Lagi info tambahan pasal Harry Potter and the Deathly Hallow Part 2

July 19, 2011 iPai 35 Comments

Salam

 Buku novel Harry Potter yang terakhir

Hari Ahad yang lepas aku pergi ke Jusco Seremban 2 untuk menonton movie Harry Potter and the Deathly Hallow Part 2 ni bersama BFF sekelian. Sebelum ni aku ada cerita pasal Lord Voldemort tuh dan kenapa dia nak sangat bunuh Harry Potter. Jadi bagi sesiapa nak baca pasal sejarah Lord Voldemort, boleh laa pergi baca ye.


Pada pendapat peribadi aku, Part 2 ni memang lagi best kerana banyak aksi dan konflik cerita mencapai klimaks. Walaupun movie ini tidak cukup menggambarkan segalanya dalam buku, atleast paling kurang kita boleh tengok movie ni. Aemy kata siap nak hantar surat kat J.K Rowling supaya lanjutkan lagi cerita Harry Potter ni.


Info tambahan yang aku nak letak ni adalah untuk bagi menguatkan fakta yang ada dalam movie tuh. Aku tak pasti sama ada pemahaman yang hanya bergantung kepada movie ni sahaja sudah cukup, sebab aku rasa apa yang diterangkan dalam movie pun dah cukup senang difahami.



Wand (Kayu sakti)
Pada permulaan cerita, Harry Potter ada jumpa seorang pak cik tua (aku tak ingat sapa nama dia). Pak cik tua ni merupakan orang yang mebuat wand semua orang yang ada dalam dunia magik dan dia tahu setiap sorang pemilik wand. Ini kerana, wand ni hanya unik kepada tuan dia seorang sahaja. Dan bila orang lain guna, magik yang dikeluarkan tidak sekuat seperti wand yang asal. Wand ini juga boleh bertukar tuan, iaitu, bila seseorang kalah dalam pertarungan atau wandnya dirampas, wand itu akan berpihak kepada tuan yang menang. Kira cam wand ni hidup juga laa, sebab boleh patuh, tak patuh.

Jeng jeng jeng. Ini dia Draco Malfoy

Sebab itu, wand yang Lord Voldemort guna telah retak (The elderly wand - wand yang paling terkuat: ini pon ada kisah dia ni. Tapi kalau explain, karang panjang pulak. Hahah). Kerana wand itu adalah milik Draco Malfoy, yang telah membunuh Albus Dumbledore. Dalam movie part 2 ni, Harry Potter telah pon mengalahkan Draco Malfoy, dan ini membuatkan elderly wand itu hak milik Harry Potter. Lord Voldemort sendiri tertipu dengan Snape atas rancangan pembunuhan Albus Dumbledore, yang dirancang oleh Snape dan Albus Dumbledore sendiri. Yup, Albus Dumbledore, rancang pembunuhan diri sendiri ok. Demi nak konfiuskan Lord Voldemort.

 Albus Dumbledore


Aku bukannya tak suka movie tuh, tapi bila ada perubahan kita rasa macam 'kenapa perlu ubah scence yang senang tuh'. Sebab scence dia tak complicated. Aku pulak, takde laa sampai aku mengamuk scence tuh nak berubah kan. Jadi layan je laa ye. Er, jangan anggap aku macam fanatik gila. Aku biasa-biasa je ok. Tambahan, last time aku baca buku ni adalah 3 tahun lepas, jadi aku tak ingat banyak detail dan mungkin ada juga yang aku silap.


Snape
Saat kematian Snape
Bagi aku saat dia mati ni sangat penting. Sebab sepanjang masa dalam cerita Harry Potter ni, Snape ni sangat laa jahat (Aku pun benci watak ni. Haha). Tetapi di akhir cerita, dibongkarkan apa yang direncanakan oleh Snape walaupun dia selalu buli Harry Potter (part ni pon ada kisahnya).

Kalau dalam movie, korang akan lihat Harry Potter disuruh untuk mengambil air mata Snape yang mengandungi memori dari Snape muda sampai dia tua. Tapi yang sebenarnya adalah memori itu berbentuk sesuatu yang berwarna perak biru yang terapung, bukan cecair dan bukan juga gas. Kalau dalam movie sebelum ini, diorang ada tampilkan memory tuh macam rambut putih terbang. Dan Snape sebenarnya dah tak leh nak cakap apa, kecuali suruh amik benda memory tuh. "Take it, Take it"

Ni laa bentuk memori yang betul. Bukan air mata.




