Passion dan konflik degan ibu bapa
Salam Senyum boleh mengubat hati yang lara. Senyum ok =)
Dengan menggunakan Google Translate, passion boleh diertikan sebagai keghairahan. Haa, jangan ada pulak yang salah ertikan dengan ghairah benda lain plak. Keghairahan yang hendak dimaksudkan di sini adalah kesukaan kita dalam membuat sesuatu. Bagus sifat ni !! Sebab bayangkan semua orang ghairah nak belajar macam diorang ghairah blog, kita akan dengan sendirinya membaca dan mencari ilmu yang berkaitan dengannya tanpa mengenal erti jemu. Sampaikan boleh sampai lupa makan, dan buat-buat lupa nak tidur malam.
Macam ada sorang blogger ni, nama dia Achik. Sekarang kan dia sangat keghairahan dalam membuat banner. Sekarang ni dah dua orang dapat banner free daripada dia. Haa, nak tahu sape ? Hee, kena laa terjah sini untuk tahu. Indahnya keghairahan ini, kita dapat praktikkan apa yang kita belajar untuk diaplikasikan. Macam kita mula-mula belajar makan suap sendiri. Bila kita mula pandai suap sendiri, mesti kita nak praktikkan sampai berterabur nasi tuh sekeliling kan ?
Dan kadang-kadang keghairahan ini tak selari dengan kehendak ibu bapa kita sehingga menimbulkan konflik. Kita mengimpikan cita-cita A. Tetapi ibu atau ayah atau keduanya sekali tidak begitu setuju dengan kemahuan kita. Dan ketika itu Syafiqah mula keliru dan sukar untuk membuat keputusan.
Keliru kerana mempercayai bahawa restu ibu bapa itu penting. Keliru kerana tanpa keghairahan takut tak terbawa. Keliru jika salah membuat perhitungan, kelak masa hadapan yang menjadi taruhan. Namun sebaiknya, merujuklah dan kembalikanlah masalah itu kepada Yang Maha Besar supaya ditunjukkan jalan yang terbaik Moga segalanya akan dipermudahkan. All the best Syafiqah.
20 comments:
betul2... tapi nasib baik dalam pembelajaran family tak masuk campur, tak kesah nak ghairah amek kos apa pon (^_^)V
heheee ... tq! bertambahlah keghairahan nak buat banner! :)
keliru yg sukar ni....
eee....geramnye tegok baby tuh...
takmo bangkang ibu bapa...
THANK YOU SO SO SO SO SO MUCH MUCH MUCH MUCH MUCHHHH IPAAAIIII! *terserlah tak keghairahan ni?* :P
IPAIII, NAK SHARE KAT FB TAU TAU! THANK YOUUUUUUUUUU! :) :) :) :D :D
saya ghairah membuat header waalaupun tak cantik. haha boleh tak ayat tu?
tiyah ghairah edit gambaq..sampai jahanam gambaq yg di edit..i love to explore the sofware..:)
rasa best kalo dh ghairah membuat sesuatu hehe cthnya, kalo dh ghairah editing templete blog, smpai suka nk tlg buatkn kwn2 punya templete hehe blh kan?
@Miz Novexx
hee .. kalau macam tuh bagus laa .. janji miss novex berjaya, itu yang mereka lihat !!! all the best Miss Novex
@Acik
wah bagus laa cam tuh .. cuba Achik guna teknik lain plak ..
@lala shaheila
tu laa .. serba salah juga .. so, apa2 pun masa buat keputusan, buatlah yang terbaik ..
@alif ismail
heee .. geram je ... jangan tercium skrin monitor plak .. heheh
@Pencacai Alim
haa, tu salah satu option juga .. harapkan yang terbaik saja laah ..
@Nur Syafiqah Md Takiyudin
cam ne nak add ?
@Cik Aish
haha .. boleh2 .. mantap kot .. siap buat tutorial lagi ..
@nurathirahkaman
wah ini bagus .. kalau belajar dalam kelas, dah boleh cepat tangkap dah .. sebab dah explore .. try cari seorang yg pandai ..ajar sikit konfirm paham ..
@[sutera kasih]
SK punya ghairah ni pun menarik juga .. hehe .. bagus juga kan kalau gitu .. menolong ..
@Tea
uhuh .. baru cakap benda yang sama kat SK .. we think alike .. r we twins ? heheh
@Tea
yup .. semuanyya depend pada keputusan pada waktu itu .. uhuh
Post a Comment