Kononnya Tips Cintan: Adakah kamu 'The Reacher' atau 'The Settler' ?

July 03, 2011 iPai 16 Comments

Salam



'The Reacher' dan 'The Settler' ni adalah term yang aku dengar daripada TV Series How I Met Your Mother. jadi aku cuma berminat nak kongsi pandangan je. Nanti korang tambah la apa yang patut.

Secara mudahnya, The Reacher ni adalah seseorang yang mencapai ke tahap yang lebih tinggi untuk setaraf pasangannya. Dan The Settler plak adalah seseorang yang merendahkan tahapnya supaya setaraf dengan pasangannya. Benda ni selalunya mudah dikelaskan dengan bentuk fizikal dan rupa paras. Sebagai contoh;

:takut:Jangan ada yang terasa plak


Ada sorang mamat ni cam tak hensem sangat, dan tengah jalan dengan makwe dia yang cun gila, putih melepak, gebu, tembam-tembam, dan macam model bagai.

Makwe - The settler

Pakwe - The reacher

:wargh:Gila tergugat aku pakwe tak hensem dapat makwe cun. Hahaha


Jadi, The reacher adalah si mamat tak hensem tuh kerana mendapat pasangan yang di luar tahapnya dan the settler adalah makwe dia yang merendahkan tahapnya. Bila dilihat secara rambang, kita mudah menyatakan yang mana satunya reacher dan yang mana satu settler.

:hehehe:Suka hati je nak kategorikan orang lain

Apa yang cuba diketengahkan pasal isu ini adalah berkenaan dengan perilaku yang ada dalam perhubungan reacher dan settler ini. Kalau kita ambil contoh pasangan yang sama;




Fenomena the reacher dan the settler ni akan menimbulkan situasi di atas. Korang boleh lihat si settler boleh demand macam-macam kerana kelebihan yang ada dalam dirinya. Manakala, si reacher ni akan tersepit dengan kemampuan yang ada dalam dirinya serta mengikut kehendak pasangannya.


Nak tak nak dia kena berusaha juga untuk memenuhi impian beg tangan itu.Si settler siap boleh ugut nak kahwin lain sebabnya dia cantik. Maka dirasakan dia boleh dapat sesiapa yang dia nak. Ala, macam lagu Rossa, Pudar tuh. Cuba hayati lirik dia jap;


Sepenggalan hati untuk bicara
Bagaimana kalau ku selingkuh saja
Ku punya banyak teman lelaki
Sepertinya ku kan bahagia
(Lagu Pudar - Rossa)


Isu ini juga tidak terhad pada situasi membeli barang seperti beg tangan juga, tapi ia boleh dilihat dalam pelbagai situasi mengikut intrepitasi si pemerhati, contoh macam situasi ...er.. isu apa ek, aku pun tak pasti. haha. Kadangkala orang lihat ia berat sebelah (seperti situasi di atas) tetapi ada juga dilihat sebagai kebahagian, di mana walaupun the settler ini 'dibuli' dia sangat bahagia dengan pembulian itu yang datang dari kekasihnya. Dan dia juga bahagia kerana kekasihnya dalam keadaan senang hati. Well setiap pasangan lain-lain kan.


Maka, kenalilah dan selidiklah perhubungan korang. Kalau korang rasa benda ni wujud, maka cuba bertanya adakah ia berpatutan atau tidak. Korang dapat memahami dengan baik jika masing-masing menyuarakan kehendak hati masing-masing dan dengan perbincangan ini korang boleh dapat win-win situation antara korang. Bukan niat mengubah ya, mengubah perlakuan itu lain, tetapi memahami. Ia lebih dalam daripada mengubah perlakuan begitu sahaja.


Daripada pandangan persendirian berhad aku, aku lebih suka the reacher dan the settler ini wujud dengan saling bergantungan. Maksudnya, dalam beberapa isu/bahagian, pasangan aku yang lebih dalam bab itu dan ada sebahagian benda, si dia akan bergantungan daripada aku. Jadi, aku sendiri pun malas nak cari wanita lain. Walaupun tiba-tiba ternampak wanita cantik, (tidak dinafikan) tergoda juga, tetapi bila kita sedar diri dan fikir elok-elok yang ada kat aku ni dah terbaik (InsyaALLAH kalau panjang jodohnya). Aku tak perlu gatal-gatal nak cari lain.


Kepada pasangan yang dah masuk kategori reacher dan settler, korang jangan terlalu risau k. Bukannya korang di ambang ancaman keruntuhan gitu. Korang hanya perlu uruskannya baik-baik dengan perbincangan. Kepada the reacher, korang jangan terlalu merasakan diri korang kerdil, kerana kalau dilihat dalam-dalam, korang ada banyak kelebihan daripada rupa paras korang. Jadi kualiti itu yang susah nak dapat dekat orang lain.



Kepada the the settler, korang janganlah membuli the reacher ni. Kelebihan korang tak patut diperlakukan sebegitu rupa. Walaupun korang ada banyak kelebihan cuba fikirkan kelemahan yang korang ada untuk diperbaiki.


:bye:Sampai di sini saja. Aku bukan pakar-pakar dalam bidang ni. Nak lagi pakar baca blog Terfaktab tuh.

16 comments:

sweetpearl24 said...

huyyooh!
abg ipai ni dah jd dokter chenta lah!
bagus2..
nnt nk tips boleh la jumpa dokter ipai, haha =D

Unknown said...

perghhhhhh. eyfa baru tahu ipai part time keja jd dr. love. ahahhahaa. caya lah!

Unknown said...

dah memang musim. laki handsome awek plak muka sememeh je. bila laki muka pecah rumah awek cun2 je.

Gen said...

first time dengar pasal the settler n the reacher ni. :]

iPai said...

Wani ~ takde laa terer sangat tp tips sikit2 boleh laa

iPai said...

eyfa ~ wah takde part time ye ...


yang part musim tuh no komen .. sebab mata masing2 lain2 kan ..

iPai said...

liyanalala ~ orait... yang mane betul tuh amik laa, yang tak betul jgn baca .. heheh

Suhazli said...

camne nak komen ek?ermm bagi hez la..tak patot the settler tak payah la nak demand sgt dengan the reacher tu.. tau la reacher tu cmne tp sedar sikit ade gak orang yang nakkan settler tu..ape pun hez setuju dengan konsep win-win tu..

iPai said...

Suhazli ~ betulkan kalau win-win situation adalah yang terbaik ..

Suhazli said...

ermm tak semua pulak nak buat macam tu..senang cite hal cinta ni susah nak di bahaskan la..

hoho...xpernah terfikir pulak fenomena macam ni kan. hehe...gud idea...mish nak jadi the settler la. mcm innocent je kan. haaha. boleh pulak pilih2..aiya..

iPai said...

Suhazli ~ betul2 ... kita kene sesuaikan ikut situasi masing2 ...

iPai said...

najihah ~ boleh je pilih2 .. hehe .. tp jadilaa settler yang baik ..

iPai said...

Tea ~ yup2 .. berlaku ek ?

maksudnya, walaupun dia merendahkan tahapnya dia still boleh demand2 gitu .. haa .. cenggitu r ..

iPai said...

Tea ~ kalau berlaku . jgn bagi ia jadi over sgt dah le .. uhuh

TecerWidad said...

Ini bukan yang dalam How I Met Your Mother ka?