 Yang kiri ni yang digunakan dalam movie sebelum ini (seperti yang aku gambarkan) dan yang kanan tuh dalam movie terakhir. Pakai yang sebelum ni kan lagi lawa. Hik3


The stone Pensieve
Masa nak gunakan memory tuh pon diubah juga. Sebab basin yang dicurahkan memory tuh, memang bersama dengan batu besar di tepi. Jadi macam pelik laa plak bila dia tolak satu piring besar, dan piring tuh terbang ke tengah-tengah bilik. Heheh. Ada perbezaan di situ. Tapi takpe, aku cool je. Cuma aku hairan sikit r.

Setakat ni sampai di sini saja. takut panjang sangat, tak terbaca plak.

P/S: Apa kata korang tanya benda-benda yang menjadi tanya korang dalam movie ni. Kira aku open question requestlaa kiranya. Kalau ada, aku jawab ok, kalau takda tak da laa. hehe

Update: Review best perbezaan buku dengan movie oleh Azie

35 comments:

ct N honey said...

dah lama tak tgk wayang

Unknown said...

Nama wand-maker tu Ollivander.
Baru perasan pasal pensieve tuh. yg part 2 tu gune piring mayb sbb Snape dah amek alih jd pengetua kot atau pengarah dier x same..XD

An_Sam said...

HP terbaeklah..hee.touching lah part snape mati and time flasback kisah dia + lily XD

p/s : bagus jugak kalau hantar surat kat JK Rowling suruh sambung cerita..HAHA

Unknown said...

hahaa terbaik ipai siap beri penerangan tentang peranan dan watak siap jalan cerita..bro terlewat nak tengok movie dia..sedihh

ogies said...

lom tgok HP last nih.. huhu

Anonymous said...

sedihhh.. babak snape tu patut lebih detail and sedih. aku marah aku marahhh dgn david yates.

hahahahah

Kak Amy said...

Huwaaa dah lame x tengok wayang sejak berpindah ke kelantan huhuhu..

p/s: salam kenal saya follow blog nie.jemput ke blog saya

Unknown said...

tau x kt mana nk donlod smua movie harry potter ni??

yeah! awk cite lg psl hp nie!

Mr.Superman said...

ni lg bt dada aku sesak nk p panggung tgk cte ni.


ada gk yg menggigau mlm ni..

syuxer said...

hahah ko neh memang hebat bagi kritikan yang membina..:)..kalau aku men redah je tonton..kalau best, aku cakp best je..kritik xde, coz aku xde bakat nak kritik membina heheh

emarieys said...

kempunan nak tgk wayang...skrg ada anak kecik susahlah sikit

Qaseh Dalia said...

tggu kuar dlm tb hahahaks.. xde paggung wayang T_T

Gary Asip said...

perghh!! aq nak sangat tengok ni.. x taw la bila nak pegi~.. T__T

Hanys Najib said...

aku tak brape tgk sangat HP ni, tapi memandangkan ghamaaaai benaaau yang komen BEST, TERpaksa lah tgk lps ni..nasib bek NUFF bg tket free..ekekeke~ ;p

Alif Haris said...

minat harry potter ye bro .. hehe .. aku kureng .. huhu

tak tgk lagi huhu
smua kata best kan..

iPai said...

@ct N honey
jom tgk jom ... heee

iPai said...

@azie5ouh!8
owh ollivander .. heheh .. snape tukar baru ek .. uhuh

iPai said...

@Tea
tengok saja2 pon ok .. best woo

iPai said...

@anah samsudin
a ah kan .. part tuh memang sedih sgt .. tp dalam buku lagi menyayat hati laa ..

iPai said...

@Bro ahmad
sempat lg ni .. nanti tgk r .. uhuhuh

iPai said...

@ogies
nanti ajak wani tgk .. uhuhuh

iPai said...

@ladysheqa
hehe .. memang sedeh .. tp benda tuh flash back je kan .. tak best sgt ..

iPai said...

@Amy Syaquena
nanti turun ke terengganu tgk .. heheh ..

nanti saya datang k ..

iPai said...

@eQuRlz
alamak .. tak tau plak .. sori ..

iPai said...

@Nurul Ashikin
hee .. cite skit je .. tak details pon ..

iPai said...

@Abang Stalker
eh kenapa plak ?

iPai said...

@Syuxer
hehe .. ye ke .. adeh .. rasa cam aku kritik over plak .. uhuh

iPai said...

@MamaEma
a ah ek .. bila ada anak kecil dah susah nak pg ek ..

iPai said...

@Qaseh dalia adelia
cuba cik qaseh merantau ke negeri sebelah .. heheh

iPai said...

@GaRy™
nanti g r .. uhuh .. tgk2 ..

iPai said...

@h A n Y S
weewwwiiiit .. dapat tiket free tuh ...

iPai said...

@alif haris
kira minat laa juga .. uhuh

iPai said...

@[sutera kasih]
yup2 .. ramai kate best .. uhuhu