, tak simpan. xde kenangan."

sekarang, dengan blog, bkn sj sy dpt asah bakat, tp juga kembangkan ilmu dan tambah rakan yg bijak pndai mcm saudara. terima kasih.

iPai said...

@izfanora
eh jangan kata saya bijak .. saya masih banyak perlu belajar lagi .. dan ini antara entri yang paling ganjil dalam blog ni .. kebanyakan tema dalam blog ini lain ..

cuma, untuk entri ini, saya mendapat ilham nak postkan tentang isu ini ..

sila beri tunjuk ajar juga ye ..

ieza ashaari said...

sama-sama kita belajar.. :) wah, sy sudah tua ker? hihi.. tua dah kot. usia 24. saudara?

iPai said...

@izfanora
nasib baik teka betu ll .. hehe

Acik said...

ya ya ...
acikpun terpegun gak

anismelon said...

anis pon tak tau ape bakat anis ipai..esp dalam berblog nie..huuuu..cene nak jadi cam ipai nie erk..leh tulis entry berkualiti cam nie..anis men hentam je tulis..weeee

anis tag ipai..free free join lah..:)

http://anismelon.blogspot.com/2011/07/segmenbw-sambil-tambah-follower.html

Acik said...

acik memang suka ngan video2 aimanazlan90. best n kelakar.

Hans Hanis said...

suka entry nih
betul2
bakat setiap orang sebenarnya ada cuma bagaimana cara kita menghargai dan kebijaksaan kita menggunakannya jer
:-)

Yumida said...

betul 2 bro..yg msk..sibuk ngn aktvt memasak..yg si suami lak..sibuk ngn pelita nya..yg anak2 lak..sibuk dok ket meja..menghitung juadah..so slmt berpuasa..

* jgn post minuman/makanan di bulan puasa..menggoda tuuuu...pleaseeee

Mr.Superman said...

pergh..gle la ko pny penulisan.taip bkn main pnjg.

xpe..aku fhm. :D ko mmg berbakat bab2 ayat dan IT.

da lme aku thu.gud job bro.

Mr.Superman said...

wlu bgmn pun..di sini aku nk bt pengakuan,


AKU X BERBAKAT LANGSUNG =='

sekian terima kasih,

yg bnr,
Muhd Abg Stalker

K said...

hehe, ni entri lama kan? repost? XD

Aimifiqa said...

waaa. hebat la ipai ni. boleh jadi motivator gak. mmg hebat dlm mgupas tajuk untuk dlm entri blog. cayalah. btw, Selamat menyambut ramadhan :)

Alif Haris said...

alamak bab lemak tu sensitf sikit hahah

btw vid die majority best :)
memang teruja gak aku tgk hehe
antara vlogger yg femes die ni kan

eh repost balik?okla balas komen.. Actually tiru ayat pengkritik masa tengok rancangan reality tb dedulu..hahak..kata sinonim dia maybe-flexi,lentur

eh repost balik?okla balas komen.. Actually tiru ayat pengkritik masa tengok rancangan reality tb dedulu..hahak..kata sinonim dia maybe-flexi,lentur

pakcik ipai pun ada bakat jugak..nk tau apa?

























bakat membuli haha :P

iPai said...

@Acik
trima kasih ye achik sebab baca

iPai said...

@anismelon
ala anis, ni pon sekali sekala je ..

takk selalu dapat idea macam ni ..

iPai said...

@Acik
hee, bes kan video dia .. uhuh

iPai said...

@Hans
thanx bro hans .. bro hans dah baca dua kali dah

iPai said...

@Yumida
haa, tu laa pasal .. bahaya woo

iPai said...

@Abang Stalker
eh takde laa pakar sgt pon ..

ni secara kebetulan je

iPai said...

@Abang Stalker
bro stalker .. bro punya kemahiran ada kat tempat lain .. post entri bro lain daripada lain

iPai said...

@Tea
heheh .. bahaya ek lemak tuh


tata lemak .. hehhe

iPai said...

@sergeant keroro
hee .. yup2 .. repost ni

iPai said...

@Aimifiqa
alamak .. kadang2 je cam gini .. selalu kering je idea ye ..

iPai said...

@alif haris
uhuh .. video dia memang best kan ..

iPai said...

@Anif Abdullah| AA
uhuhu .. a ah .. report balik bro .. eheh

iPai said...

@[sutera kasih]
hee .. terasa dibuli ke ? hehehe