Pandai pergi pasar salah satu ciri lelaki idaman ?

July 08, 2011 iPai 46 Comments

Salam



Pertamanya tajuk memang tak boleh blah. Haha. Pokoknya aku nak bagitahu bahawa aku tak pandai beli barang di pasar pagi/basah yang diperlukan untuk memasak. Mungkin ada sesetengah pihak mengatakan benda itu tak perlu kerana kaum wanita yang memasak: Tukang masak mesti tahu apa yang nak beli, maka serahlah saja pada dia. Tetapi kan lebih memudahkan kalau lelaki juga tahu bahan-bahan apa yang patut dibeli. Jadi mungkin pada suatu masa nanti membantu.


Walaupun aku berada di rumah menunggu masa untuk kerja, sedikit pun tak tergerak nak pergi ke pasar nak belajar pasal bahan-bahan basah ni. Mungkin hanya kerana malu. Malu nak belajar kerana aku ini lelaki nak datang ke kedai. Jadinya, belajar kat pasaraya Giant, Senawang dan lihat pada label yang disediakan pun boleh;

"Oh ini ke bentuknya ikan bilis. Kecil-kecil je. Ingatkan ikan sembilang"


Antara kategori yang perlu aku tahu;

Kategori #1 Nama ikan
Benda yang kena tahu ni. Nama ikan dan jenis ikan samada ikan sungai atau ikan laut. Aku tahu yang aku suka je. Ikan bawal, ikan pari, ikan siakap, ikan parang, ikan keli (tahu tapi tak suka). Er, itu je kot. Haha.



Kategori #2 Nama sayur
Ok, yang tahu banyak juga kot. Tapi masih sikit. Tomato, kobis, kentang, lobak, bawang putih, bawang merah, (aku tak tahu bezakan kunyit dengan halia), timun, bayam.

Coselow tuh dikira jenis sayur tak ? 
Kelapa pun sayur kah ? 
Beras tuh sayur juga kan ?


Bukan hanya sayur sahaja, buah-buahan pun kena tahu juga. Tapi selalunya buah-buahan tak menjadi masalah ek ?


Kategori #3: Bahan dapur
Untuk kategori ni, kita kena tahu gula, garam, lada hitam, planta, kicap dan .... Hum ok yang itu je kot aku tahu. Walaupun aku perasan dalam rancangan memasak tuh ada lagi banyak balang-balangnya. Cuma aku nak tanya laa;

Brown sugar dan white sugar ada bezakah ?
Garam dan Ajinamoto tuh bezakah ?
Planta dan butter tuh samakah ?
Kicap ada 2 jenis kan, kicap manis dan kicap masin ?


Kategori #4: Err..

Ok, aku tak tahu apa yang aku perlu tahu. Ada sesiapa nak bagitahu ?


P/S: Hari ni aku pergi berjalan-jalan kat Melaka. Sorry ek tak dapat balas kunjungan. Nanti aku balas.

46 comments:

Tea Dno said...

lelaki perlu belajar beli bahan masak kat pasar. perlu perlu. tp lagi perlu kalau seseorang perempuan tu lagi tahu. kalau xtahu. aiseh susah.

Tea Dno said...

eh eh. dia tau ikan yg dia suka je ek. ipai, beras bukan sayur. adess. haha. :P

senyumSOYA said...

kicap cai kicap pekat..
soso tiram.. kunyit kaler dia kuning halia tu putih2 sket..
lengkuas lain plak.. macam halia tapi kulit di kedut2 banyak..heheh

Tea Dno said...

org biasanya mmg slalu konfius kunyit halia lengkuas. hohohh.

hikhikhik...kena belajar bnyak lagi neh..:) walaupun lelaki kena la jugak belajaq masak..jangan nanti da kawin dok kata kat isteri "pantang keturunan abang masok dapoq"..

Tea Dno said...

brown sugar lebih sihat sebab rasa manis dia tu kurang sket. ajinomoto penambah perisa. guna banyak boleh botak kepala. butter kena simpan dalam fridge kalau tak cair.


kicap tu, well done. betol lah tu. kehkeh.

Tea Dno said...

nak ikut ke melaka boleh?

err, kalau jenis daging pulak, tau tak? hihihi.

Unknown said...

hik2..dun worry,kita satu geng naufal. Aku pun tak reti sangat nak pergi pasar,terutamana bab nak kenal jenis2 ikan. dah cuti panjang ni baru dok berjinak-jinak ke pasar.

me suya said...

Ipai, Suya tak suka g pasar.SO mmg kena cr org yg suka dan tahu nak beli ape kat pasar.. NAsib baik si gannu tu selalu tolong mak die g pasar.. hahaha dan die lagi expert dr suya pasal nama ikan.. Muahaha nasib baik I know how to cook

yeah para lelaki harus alert semua benda yg ada di pasar ituuu!

tapi...arisha pun sering jugak tertukar nama ikan...that's means i've to get alert more and more...haha.

Cik Pelangi said...

yezzaa~ laki pndai g pasar ni..mmg charming! tipo! xsmp la tahap charming. tp value added la! but anyway, kalau xtau, n ade keinginan nk tau n bljar, itu pon da bgus. gud2, keep it up!

aemynadira said...

