Berita panas: YMads penipu besar ??!! Siri 2
SalamSemalam aku ada post pasal YMads ni adalah penipu besar dan masih tidak diketahui statusnya. Namun kini, aku dapat tahu yang YMads sudah disahkan satu syarikat yang menipu syarikat dan menipu blogger. Kepada blogger, penipuan itu tidaklah terasa kerana tidak melibatkan wang ringgit, namun kepada syarikat yang sudah ditipu, mungkin wang ringgit sudah dilesapkan.
Ramai yang komen dalam post semalam tidak pernah mendegar iklan YMads ni dan hanya tahu Nuffnang sahaja, tapi yang sebenarnya ada banyak lagi syarikat pengiklanan yang wujud. Tetapi jangan runsing Nuffnang pun dah cukup ok. (walaupun UV aku sekarang dah 150 keatas setiap hari tapi Buffered earning tak pernah dapat pun =P).
YMads terdiri daripada beberapa individu penipu daripada luar negara dan mereka merupakan penipu bersiri. Kenapa dikatakan penipu adalah kerana pada mulanya mereka memulakan perniagaan PTC iaitu Paid To Click, di mana mereka membuka perniagaan supaya mengupah orang lain me-klik iklan yang ada (Contohnya, saya upah si A, klik iklan di blog saya). Syarikat sebegini wujud dan untuk pengetahuan semua Nuffnang melarang perbuatan konsep PTC ini.
Setelah gagal dalam syarikat PTC ini mereka membuka satu company baru iaitu Aeesy.com, iaitu syarikat berteraskan CPM (Cost per million) iaitu mengambil kira pengunjung yang datang ke blog. Dan syarikat Aeesy.com ini dahulunya merupakan nama lama bagi YMads.com didapati menipu, mereka dengan mudah memindah server asal ke server syarikat lain, dan menukarkan namanya.
Aku tak pernah sempat kenal Aeesy.com, tapi orang yang pernah kenal Aeesy dan YMads mengatakan mereka memang akan kenakan pulangan yang tinggi pada bulan pertama untuk menarik minat blogger tetapi di kemudian hari mereka lari. Mereka menipu dengan menawarkan rate CPM yang tinggi dan membayarnya dengan nilai mata wang dollar. Tetapi bila pada hari pembayaran, mereka melenyapkan diri.
Aku rasa penipu ini memang akan kembali dengan nama syarikat yang baru. Aku tak pasti samaada 2dayblogger.com masih mendapat bayarannya atau tidak. Tetapi kalau betul dia dapat, mungkin syarikat ini menggunakan 2dayblogger untuk menyebarkan maklumat kepada blogger Malaysia dan sekitarnya kerana reputasi 2dayblogger merupakan top-10 sites from Malaysia.
P/S: Bila Nuffnang nak bagi aku BE ni ????!!!!
23 comments:
woohaa!
penipu bersiri tuh!
giler ah!
ps: naufal buat la emel rayuan kat nuff, kot2 lepas tu depa bg BE ke, hehe..
tak baik tipuuu. dosa tauuu. iskk ymads ni. ahahaha
BE memg lambat2 sikit. tapi sekali da dpt naty ada jee..hee
perghh berdarah aku..mujur ia free je..x pasal2 kerna dorang,gliterrati aku kena tarik huhu..
eh bro nak dapat BE?
emm bro update survey,bagi ayat power sikit, pahtu update biodata kita,pahtu antar tiket ke nuffnang
aku dulu cam ko jugak..huhu..
aku dah letakkan smua iklan pada posisi betul,aku update survey bagi ayat kaw2..pahtu aku hantar tiket cakap tolong check pe yang perlu diperbaiki untuk dapat BE dan cakap nak BE kat nuffnang..InsyaAllah dorang akan bagi..
aku tetap setia dengan nuffnang
tipu menipu memang tak boleh lari dlm dunia siber seperti sekarang..kan?
xpenah denga pulak psl ni..huhu
setia lah pada yg 1...jgn rambang mata dgn tawaran syarikat periklanan yg lain... (^_^)
penipu, bahaya. tapi aku belum penah terlibat. hee
Wani ~ fuh .. betul wani .. penipu bersiri tuh ...
alo .. rayu pon macam tak leh dapat je ..
EYFA ~ tulaa EYFA. gi marah dia .. babab dia .. jahat tau tipu titiew
put ~ heheh. bile laa tuh ek put .. mata pandang ke atas sambil mendagu ..
Syuxer ~ mak ai .. sampai berdarah kau .. sapu minyak gamat ..
uhuh .. dah selalu update dah ni .. sampai kering ayat english aku speaking aku kat sana .. karang aku pergi dictionary aku copy paste adjectives, mengagau plak baca ..
wah gitu ek .. thanx bro, walaupun aku dah buat semua tuh .. thanx !!!
syahira ariff ~ hehe .. bagus2 setia pada yang tersayang ..
Farra ~ betul2 .. yang latest ni pun Juliana Evans-wanna-be ngamuk2 marah Cik epal .. haha .. adui .. dah tipu nak mara2 plak ..
Ecah ~ mungkin kes terpencil ni .. heheheh
nabilah ~ hahah .. kalau yang satu ni tak sayang kita cam ne ... wuuu
say luv to nuff!
nasib baik tak letak iklan ni.keh3
@Tea Dah tanya dah .. =(
@Cik Aish Dah banyak luv sampai dah nak merajuk dah ...
@syarifahsidrus Uhuh .. dah letak .. nak wat cam ne kan .. uhuh
try search tips2 lain..insyaallah dpt nanti
Post a Comment