Jawapan teka-teki 6 biji bola besi
SalamRasanya ramai yang bertungkus-lumus memikirkan jawapannya. Susah ek ? Sebenarnya soalan teka-teki ini aku dapat daripada kawan aku yang pergi interview kat Intel. Bayangkan sahaja dia sedang dup dap dup dap dalam interview, lepas tuh dapat pulak soalan macam ini. Haa, tak boleh nak fikir lama sangat kan, kena laa jawab cepat-cepat. Alhamdulillah, kawan aku dapat jawab dan sekarang pun dia dah kerja 2 bulan lebih kat Intel.
Sebenarnya soalan jenis macam ini adalah soalan yang melibatkan failure analysis. Dalam penghasilan sesuatu benda dalam suatu kilang, semua produk nampak sama sahaja dan kadang-kadang tak nampak cacat cela pun. Walaupun begitu, kita kena sentiasa cek produk yang kita hasilkan itu bukan produk yang rosak. Ini akan melibatkan daya kreativiti pemikiran kita untuk menyelesaikan masalah.
Sebab tuh kadang-kadang masa korang nak cari kerja, korang jarang rasa down dengan result korang yang tak bagus. Tapi korang tunjukkan apa yang korang boleh offer kat company tuh iaitu buah fikiran korang yang sudah tentunya hebat-hebat belaka. Malah kemahiran kreativiti setiap orang berbeza-beza. Kompeni-kompeni ni bukan nak cari pandai-pandai pun, tapi diorang nak cari pandai bekerja dengan minda kreatif (cakap macam aku dah kerja lama je kan, padahal duk melepak kat rumah je. Haha).
Maka dalam interview tuh, tonjolkan IQ korang. Tunjukkan cara pemikiran kreatif korang. Sudah pasti bos suka dengan korang punya. Pengaruhi mereka untuk mengambil korang bekerja. (Dah macam bagi nasihat kepada diri sendiri je. Hahaha T_T )
Menariknya hari ni, aku dapat jawapan yang aku tak pernah dengar. Kira mantap juga laa diorg ni dapat jawapan yang aku tak pernah fikir. Mari kita review jawapan yang diberikan;
Jawapan 1 - Daripada Wani
langkah 1: letak 3 bola setiap satu dacing, disebabkan 1 bola tu berat, maka belah yang ada bola berat tu akan lebih berat lah, hehe...
langkah 2: remove satu bola dari setiap dacing secara serentak, kalau tiba2 dacing tu bergerak dan menjadi sama berat, maka bola yang tengah diremove dari dacing yang berat itulah bola yang dicari!
taaadaaa~~!
Hee, dukacita dimaklumkan bahawa jawapan Wani ini kurang tepat. Kerana pada langkah 2, Wani memberitahu 'remove satu bola daripada setiap dacing secara serentak' itu dah satu langkah. Tapi Wani lupa nak consider pasal kalau dacing itu masih dalam keadaan di langkah satu. Jadi perlu ditambah satu lagi langkah. Ye dak ?
Tea
timbang 3 utk sebelah bhgn. timbang 3 lg utk lagi sebelah. pastu mesti ada yg berat sket kan. haa, tu pandai2 lah asingkan yg mana 1. -..-
Suhazli
langkah 1 : amik 3 bola letak 1 side..3 bola lagi 1 side..
langkah 2 : kalau tgk tak seimbang..ubah la balik amik bola sblh side yang berat..hahaha
Hee, walaupun jawapan ni tak betul, tapi langkah 1 mereka dah betul. Sebab langkah satu ni sama juga dengan Wani. Kalau fikir dalam sikit, mesti dapat dah. Haa, siapa nak sambung jawapan ni ?
Jawapan 3 - Daripada izfa aka nje
langkah 1:
masukkan 2 biji di setiap bahagian dacing. (ada lagi 2 yang tinggal) = tengok dacing itu sama berat atau ada bahagian yg lebih berat. kalau sama, keempat2 bola sama berat.
kalau tak sama berat, satu bahagian dacing akan lebih berat dari yang satu lagi dan kita boleh nampak bahagian yang mana.
langkah 2:
kalau sama, masukkan lagi 2biji bola. so, bila salah 1 bahagian dacing lebih berat, bola terakhir yg dimasukkan di bahagian yg lbh berat adalah bola yang lebih berat itu.
kalau tak sama pula, keluarkan satu bola dari setiap bahagian dacing. means, dalam setiap bahagian dacing tinggal satu biji bola. kalau sama berat, bola yang tadi kita keluarkan dari bahagian yang lebih berat, adalah bola yang lebih berat itu. dan kalau tak sama berat, bahagian dacing yang lebih berat mengandungi bola yang lebih berat itu !