Kira adil la kan isteri masak, suami beli bahan2..kan? Sy pun kira mau buat rule mcm tu bila kawin nanti, lgpun sy x suka masuk pasar ikan..bauuuu..bukannya x tau jenis2 ikan..hehe :p

Kena pandai pilih bawang, kentang, sayur, yang cantik-cantik. Yang elok-elok. Haaaa, cili kering tau tak yang mana? Hehehe. :P

nabilah_2908 said...

err..bab garam..planta tu...ada jual ke kat pasar basah..? :)

perlu tau sayur dgn ikan je la kot...

sy suka lagi beli kat supermarket...ada nama ikan...siap dgn harga..bersih pun yer gak...huhu...

Hans Hanis said...

yeyeyeyey
aku kira jejaka idaman la
pandai pergi beli barang dekat pasar
yeyeyeyeye

Racun Serangga Terbaru - Hansect

Ira Bulat said...

kena la pandai ipai. nanti kalau dah kawin, buatnya wife tak sihat ke, xkna nak makan luar je kan. lagi-lagi pulak kalau wife tgh pregnant, mengidam suruh hang yang masak apa-apa. tak ke gelabah nnti? atleast taw beli brg2 dapur pun dah sweet taw~

Unknown said...

bestnyer dpt suami pandai masak n pegi pasar..hihi

Unknown said...

ada baca entri blogger..lelaki pandai masak lelaki macho..kalau dah pandai masak mesti tau beli bahan masakan..kalau lelaki tak tau masak tu susah tu..suruh isteri masak ini tapi bahan beli lain xixixi
salam kenal bro
newbie nih

haha. laki kalau tau segala tu memang terbaik la..erk, beras bukan kira bijirin ke? huhu

nana said...

lagi best kalau lelaki tu pandai g pasa, pandai masak, pandai kemas umah, pandai iron bju.. haha.. eh eh da semua lelaki pandai, apo kojo bini??

lelaki malu pergi ke pasar...

tapi..

bila da kawen nanti..

malu itu akan hilang... cayalah...

hahaha klo zul mak soh pg...zul serah jer list kt peniaga tu..nk cri sndiri xkenal...benda2 alah tu

Unknown said...

haha aku suka kot lelaki mcm ni..sbb nampak sgt sweett..erk.hahha

iPai said...

@Tea
hehe .. takut nanti suami yang jadi suri rumah ek .. heheh

iPai said...

@Tea
ops .. baru tahu plak .. kah3 ..

iPai said...

@senyumSOYA
wah bagus ye SOYA ni .. mesti rajin tolong mak kat dapur ni .. bagusnya ..

iPai said...

@senyumSOYA
wah bagus ye SOYA ni .. mesti rajin tolong mak kat dapur ni .. bagusnya ..

iPai said...

@nurathirahkaman
tolong suami isteri kan sweet .. auw sweet .. hehe

iPai said...

@Tea
Kalau jenis daging, er ikut nama binatang je laa kan ? hehehe ..

wah, patut laa aku botak .. ajinamoto sebenarnya

Tea pergi Cameron, cam ne nak ikut ..

iPai said...

@Tea
Kalau jenis daging, er ikut nama binatang je laa kan ? hehehe ..

wah, patut laa aku botak .. ajinamoto sebenarnya

Tea pergi Cameron, cam ne nak ikut ..

iPai said...

@AkuTaip
wah, atleast ko dah stat pergi pasar .. aku ntah bila2 nak stat ntah ..

iPai said...

@me suya
wah, menariknya .. atleast ada sudut pandangan yang berbeza dalam komen ni .. Tererlaa Gannu cam tuh .. gila ah

iPai said...

@Rtp Farra Arisha
hehe .. sama2 laa kita belajar .. dulu pun rasa semua ikan sama rupa .. macam kembar je .. =P

iPai said...

@Cik Pelangi
nanti ajar laa saya ye ..

iPai said...

@Aemy Shamy
ops .. hehe .. tak suka ek ? terpaksa laa abg sayang masuk pasar .. hehe ..

iPai said...

@Nur Syafiqah Md Takiyudin
alamak .. cili kering yang panjang2 n kedut2 tuh kan ?

iPai said...

@nabilah_2908
haa, ada orang kate kan, kalau ikan tuh mata merah takleh beli woo .. tak segar sudah ..

iPai said...

@Hans
mantap gila bro .. gila ah ..

iPai said...

@Ira Bulat
aww .. aku leh jadi sweet laa cam ni .. aww .. hehehe

iPai said...

@syaz@rozelt
hehe .. best ke ? cari laa satu .. hehe

iPai said...

@Bro ahmad
Mak ai .. newbie ke .. macam tidak je .. heheh .. kalau masak memang lagi bonus laa nampaknya ..

iPai said...

@syarifahsidrus
erk ok .. tak pasti juga .. hehehe

iPai said...

@nana
bini duk goyang kaki kat rumah laa senang .. uhuhuh

iPai said...

@Mawar Berduri
wah jawapan daripada berpengalaman ..

iPai said...

@Cik Aish
apa lagi cik aish .. mintak abg sayang belajar pergi pasar k .. uhuh

Aimifiqa said...

btul2~ cara nk pilih kene betul. tapi nama ikan ni tak reti. yg kenal ikan yg sedap n biasa mkn jela.