Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Saturday, July 23, 2011

Si Pencetus Peristiwa Pahit.

Salam

 Gambar Sumber: xdashkax


Bagi sesiapa yang ketika ini sedang dalam perhubungan serius, pernah ke korang terfikirkan pasal pasangan korang yang dahulu sebelum kini. Tak kisahlah sama ada ia perhubungan serius ataupun hanya cinta monyet, ia tetap satu komitmen perasaan kepada pasangan korang dahulu.


Mungkin ada di antara memori tersebut, korang tak hendak kenangkan kembali kerana begitu pahit. Pahit sepahitnya. Korang merasakan terlalu sedih kerana ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebab. Korang meratapi mengharapkan agar segala apa yang korang dengar itu hanyalah permainan minda sahaja. Bila dilihat puncanya peretakan itu, terlalu remeh dan tidak munasabah. Disebabkan peristiwa sebegitu rupa, perasaan diamuk kecewa dan marah kepada bekas pasangan, bertukar kepada benci.


Tetapi setelah beberapa tahun sudah berlalu, korang pun sudah berjumpa si dia yang ketika ini mengambil serius terhadap perasaan korang. Si dia akan mengambil berat segala hal ehwal urusan korang. Sebolehnya, kalau jodohnya sudah sampai dan masa yang sesuai korang akan ke jinjang pelamin untuk diijab kabulkan bersama si dia. Korang mesti rasa beruntung kerana kini sudah mempunyai seseorang yang menyanyangi korang.


Tapi itu hanyalah di sebelah cerita. Apa terjadi pada si dia yang dahulunya kejam meninggalkan korang. Adakah dia masih sama macam dahulu, melukakan hati orang lain ? Adakah dia masih tidak mengerti bagaimana hendak menilai rasa cinta dan kasih sayang ? 


Tetapi bagaimana pula kalau dia sudah berubah ? Dan dia lebih memahami si dia kepunyaannya (yang terkini) dengan merenung kembali perpisahan yang kejam yang pernah dia lakukan dulu terhadap korang. Peristiwa yang berlaku di antara korang dahulu itulah mematangkan dia sebenarnya. Banyak yang dapat dia kesalkan dengan perbuatan terdahulu. Dia tidak mahu melukakan hati orang lain. Dia tahu betapa besarnya nilai perasaan itu. Dia tahu betapa seksanya perasaan ditinggalkan itu. Dia insaf.


Kini keduanya bahagia dengan pasangan masing-masing. Walaupun di sebalik kisah silam mereka berdua tersiratnya cerita pahit. Seorang pencetus rasa pahit, dan seorang lagi perasa pahit itu. 



jangan  menyesal  dengan  perkenalan  dahulu..
jangan  menyesal  dengan  perasaan  kita  dahulu..
jangan  menyesal  memberi  kasih  kepada  dia  dahulu..
jangan  menyesal  memberi  cinta  kepada  dia  dahulu..
jangan  menyesal  menabur  baja  cinta  dahulu..
jangan  menyesal  menabur  janji  setia  dahulu..

44 ngomelan:

izfanora said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul tue iPai..

setiap pertemuan yang diaturkan ada hikmah pengajaran di sebalik setiapnya. kalau bukan kita yang memaafkan, siapa yang akan maafkan dia.

lagi pun, kalau terus bersahabat itu lbh baik dr terus menyimpan duka sakit hati dan akan buat kita terkenang kenangan pahit dan sukar nak terima dan percaya org baru..

setiap manusia itu berbeza. kerana itulah meriah dunia. :)

SoLy SoLicious said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

" barang yg lepas jgn dikenang..."..sepah said..hahaha....gurau je...
sy pun pernah mengalaminye..hati mn xsakit kan.... tapi bawak bersabar jelah...byk cra boleh digunakan..ttg hal si dia lak, just let them~

Anif Abdullah| AA said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hm,kesan kesakitan lampau bukanlah perlu diingati semata-mata tapi perlu belajar dan mematangkan diri sseorang itu...Orang kata cinta itu boleh menyakitkan @membahagiakan.. itulah risikonya..huhu

Bro ahmad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang sedih kalau di tingalkan..macam tak dihargai je rasa ni..hmm sabar dan jangan buat benda yang tak sepatutnya,

EYFAalias said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah banyak kali kena tinggal. tak boleh kalau tak menyesal. huhu. MENYESAL KENAL DGN DORANG. Kalau dah loser, sampai bebila pun loser. Sakit hati sampai skrg belum habis ni. hahahahhha

EYFAalias said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

geram gerammmmm!

Syuxer said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sekali ditinggalkan maybe ada peluang kedua..dua kali ditinggalkan maybe maki hamun menjadi hantaran untuk dikenali kali ke-3..hehehe...apapun orang yang ditinggalkan lebih mengerti perasaan tersebut..maybe pelbagai versi namun yang pasti ianya perit

Aku Bah Nie Imah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cinta cinta cinta....

