Mari berkenalan dengan Lord Voldemort

July 12, 2011 iPai 51 Comments

Salam

Mulai Rabu malam, akan bermulalah tanyangan terakhir bagi siri Harry Potter dan kawan-kawannya. Jadi ini mungkin merupakan satu tanyangan yang direbut kerana lepas ni dah takda dah cerita Harry Potter. J.K Rowling (penulis novel) pun dah boleh rilex-rilex tak pun fikir nak buat novel baru kan. Jadi post kali ini aku nak share info pasal Lord Voldemort, atau dalam movie diorang akan sebut Orang-yang-tak-boleh-sebut-nama-tuh. Haa, nak tahu kenapa diorang tak nak sebut ? Sebab diorang takut sangat, kot-kot sebut, terus Lord Voldemort ni menjelma depan diorang.


Info yang aku nak kongsikan ini adalah info yang aku dapat masa aku baca Harry Potter and the Deathly Hollow dalam satu chapter di mana Harry Potter dapat melihat kisah silam Lord Voldemort ni dan memahami kenapa Lord Voldemort ni jahat bebenor. Jadi aku share kat sini yang mana aku ingat supaya, korang takde laa cengang sangat tengok cerita ni nanti. Perhatian ye, ni bukan spoiler alert, cuma info yang korang kena tahu. Sebab tak semua benda dalam novel boleh direalisasikan dalam bentuk tanyangan.


Lord Voldemort, ahli sihir gelap yang hebat nak mampos ni sebenarnya manusia juga dan nama asal dia adalah Tom Marvolo Riddle. Dia ni anak kelahiran 'half-blood wizard' yang bermaksud ahli sihir iaitu separuh manusia (Muggle)- ayah dia, Tom Riddle dan ahli sihir- mak dia Merope Gaunt. 


Dulu, mak Voldemort ni syok kat ayah dia. jadi dia gunakan ubat cinta (love potion) supaya ayah dia jatuh hati kat mak dia. Tapi bila mak dia mengandung, love potion mak dia pun habis dan kesan kepada ayah dia hilang. Sampai ayah dia hairan nape laa dia kawin dengan Merope Gaunt, lalu ditinggalnya mak yang mengandungkan Voldemort itu. Lagi bertambah malang, mak Voldemort mati semasa melahirkan Voldemort dan dia ditempatkan di rumah anak yatim. Di rumah anak yatim ini dia selalu dibuli dan disebabkan inilah Voldemort sangat bencikan bapak dia, Muggle (manusia) dan half-blood wizard (ahli sihir separuh) - Padahal diri sendiri half bloodkan. Dan inilah sebab terkuat dia jadi jahat gila nak mampos tuh.


Pada ketika dia dijemput untuk menyertai Sekolah Magik dan Ahli Sihir Hogwarts (Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry) dia dimasukkan dalam Slytherin House. Kalau kita ni ada rumah Biru, Merah, Kuning dan Hijau, diorang ada rumah Gryffindor, Slytherin, Ravenclaw dan Hufflepuff. Menariknya dia dapat masuk Slytherin ni, sebab dia dapat tahu salah-silah keluarganya melalui rumah sukan dia. Kerana dia merupakan keturunan terakhir bagi susur galur Slytherin. Sebab itu dia ni boleh cakap dengan ular - bahasa Parseltounge.


Kebiasaanya half-blood wizard ni merupakan orang sangat rajin dan pandai. Jadi pada zaman remaja Voldemort ni dia sangat terkenal di kalangan guru dan rakan-rakannya. Pandainya dia ni sampai di dapat belajar Dark Art, sihir hitam yang mendorong dia ke arah menguasai dunia. Ramai yang tak tahu dia ni nak jadi jahat, sebab dia ni baik, pandai dan hensem (bab hensem ni, bukan aku pernah jumpa ok. Buku yang tulis). 


Selepas tamat belajar dan Voldemort ni menghilangkan diri dan mempraktikkan segala Dark Art yang dia belajar di sekolah secara diam-diam itu.  Antara sihir jahat yang diamalkan adalah memecahkan nyawa dia kepada 7 bahagian yang dipanggil sebagai Horcrux. Kenapa dia buat ? Sebab nak hidup lama dan kesan sampingan sihir ini, Voldemort jadi lagi bertambah kejam. 7 Horcrux tuh adalah ;

