Kecantikan hak milik setiap lelaki
SalamKorang rasa lelaki boleh cantik tak ?
Boleh. Tengok kes transgender kat Thailand.
Ada sesetengah lelaki dalam dunia ni mementingkan penampilan dirinya. Kebanyakkannya yang datang dari golongan lelaki muda dan sentiasa kelihatan menarik. Mereka ini dipanggil lelaki metroseksual.
Kalau ada kes orang tua nak jadi metroseksual bagitahu aku ya
Bagi lelaki metroseksual ini, mereka sanggup membelanjakan wang dan mengorbankan masa yang lebih lama untuk menumpukan aspek penampilan mereka. Dan disebabkan itu ia seakan-akan nampak feminin kerana berkehendakkan penampilan yang sempurna. Tapi jangan risau, mereka ni tak aww atau gay. Mereka ni lelaki sejati cumanya nak keinginan penampilan diri yang perfect.
Mandi dan bercermin berjam-jam untuk bersolek
Setakat ni aku rasa aku tak metroseksual. Mungkin kerana tak berduit dan ingin berjimat. Kalau nanti dah bekerjaya dan ada duit sendiri pun, aku juga berharap aku takkan ke arah ini, kerana ia merupakan satu keinginan yang melibatkan banyak wang ringgit.
Hye. Abang hensem tak ?
Apa yang bagusnya pasal metroseksual ini adalah berkenaan aspek kebersihan diri. Aspek kebersihan ini tak boleh dielakkan kerana ia berkait rapat dengan kesihatan. Kalau kebersihan tak dijaga, kita akan mudah jatuh sakit. Korang rasa la;
Ramai ke lelaki pakai pencuci muka ?
Adakah mereka malu nak pakai pencuci muka kerana ia seakan-akan wanita ?
Atau merasa leceh memakai pencuci muka kerana leceh ?
Jawapannya ....
Aku sendiri pun tak tahu
Bagi aku, penggunaan pencuci muka merupakan kebebasan bagi setiap individu dan ia mengikut keselesaan masing-masing. Tanpa pencuci muka ni, muka dia akan sentiasa nampak bersih sepanjang masa. Walaupun ada dia antara lelaki hanya pakai sabun badan untuk mencuci muka. Tetapi kalau itu sudah memadai bagi mereka, ok je la. Janji misi tercapai.
I lelaki yang cantik okeh !!
Kalau aku ? Aku pernah pakai bermacam produk yang disyorkan oleh mak aku sendiri. Semuanya aku cuba. Ada yang elok, ada yang tak elok. Yang menghairankan aku, aku guna selepas 3 minggu akan kembali menjadi teruk. Aku pun terpaksa gagahkan diri menghabiskan pencuci muka tersebut, dan menukar yang baru. Hak3, walaupun aku tahu tak elok tukar pencuci muka ni. Yang paling bestnya, apabila aku berhenti pakai pencuci muka semasa di matriks, dan muka aku terus elok dan tidak naik jerawat balik.
Muka aku ada magic beb
Tapi kini, aku tak boleh tinggal macam tuh saja, pencuci muka ni perlu untuk kebersihan kulit muka. Setakat bagi cuci kasi bersih ja dan bukan nak bagi putih pun. Kalau nak gunakan sabun boleh, ketahuilah pH sabun itu sesuai untuk badan dan dan tak sesuai untuk muka. Perbezaan pH ini adalah kerana kulit muka lebih sensitif daripada kulit badan.
Meh aku nak share produk apa yang aku penah guna;
Oxy 5
Ni aku guna masa zaman sekolah dulu. Member yang suruh guna. Dan ia pun mudah, celet sikit dan sapu sehingga rata.
Adakah ia berkesan ? Hampeh. Tak berkesan langsung. Pakai nak sedapkan hati je. Konon-konon licin r
Yang ini mak aku suruh pakai. Masa tuh aku search internet, diorang kata susu kambing ini bagus untuk kulit.