Hee, sukacita dimaklumkan bahawa jawapan izfa ni tepat. Harap yang lain boleh baca, pahamkan dan bayangkan macam mana ye.Kalau Izfa ni pergi interview Intel kira dah boleh dapat kerja dah ni.
Mantap tuh !!. Disebabkan jawapan ini betul, kita kasi promote sikit blog izfa kat post ni ye;
Sila laa terjah say hi kat dia. Cari post kontroversi kat dalam blog ni.
Ok. Siapa nak sambung jawapan no.1 dan jawapan no.2. ataupun ada yang boleh dapat jawapan lain selain yang dinyatakan di atas ini. Meh komen kat bawah ni.
28 comments:
Ala.. aku nak jawap yang tu le iPai, tak sempat lak cis cis cis!
waa...teka-teki td..izfa yg menang~ ...lagu tu rupenye jwpan die...
yeah ! izfa dapat kerja ! tak lah dok umah cuti nie !
hahaha..
xtahulah macam mana boleh terfikir benda nie. :)
mcm dirancang pulak kan. atas nie promote blog izfa, bawah nie promote blog couple izfa plak.. hahaha..
perghhh!! hebat dapat cari jawapan.. penat aku pikir jawapan sampai tak sempat nak join.. hahaha!!
coihhhhhhh, ingtnye hape ! hahhahaaahahaaa....
owh, dah ada jawapanpun, masih penat fikirkannya ... hiaheheheee
ala...kira betul la tuh ipai...hahahha....
*tak kira nk betul jugak*
heee =)
tak dapat den na fikir cm izfa toh dalam keadaan kepale ngah fikir sal keje..weeee..
tahniah izfa..
alamak. teka teki apa ni? :((
adooii .. baru nk jawab cmtu .. hahaha :D
banyaknya ketinggalan entri iPai. sori.. bz sangat2
kreatifla dorang semua ni bg jwpn..betul x betul tu blkg cerita la..
cis tak sempat join plak..tak kira tak kira..aku nak jawab gak..
letak je bola tuh satu2..kalau senget sebelah..pejamkan mata dan amalkan sikap terima ia seadanya..sesuai dengan konsep takde yang sempurna dalam dunia neh ahhahaha..boleh kot jawapan neh hahahah
@abglan
hee, cenggitu plak ye ..
@SoLy SoLicious
hee, yup .. tahniah kat izfa sebab dia jawab betul ..
@izfanora
hamboi .. sentiasa ingat pada skandal ye ..
@yazidy
ada jawapan lain tuh, kot2 ada nak try leh dapat promote lain plak ..
@Faidhatul Arfah
takde trick di situ .. hehhe
@Acik
a ah .. kasi jawapan dia ah ..
@Wani
ok2 .. separa betul k ..
@anismelon
hee, takpe2 .. fokus kat tempat kerja k ..
@EYFAalias
eh eyfa tak sempat baca teka-teki kot .. hehe .. takpe .. eyfa z sekrang ni ..
@Tea
a ah .. cam kembar plak kan .. takpe2 .. nanti dah dewasa mesti terer ..
yup .. kena pk dalam2 nieh .. hehe
@alif haris
hee, takpe2 .. peluang masih ada utk satu lagi jawapan ..
@~~Ticer Wann~~
hee, tak pe ticer .. paham ticer bz .. nanti ada masa jenguk2 laa ..
hope for the best utk ticer ..
@[sutera kasih]
yes, rasanya syaza paham apa yg saya nak kata dalam post ni .. cara itu perlu dikeluarkan .. betul salah, kita leh cek sama2 dan perbaiki sama2 ..
@Syuxer
heheh ... kasi chance kat bro juga laa !! trimas bro ..
tak sempat nak fikir. XD
Post a Comment