Tea said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

uhuhh. jiwang jiwangan.

Tea said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau hati dh terluka, ipai. tea susah dh nak terima kembali org yg sama. so, buat keputusan lupakan si dia yg dulu. memang susah nk lupakan dan nk terima org baru. huhu.

yg skang ni, kalau dia pn sama kejam. tea pn kejam jgk lah. bunuh je kasi kerat 16. huhuhh.

Afikah Aziz said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sekurang2 nye semua tu boleh membuatkan kite matang kan..boleh pk yg mane baik dan buruk..xsemuanye mendatangkan keburukan,mmg xde yg xderita bile kne tinggal tp bila fikir balik pasti kita akan rasa syukur sgt sbb awal2 dh tau perangai die cmne kn..ape pun raih cinta Nya lg utama dr cinta manusia :)

syarifahsidrus said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sajak tu...best!

cinta Illahi tu yang abadi, cinta manusia sementara

nurathirahkaman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

OMK..hahahaha tetiba atiyahkaman ada disitu..thanks sebab berkongsi..:) kena belanja ipai neh..hakhak

Acik said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nape lak nak menyesal? sumer itu mematangkan kita, kan! menjadikan kita lebih mengerti dan memahami ... :)

anismelon said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice entry nie..hurm..tp anis selalu kenang..and selalu ingt benda benda yg lepas toh..even menyakitkan hati sendiri..huuuu..pelik kan..

missina said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

jadikan yg lepas sbg kenangan,,,mulakan hidup dengan insan lain yg lbh rela berkongsi kesedihan atas perpisahan tersebut,,,

nuyen said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

iPai : raya datang la umah . dekat je kan . hehehe

SoLy SoLicious said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

datang nak berdendang malam2 buta kat sini buleh?? eeheeee..nak kasi penuh komen ni...hahaha

SoLy SoLicious said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ipai, asal gengblogger punye popout still kcau2..haisshh... menakutkan la...dah pangkah, datang lagi..berhantu sungguh...

SoLy SoLicious said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lalalalalla~ sy bukan hangin kat awak ye..hangin kat bende alah tu ha..non-stop asyik nak keluar aje..eeheeeee

SoLy SoLicious said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak tido jgn lupe bc doa... meh nengok tips saye..heeee

SoLy SoLicious said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

SELAMAT MALAM ^__________^

najihah sahami said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahh..suwittt....yea..jadikan kegagalan tu titik permulaan...



:)

dunia belum berakhir. haha.

[sutera kasih] said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

please, sy tak nak ingat masa lalu huhu

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@izfanora
kata2 yang baik izfa !! thanx !!

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@SoLy SoLicious
betul tuh .. tp habis madu sepah tak habis2 lg .. heheh

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Anif Abdullah| AA
betul laa anif .. thanx for the kata2 ..

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Bro ahmad
betul tuh, setiap benda kene fikir baik2 ..

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@EYFAalias
uish .. sampai begitu skali ke ? sabar2 ...

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Syuxer
thanx bro .. bro syuxer faham intipati post ni .. trimas ...

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Aku Bah Nie Imah
er bosan dgn topik ini ke ? hehe

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Tea
mak ai .. sampai nak kerat2, takut juga kalau gitu ..

apa2 pon tea pk elok2 je ..

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Afikah Aziz
betul tuh .. trima kasih atas nasihat .. rasanya afikah pon faham intipati post ni .. trimas ..

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@syarifahsidrus
tu laa pasal sedap sajak tuh .. cik atiyah ni bagus gak kalau ditulis ayat2 begitu .. hebat dia ..

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@nurathirahkaman
heee, sama2 .. saya yang patut trima kasih kat atiyah .. sebab sajak tiyah tuh bagus ..

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Acik
yaa memang betul membuatkan kita lg mengerti .. dan ia semuua datang daripada penyesalan ..

achik pon paham juga intipati post ni ..

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@anismelon
betul tuh .. teruskan kehidupan dan sentiasa ingat jangan buat silap yang sama ..

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@missina
yup .. betul tuh .. trima kasih !!

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@nuyen
eh tak dekat dah .. hehehe

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@SoLy SoLicious
trima kasih utk tips tuh .. n sori pasal gengblogger tuh .. baru je buang .. jangan marah2 lagi naa ..

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@najihah sahami
opss .. suweett ke ? hehe .. trimas ...

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@[sutera kasih]
owh syaza .. ada kisah hitam ek .. sori terbuat syaza terkenang2 ..

Aimifiqa said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tingat kenangan dulu bila bace. hihi. T.T

sergeant keroro said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ehem, the new dr cinta. hehe :P

close button
ShoutMix chat widget
Twitter Bird Gadget