Adakah ia berkesan ? Berkesan untuk keputihan aku. hahah. Kawan aku hairan kenapa aku jadi makin putih. Haha. Dan aku tak suka produk ni sebabnya ia menegang kulit sampai aku takleh bernafas. Dan aku rasa cam ada tangan halimunan pegang muka aku. Hantu ke ape ?!!
Apricot
Ni la produk yang aku guna kat matriks sebelum aku stop. Bila stop je, dah takda jerawat lagi dah
Adakah ia berkesan ? Hmmm, aku guna pun sebab ia selesa digunakan. Efek muka kena tarik-tarik ni takde, efek biasa-biasa je.
Brylcreem
Haa, yang ini laah produk yang aku guna paling latest. Aku paling suka belah kiri sekali tuh.
Adakah ia berkesan ? Untuk memastikan kebersihan muka, aku rasa ok. Sebabnya lepas guna tuh rasa segar dan bugar je. Uhuh. Tambahan pula ada biji kasi best kat kulit muka aku. Huhuh. Aku pun tak tahu biji-biji biru tuh apa.
So korang plak cam ne ? Produk apa yang korang guna sekarang ni ?
HAAAAA ~~!! Hantu putih ..
P/S: Aku dah tukar widget Top Commentater yang baru. Aku harap ia tak menimbulkan konflik di masa hadapan.
39 comments:
aku pkai garnier~ -__-"
x salah pun laki nk jage kecantikan..tp biaq la berpada2..kandang2 tu lebih dr pompuan pulak...tp b ile ade duit..sume boleh jadi kan ipai..^_^
okeh tu dh tukar widget, nt ramai attack tea. takut. nt tea tacink wohh. -..-
lelaki perlukan pencuci muka! xkira ape type skali pn. HOHO. :")
i wonder lah kan, kalau my future husband next 10 years.
*daydreaming
pergh, konfem habis duit waa jgk.
lelaki cantik sgt jambu. i loiikke ke? no komen. kehkeh.
harini mood blog kureng ah. adakah disebabkan coolblog? err, bukan. maybe sebab semalam yg memenatkan kot.. hmmm... huhu
waooww!!
pasni ipai jd putih lah eh?
haha...laki ka pmpuan ka kebersihn itu penting, dan bersih mesti org tengok cantik, kan kan kan?
Ps: ala..dah tuka widget ka? baru ingat taknak komen, hahahha =P
aku pakai nanowhite.. heeeeee
hahahaha.
style!
gua pakai kertas pasir je beb.
putih jugak. haha
tengah cuba cari pencuci muka yang sesuai ni.huhuhu....sedey2...:(
muka dah macam makin teruk pulak skang. sebab kat umah bnyk debu. so, makin tinggila peluang jerawat nak tumbuh..:(
d2z ~ elok je ko guna .. takde jerawat .. so ok laa .. hehe
TeAqArH ~ wah cakap macam memberi peringatan dalam diam .. trima kasih sebab ingatkan ..
Tea ~ owh tuh yang keluar nak pergi coolblog tuh .. uhuhuh
jangan daydream, nanti jerawat tumbuh .. hehe
lelaki jambu cari korea je laa .. hehehe
baiklah lelaki perlukan pencuci muka .. !!! semua lelaki, kena pakai k !! Tea suruh !!