  • Marvolo Gaunt's Ring - Cincin moyang Voldemort. Dapat daripada bapak Voldemort dengan membunuh bapaknya sendiri. Albus Dumbledore yang musnahkan ia.
  • Tom Riddle's Diary - Boleh tengok dalam Harry Potter and The Chamber of Secret. Ada diari yang boleh tulis sendiri. Sudah dihancurkan.
  • Helga Hufflepuff's Cup - Kat dalam buku terakhir ada cerita. Tak tau laa keluar ke tak nanti. 
  • Salazar Slytherin's Locket - Ni loket kepunyaan mak Voldemort. Korang leh tengok Deathly Hallow Part 1, masa Ron nak musnahkan benda ni 
  • Rowena Ravenclaw's Diadem - erk, tak tau explen apa. tak ingat. Tapi musnah juga nanti 
  • Nagini - ulau (ular) besau yang selalu duk dekat-dekat dengan Voldemort 
  • Harry Potter - Secara tidak sengaja. Masa Voldemort cuba bunuh Harry Potter masa kecil

Kemudian Voldemort mengumpul pengaruh yang dipanggil Death Eater. Melalui Death Eater ni, dia telah menyebarkan ideologi membenci half blood dan Muggle, dan kekuasaan dunia merupakan matlamat tertinggi mereka semua. Death Eater ni pun tak tahu Voldemort ni half blood tau. Punya lama diorang ni membunuh sana sini akhirnya Voldemort ni berjaya kuasai dunia magik. Sehinggalah pada satu hari, Voldemort dapat tahu mengenai ramalan hidup masa depan dia. Voldemort ni pun satu tak selidik habis, dia dapat tahu terus cari dan bunuh.


Time tuh, Harry Potter baby lagi. Mak bapak harry Potter ni merupakan agen underground yang menentang Voldemort. Masa Harry Potter hendak dibunuh, mak Harry Potter telah meletak 'sihir kasih sayang ibu' (aku tak hengat nama dia apa), ke atas Harry Potter. Dan apabila Voldemort nak membunuh Harry Potter tuh, sihir Avada Kedavra (sihir tembak konfirm mati) ni melantun balik kepada Voldemort dan Voldemort pun hilang.


Voldemort sebenarnya tak mati, kerana nyawa dia ada tujuh kan ? Jadi dia dapat dijasadkan semula pada Harry Potter aynd The Goblet Of Fire. Disebabkan kejadian itulah Harry Potter ada tanda kilat kat dahi dia, dan segala kelebihan Voldemort, Harry Potter pun dapat juga, contoh Harry Potter boleh cakap dengan ular juga macam Voldemort.

Maka bermula dari situlah siri Harry Potter ini bermula. Bermulah kisah Harry Potter (buku dulu sampai buku terakhir) dari kecik sampai dia nak bunuh Voldemort dalam filem terakhir ni. Agak-agak Harry Potter berjaya bunuh tak ? 
Panjang juga aku taip benda ni ek ?

Bantuan sumber: Tom Riddle dan Wikipedia, Magical Objects

P/S: Kalau ada yang tersilap tolong bagitahu ek

51 comments:

senyumSOYA said...

huhu..ni mmg peminat tegar ni.. tapi kan.. novel lagi best dri filem~ lalallaal~

Unknown said...

baru paham pasal voldemort ni.. kalau tgk movie comfirm x phm..

me suya said...

ehehe kannnnn... Suya pun dah baca buku2 ni semua.. siap beli buat koleksi.. muahahaha.. :)

rsenye sbb knape mak die dh tak gne love potion mungkin kerane die dh penat disayangi disebabkan love potion..huhu..

diadem tuh mcm tiara xsilap..

see ya on sunday!!

Acik said...

heheeee .. memang panjang citer ni! mesti harry p dapat bunuh org jahat tuh. harry kan hero! :)

Qaseh Dalia said...

terkejut tgk pic tu ...ngigau tak malam neh

Unknown said...

ipai..hidung dia unik la..kenapa jadi macam tu hidung dia? hmmm

ala xlayan harry potter la. pirate of carribean je layan. kui2 XD

Azwa Mohamad said...

baru tahu.... heheh, kalo tengok movie tak paham tapi nak baca buku dia malas pulak sebab tebal sangat, setiap kali baca rasa mengantuk terus (^_^)V

Pamie said...

hahahaha..best best best!!

aku pun bace habis novel harry potter ni, sume pinjam..novel last je ak beli..ngeh3..


Aku Anak Labuan

Tea Dno said...

xpenah btol2 fokus kt harry potter ni. pelik x? >.<

myzziema said...

wohoo orang yang tak baca novel harry potter memang takkan paham cerita ni. tapi saya dah khatam buku2 harry potter. punyalah minat kan. novel harry potter je yang saya boleh habiskan dalam masa 2,3 hari. novel cinta sorry tak minat. haha. tapi novel2 dia tak semua saya baca. selama ni baca pun pinjam orang T__T

Unknown said...

cuak gile tgok muke dy ehehhe

giler memang terbbaik r..buku Harry Potter neh aku sempat baca sampai half blood price ja..lepas tuh KOPAK duit aku membelinya lagi...insaf sat dengan Harry Potter neh...huhuhuhu...

