Cara-cara nak dapatkan Danbo degan harga RM3.60 | Papercraft Danbo
Salam
(Post ini adalah post Cara-cara nak membuat Danbo degan kertas. Akan ditujukkan satu persatu cara untuk membuat Danbo. Terima kasih kepada blogger-blogger yang share post ini bersama rakan-rakan lain)
Haa, korang kenal Danbo tak ? Hee, aku ada jalan-jalan dan perasan, ada juga tak kenal Danbo ni. Takpe-takpe jangan risau k, aku pun dulu tak kenal, dan sekarang aku dah kenal. Tapi kenal-kenal pun terminat laa sikit sampai cari mana laa nak beli Danbo ni.
Kalau sesiapa yang berminat nak beli Danbo, korang boleh search kat forum.lowyat.net. Atau untuk paling latest, aku ada dapat link untuk beli Danbo dengan harga RM160. Klik sini.
Mahal tak harga RM160 ? Korang nak tak dapatkan Danbo ni dengan harga RM3.60 ??!! Ha, meh nak story ni, korang boleh buat Danbo pakai kertas je. Dan ia boleh gerak-gerak macam Danbo sebenar yang mahal gila tuh. Jom cikedout;
1. Download dan Print
- Ni dia link untuk download papertoy Danbo. Klik kat Model Danbo daripada Yuiiwae. [Penting: Model print Danbo ini mengandungi 2 helai, iaitu A dan B. Sila pastikan anda mendapat keduanya]
- Bila korang nak print, korang memerlukan kertas A4 yang lebih tebal daripada A4 Double A (80GSM). Jadi korang pergi cari kedai alat tulis dan korang mintak kertas A4 160GSM. Tebal dan keras. Satu helai kertas biasanya beharga RM0.50, jadi 2 helai = RM 1.00.
- Kos printing RM 0.30, so dua helai dah RM 0.60
- Kalau pakai kertas photo dan print guna LasetJet, kemungkinan besar, korang punya Danbo kalis air.
2. Alatan yang diperlukan
RM 2.00 + RM 1.00 + RM 0.60 = RM 3.60 !!
3. 5 Langkah melipat model papertoy
Amik 2 kad top up. Kad lain pon boleh. Janjinya ia lebih keras daripada model kertas.
Letakkan 1 kad selari dengan garis lipatan.
Letakkan lagi 1 kad top up disebalik kertas lipatan
Dan lipat kedalam. Lipatan ini lebih sekata dan kemas.
Kemudian lipat keluar dengan jari-jari panjang korang.
4. Anggota badan Danbo
a. Kepala
Cari bahagian yang bernombor 01 daripada katalog kertas yang di-printkan Model Danbo daripada Yuiiwae. Potong, lipat, gam.
b. Tangan
Bahagian no. 16, potong, lipat dan gam.
Bahagian no. 03, Potong dan lipat
Gamkan 03 dengan 16 seperti dalam rajah di atas.
Potong, gulung dan gam bahagian bernombor 06 dan 07 untuk membentuk silinder kecil
Potong, Lipat dan gam bahagian bernombor 09 seperti rajah di atas. Biarkan yang hujung tergantung atas itu tidak bergam.
Silinder kecil (06 dan 07) yang dibentuk tadi diletakkan dalam 09 (seperti dalam rajah) dan hujungnya di gam. Menjadikan ia sendi lengan Danbo.
Sendi lengan Danbo tadi dislotkan ke lengan (03 dan 16) dan digamkan pada permukaan bulat silider.
c. Kaki
Potong bahagian bertanda 02, lipat dan gam. Biarkan hujung atas tidak bergam.
Potong bahagian 17 dan 5 untuk membuat satu silinder besar.
Masukkan silinder besar dan gamkan hujung bahagian kertas 02 itu.
d. Badan dan Engsel tangan
Potong bahagian 08. Dengan menggunakan pisau, buatkan lubang pada 08, dan dua lubang putih.
Bila dilipat, jadilah ia begini.
Potong bahagian 18. Dengan menggunakan pisau, toreh mengikut garis X dan lipat keluar. Kelihatan seperti 4 kepak putih, seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
Masukkan bahagian no. 18 itu daripada dalam dan pastikan 4 kepak itu terkeluar daripada dalam
Letakkan gam dengan cermat pada 4 kepak tadi, dan lekatkan ia dengan bulatan berlabel 19.
Untuk memastikan tiada gam berlebihan, semasa gam kering, putar-putarkan bahagian bulatan ini.
Ulang langkah yang sama untuk bahagian kiri model.
Dan ulang langkah yang sama pada bahagian 10 dan 11 untuk bahagian bulatan besar (bahagian kepala)
e. Tengkuk/Leher
Potong bahagian 15 dan 14, untuk membentuk 2 silinder sederhana
Potong bahagian 13, dan biarkan 2 hujung tidak bergam seperti dalam rajah.