Wani ~ wah .. cenggitu ke wani .. komen laa .. komen laa .. heheh ..
wani saya tak nak putih .. sekrang pon dah ok dah ... heheh .. janji kulit muka bersih !!!
qalbi ~ nanowhite ? ok .. yang tuh jenama yang aku tak farmiliar ..
cik suha tak guna pencuci muka dan ape2 je yg berkaitan muka hehe sume benda 2 leceh (^_^)
tenkiu sbb menyinggah blog cik suha,sila khatamkan sume entry cik suha ye *arahan* lalalala
syazwan ~ ganas gila pakai kertas pasir tuh .. uhuh
najihah ~ haa, kulit muka sensitif tuh .. kene cai cepat tak pun kena rajin cuci n sapu minyak .. beli yang ada 3 set tuh (mahal T_T)
suha ~ wah, khatamkan ? banyak ye !! hehe .. nanti khatamkan sikit2 ..
hehe buat ala kadar yang tak leceh je .. heheh
sebab tu bahaya kalau tukar gender, sebab bila lelaki jadik pempuan dia lebih cantik dari pempuan yang asal.... tak aci la macam ni, kehkehkeh (^_^)V
fuhhh!! nasib muka aku takde jerawat.. haha!
aku guna pencuci muka produk akak aku..tak tau la..pakai je sedap hati akak aku..haha!
ipai, mcmana nak dpt mood blogging balik ni? nak update tapi malas malas malas! :D
*komen xde kena mngena dgn entry* XD
suka gila ngn lelaki yg jaga kecantikan ni..dorang bukan jambu ..cuma dorang lelaki metroseksual..i likeeee..
pakai bedak sujuk bang
Ipai..
biji2 biru yer ko panggil benda alah scrub tuuu..hahahaha.. Weyh Ok per pakai pencuci muka.. abang2 aku pun elok je pakai.. muahaha.. ganu pun sama je pakai.. dgn niat kebersihan kan.. bukan auww2 pun
abang2 eyfa suka curik pakai pencuci muka eyfa. belinya malas. huhu.
Mis Novexx ~ uhuhuh .. sangat ... nak wat cam ne kan .. lelaki kalau jadi perempuan memang cantik pon .. heheh
Cik Aish ~ hamboi .. sukanya dengan lelaki metroseksual .. uhuhuh .. Mr Right pun dah ada kat dalam post .. hehe
IMANSHAH ~ bedak sejuk pun boleh ...
suya ~ haa itulah benda alah ye .. aku lupa nama dia ... hahahah ...
EYFA ~ heheh ... 1. jimat 2. senang .. hahah .. ala tak banyakkan ? sikit je amik ..
Suhazli ~ haa, ni sama kes dengan EYFA laa ni .. heheh ... ngamuk diorg kalau benda tuh cepat abes .. uhuhuh
Syafiqah ~ eh jangan gitu .. kalau rasa tensen dgn blog... rilex .. jangan kalut, pergi jalan2 keluar .. cari ketenangan n then dapat ilham, update ...
setuju la entri nie...sebenarnyer.. lelaki ker perempuan ker tak yah abiskan banyak masa dengan duit kat kecantikan diri...cik kymchi dulu memang habiskan masa banyak la ..ye la..pompuankan nak nampak cantik tapi bile tgk tak cantik2 jugak..sama jer..so kesimpulannyer..cik kymchi nak wat entri pasal nie la...boleh??kalau tak bole..cik kymchi ape kesah...hahahaha..tgkla2 entri cik kymchi nanti...
tak sama la.. abg eyfa guna pencuci muka dia.. tapi hez lak ada sponser.. haha!
widget top commentator tu tak betul sikit. aku pernah guna sebelum ni. last2 terpaksa remove jgk.
:)
kalau saya, serious saya tak pakai sebarang pencuci muka. takut nak guna sebab takut nanti tumbuh jerawat. alhamdulillah sekarang bersih je tengok muka ni. hakhak.
p/s : banner saya ada problem. mcm mne ntah boleh hilang. klau boleh, copy code balik boleh tak? ;)
Minum lah Kolagen.... tersangat bagus.... kerana ianya bertindak daripada dalam.... muka berjerawat, parut hitam, parut berlubang, muka berminyak, kulit kusam, kulit tidak sekata.... semuanya dapat diatasi dalam tempoh yang singkat.... Berminat nak tau lebih lanjut sms sy d 0133971765
Post a Comment