Aieda Adnan said...

oho..aku fan movie harry potter, tp xtau sgt psl history voldemort ni..haha

SAYA TAK TENGOK HARRY POTTER! YEAY! :p

tp yang last ni nk gi tgok. bedal je la. :P

sheqa said...

don't worry, semua hocrux die tunjuk..
yg paling best, ada satu hocrux sebelum dmusnahkan ada scene ron kiss hermione [which is xde dlm novel]..

haha can't waittt

fuhh agak panjang jgk tp seronok baca sbb sblm ni xpenah ambk tau pun watak voldemort tu heehe

uuu. harry porter terbaek!! ^^

dia mesti kuat korek idung kan
smpai musnah idung dia

Unknown said...

harry potter fan eaa??

aemynadira said...

Huhu mcm x pecaya pula HP would come to the end...sedih..huhu..
Skrg dia tgh hunt 3 horcrux lg kan..masa tu la dia battle ngan Harry..& Harry akan mati..huhu...

iPai said...

@senyumSOYA
hehhe .. novel memang the best r ..

iPai said...

@lala shaheila
tuh laa .. takut tak tunjuk .. nanti orang tak tahu kenapa ..

iPai said...

@me suya
Kita ada 2 buku yang terakhir je .. heheh

iPai said...

@fatheyn
malam ni stat !! wuhuuu

iPai said...

@Izyan Nazihah Nor Azman
owh tiara ekh .. heheh .. aku tak tau .. hehehe

yup2 .. jumpa ahad ni nanti !!!

iPai said...

@Acik
Hehe.. terer laa Achik .. achik dah tengok kot cerita ni .. ayok ..

iPai said...

@Qaseh dalia adelia
hehe .. jangan terkejut .. nanti dia datang .. rilex, cool je .. hehe .. dia tuh kurang kasih sayang je

iPai said...

@Bro ahmad
hahah .. unik ek ? aku tak pasti plak .. tapi aku rasa laa, hidung dia jadi cam tuh sebab proses horcrux tuh .. uhuhu

iPai said...

@syazwan aizad bin abdul mutalib
aku plak kureng sikit kat pirates .. movie baru pon tak tengok lagi .. wakaka ..

iPai said...

@Miz Novexx
hee .. oklaa .. kalau dah baca yang ini kira ok dah ..

iPai said...

@pamie
pinjam pun takpe .. janji yang dalam tuh terus terpahat di minda .. cewah ..

iPai said...

@Tea
Hehe .. Maybe Tea tak minat kot ..

iPai said...

@.m y z.
wah 2,3 hari je .. laju ye baca .. dasat ok ..

iPai said...

@EZAN IDMA
eh napa ramai yang takut tgk muka dia yek ?

iPai said...

@nurathirahkaman
saya pun beli 2 buku terakhir je .. heheh ..

iPai said...

@Anak Pak Muin
uhuh .. follow gitu pun ok .. movie pun memang best .. tgk laa, harry potter dr kecik sampai besar sudah ..

iPai said...

@Nur Syafiqah Md Takiyudin
mari redah je tengok cerita ni .. hehehe

iPai said...

@sheqa
ni dia, die hard fan HP sebenar .. siap dah baca review movie lg .. heheh

iPai said...

@[sutera kasih]
tu laa .. masa taip tak sedar pun panjang .. tapi kalau tak taip, nanti tertinggal kira tak best juga ..

iPai said...

@adeeb khairudin
owh yeah .. memang terbaik laa !!!

iPai said...

@syahira ariff
heheh .. kesian dia syira cakap macam tuh kan ..

iPai said...

@syahira ariff
heheh .. kesian dia syira cakap macam tuh kan ..

iPai said...

@azie5ouh!8
nak kata peminat tuh tak laa, tapi tahu daripada pembacaan ..

iPai said...

@Aemy Shamy
eh mati ke ? hemm .. dia kene ^%$((*)*&^%$ ..

haa tu la pasal ..

huaa~ bgus la entry nie. bru fhm sikit2 cite harry potter ni. dh la tak bca novel yer. pastu tgk mvie jer. cam fhm tak fhm je nengok mvie.

yang tak fhm yer, nape voldemort nak bnuh harry potter. hehehe

iPai said...

@Nurul Ashikin
nantikan, ashikin cerita laa kat kawan2 pasal kenapa Voldemort nak bunuh Harry Potter tuh ..

eqa tgk cter lu..bru bce novels.. lepas 2 da adicted ngun novel dye.. sbb lg detail
:)

Aimifiqa said...

voldermort yg jahat~ hihi. padehal tak abis lg tgk cite harry potter ni, tsangkut yg part mne ntah, tak ingat juga

Anonymous said...

Tak ngerti kau ngomong apa,,tp bolehlah HARRY POTTER is the best :*