Masukkan silinder sederhana kedalam bahagian 13 dan gamkan pada hujungnya
Potong, bahagian 12 dan gamkan pada kedua-dua silinder
f. Gabungkan semua
Gamkan tengkuk
Gamkan tangan
Slotkan kaki dan gamkan
Last sekali gamkan kepala !!
Siap !!
Nak tahu apa yang anda boleh buat dengan Danbo ? Boleh klik kat Danbo
Credit/Source: Model Danbo daripada Yuiiwae
95 comments:
dah pernah buat model si Danbo ni, guna manila kad, tapi tangan kanan dia tak leh pusing ke depan... telebih gam kot...
bila dah siap buat, memang kepuasan laaahh...haha, dah macam syok sendiri pulak..:D
waahh..menarik!!
ipai buatkan tuk sy 1 boleh??? heeeeeeeee
boleh buat utk wani kaler pink x?
menarik sesangat!!! berjaya menenangkan aku yg tengah panas neh.. huhu..
waa..sgt comel..malas nk buat..awk buatkan leh??=p
:)
nanti je lah buat. takde masa.
menarik... nti nk try jugak la.. tq
tolong buatkan utk ika gak boleh hehe :p
stylo habis!!!!! XD
nanti masa aku buat doll ni, aku nak buat entry jugak la. leh tak tiru idea? nanti aku link ke blog ni yer.. :)
waa. menarik la. tapi mood nk buat takdelah pulak~
Ya Allah..comel gila! hahaha.lana suka buat benda2 cmni..ipai,thank you! hehehe,suka2,hehehe
~~~
untuk wanita shja
http://lianapm.blogspot.com/2011/07/wahai-wanita-yakinlah-dengan.html
wahhh rajinnya ipai buat danbo..
nak muka segiempat tu, blh x ipai???hehe
buat kaler pink comel nih!haha
wah2..
bro ipai ni kreatif lah..
apa kata buatkan ninie 1 yg pinky punya..hehe =)
x sangka iPai kreatip lor. acik nak ... yg dah siap!
cayalah bro
dari RM160
terus jimat gila
best2
:-)
bro..tahu buat flash banner blog yg saiz 125 x 125 tu x?
maksud saya bro tahu tak nak buat banner macam format GIF tu
nih yang tersusun atas blog bro nh
mak aih! terrer nya..eee...kreatif! ..nak try lah buat nanti..tapi.. dah macam dapat agak yang akan takjadi je kalau ila yang buat..:(
hm...I try...thanks 4 sharg..(uih jimat banyak ni..)
macam best ..tapi malas nak buat..buatkan boleh?huuu
rajinnya ipai buat danbo huhuu waa banyak entri ipai danbo..peminat tegar danbo ni huhuu
shoutbox dah tak ada yea ipai? bro rasa nak sorok juga hmm
ceh.
nak cakap kite lah tu tak kenal danbo tu. tak pe. tak pe. -_-'
haha.
macam berminat nak mencuba pulak.
tengoklah hasilnya nanti macam mana.
thanks ipai. :p
like! t nk try la...
abang ipai, belanja saya 1 danbo! hahaha :D comel betul danbo tu~
ramainya permintaan. ehhehehee.
thanks ipai sebab buatkan eyfa danbo. ehehhee
P/S : saje nak kasi dorg jeles. ahahahaa
ala ipai. unna ni pemalas. tak rajin nak ke kedai dan mencari sume bahan. huhu ipai tolong buatkan laaa. hadiah beday haritu. hahaha nnt pos ! teheee. :D boleeeeeeeeeeee?
adeh...minat bebenor dengan danbo..:)
comel la Dunbo nie =)
perghhh kreatif siot bro ni eh :)
ko buat sendiri ?? cantik dow :D
hahaaa . tunggu apalagi , buatleeee . dripada beli mahal2 ..
tea dah print. kehkeh. nanti lah beli gam uhu. and kalau jadi, nanti buat entry. ;p
macam best je nak pasang2 Danbo ni..masa pon banyak free ni..hee~
@liyanalalala
hee, puas kan kalau dapat siapkan satu model .. hee .. memang gam tuh kena cermat2 .. kalau tak, susah sikit .. hehehe
@SoLy SoLicious
alamak soly .. hee, amik masa juga buat .. kita buat sama2 nak ?? hee
@cik wanie Lovela (CWL)
hee, nakkan template danbo warna pink ke ? baiklah !!
susaa nux cari danbo kat kedai ~
@yazidy
wah .. panas kenapa ?
@merahitujambu
hee .. takleh malas2 .. heee
@Tea
eh Tea nak buat sendiri ke ?
@ogies
hee, try laa ogy .. best .. eheh
santik..kretip gitu..pandai lah ipai nie..
pssttt..ipai..nak satu..boleh??hehehe..
@sergeant keroro
hee, trimas !!!
@Afikah Aziz
hee, takleh2 .. semua kene wat sendiri .. takleh malas2 ..
@yazidy
back link tuh terpulang .. bro yang buat tutorial pakai gambar sendiri, ok je ..
@Aimifiqa
hee, nanti tgk komiknya, mesti nak buat satu juga .. uhuu
@TYNTHA LANA
nanti lana buat satu eh .. simpan buat kenangan .. hehehe
@[sutera kasih]
nak segiempat pon tak pe .. print, potong yg itu je .. hehehe
@miss puteri
hee, nanti saya anta .. heheh
@ninie_azriena
hehe .. mane leh .. kene wat sendiri .. nanti saya bg template pink punya .. huhuh
@Acik
hee, mane leh .. kene laa wat sendiri achik !! heheh
@Hans
memang boleh jimat habis-habisan ..
@Nor Fadila Rosli
belum cuba belum tahu .. hehe .. try pon boleh ..
@syarifahsidrus
aip2 .. takleh malas2 .. hehehe
wah2..tanks ipai..ades..nampak susah lah..hehe..akan cuba buat jika ada kesempatan..tanks sgt2 :)
wah!!!tak pernah kenal pun danbo ni...hehe.ipai pandai buat ea??kreatif2..
@Bro ahmad
hee, takde laa peminat tegar sangat . minat sikit2 je .. uhuhuh
@siti kektus
ops .. terasa plak .. sori .. mungkin secara kebetulan ..
@siti kektus
yeay ada orang cuba .. trima kasih ..
@Ira Bulat
sila2 .. jemput2 .. jangan malu2 ..
@hira
heheh .. kalau ada duit, dah boleh belanja .. tp yg ni bukan pasai duit, tapi pasai nak buat tuh .. heheh
@EYFAalias
haa, ramai tau ... heheh ..
@EYFAalias
saja je eyfa ni .. hehehe
@Unna
hee, takleh2 .. unna kene rajin juga buat .. kene2 .. heheh
@atiyahkaman
eh minat biasa2 je laa sebenarnya .. uhuhuh
perghhh tutorial yg paling mantap aku rasa setakat ni.. huhuhu
huk alohhh. malas betul nk cantum cantum. haha rosak danbo tu nanti. dh tak jd rega 3.60. jd 160 pulak. huahuahua
@aurora itu cahaya
agak2 ada macam tuan dia tak ? heheh
@alif haris
hee, follow instruction juga .. lepas tuh siap satu danbo tuh .. heee
@tia @ Ini Kisah Tia
hee, tia pon buatlah satu .. hehe
ble ko stat main bnd ni ipai oi.hahaha ;))
adoyai..xpe la,asalkn ko bahgia.comel plk perangai ko ni ek.
pasni ramai la aweks terpikat.ko kne tkr nm pasni.Bro ipai.
wei,aku sht je..ada la tmpt aku nk prg.doakn aku slmt je la eh. :)
Danbo!!! Sy suka kotak comel ni..hehehe ^^
Best la boleh buat sendiri kan, so pasni boleh shoot sendiri gambar2 kreatif Danbo. Angry Birds bila nak buat? Hehehe...
@Cik Aish
uhhuh .. ada je tutorial lain kan .. heheh
@Unna
tu laa unna .. buat je satu .. heheh
@Abang Stalker
uhuhuh .. alamak, nanti diorg terkonfius dengan nama tuh .. hehe
@Abang Stalker
nak perang ? aish .. doa aku bersama bro stalker .. apa2 inform r ..
@ninie_azriena
ok sama2 ..
@najihah sahami
hee, a ah .. follow web lain buat danbo ni ..
@anismelon
hee, nak satu kena wat anis .. hehe
@BloomSyaz
wah kedai ye boleh tahan harganya ..
@Ezad Skytech
hee, nanti try k ..
ehem, dah nak siap. ;p
comel weh, tapi macam 'bercinta' sangat lah nak membuatnyaa..haha
wah...comelnya, oopps..maaf...danbo yg zu maksudkan comel...bukan tuannya...hehe...maaf ye..gurau pagi2
@h A n Y S
tak bercinta laa .. heheh .. hanys nak bercinta dgn danbo ke ? hehe
@zuneta
ala, tuan dia pon comey juga .. wakakaka ..
@Tea
mantap !!
thanx a lot...berkurun aq cari tutorial ni dalam bm...haha..
coz yg bi x faham sgt...XD
hoho comel nya danbo
Yeahh, lastly jumpe jugak! Thanks a lot ya bro. Anna ada buat entri ni jugak, credit to bro kay. And mintak halal ye gambar pun amik bro punye. Hee, sorry :) Sebab masa buat tu, tak terpikir pulak nak amek gambar. excited punye pasal. Nanti ade mase, bile anna buat lain, tuka gambar tu kayy? wuwuu. THANKS YE :)
Thanks a lot. I had done this to spent my public holiday.
There's a problem. About the body, I think need to cut a bit. Then it become like a skirt pattern, so the leg can more forward and backward more. Try to google the image, I think you will get what i means.
Thanks a lot. This weekend will do angry birds. I found a new hobby.
Post a Comment